Thursday, December 30, 2010

Dataran Otomobil Untuk Disewa! YES!!





Alhamdulillah, kunci telah diperoleh hari Isnin (27/12/2010) tingkat 1 atas shop lot lah, tak penat mendaki tangga :-). Kini proses aku untuk mencari 'penghuni'nya/penyewa (selepas aku pasangkan grill, kipas dan lampunya nanti). Teringat aku ketika membelinya- aku membeli tanpa modal! 0 downpayment!! Kini 2 perkara bermain di dalam fikiran aku...

1. Nak sewakan kosong ke? Pasaran sewa untuk rumah kosong dalam RM850 ke RM900 untuk pekerja kilang. Dah ramai yang dapat sewakan pada pekerja kilang sekitar dengan kadar ini.

2. Buat fully furnish. Katil, dapur, peti ais, tv dll. Sewakan untuk student kawasan sini. Aku servey, ramai jugak student duduk kat sini. Yang ni boleh makup sampai RM1k dan ke atas (kalo buat sewa ikut kepala atau ikut sewa bilik lagi untung! berfikiran biznez heheh!).

3. Sewakan untuk bilik 'training' atau 'seminar'. haaa, yang ni rental paling tinggi boleh buat duit! Ada sorang ejen ni kawan aku. Dia yang nak rekemenkan sewakan macam tuu. Kalo yang ini paling tinggi, mungkin aku akan pilih yang ini. Tapi, mungkin kos renovation aku kena tanggung (aku ke? entah!).

Apa pandangan anda? Minta pandangan sikit bro...

Kepada sesiapa berminat nak sewa, boleh call atau sms aku (Syahman, 019-2010107)


Sunday, December 26, 2010

Bertemu Abang Ensem Di Seminar Hartawan Hartanah!





"Aku enjoy!", Tu adalah kata pertama aku bila aku balik setiap kali dari Seminar Hartawan Hartanah yang dianjurkan oleh Tuan Bri (jangan 'kembang' dulu Bri, setakat ni 2 hari yang penuh makna, baki 1 hari belum tau lagi hehehe!) disamping dapat mengenali dengan lebih rapat dengan oootai hartanah dengan lebih dekat (selama ni follow dan berkomunikasi dari 'alam maya' je). Kembang-kempis aku bila 'rahsia'ku terbongkar jua apabila peserta seminar mengetahui aku pernah 'menjalinkan hubungan' dengan Abang Ensem sebelum ini (jangan maraaa abgensem rahsia kita terbongkar hehehe!)

Pernahkah kita terfikir bagaimana oootai2 ini dengan kehidupan dulu, sekarang dan sebelum ini? Semua oootai ini hidup 'sempoi', suka sangat berkongsi pengalaman (termasuk blog. aku termasuk ke?) dan nak sangat tengok ada orang dapat apa yang dia dah dapat! betul tak? Masa aku muda remaja dulu (dan kini masih remaja), fikiran aku telah 'diracun' dengan orang kaya memang sombong dan kedekut! Semua tu dongeng semata2!

Hidup oootai2 ini penuh dengan pengalaman2 yang yang tak pernah ditulis dalam buku, berfikiran kreatif dan suka jadikan koleksi hartanah sebagai hobi (makna hobi: suka lakukan di waktu lapang, terluang dan sanggup melakukan sesuatu itu tanpa dibayar - informasi dari tafsiran sendiri Syahman). Hidup dahulu ketika memula beli hartanah pertama yang penuh liku, menghadapi penyewa yang pelbagai ragam (sejahat2 manusia sehinggalah sebaik2 manusia yang pandai berlakon!) semuanya nak dikongsi bersama...

Jom peserta seminar! Sambung 1 hari lagi besok! (besok ke? aku posting ni pun dah dekat pukul 5 pagi!)

Kata2 pujangga dari pengetua sekolah aku dulu:
"Bukan Senang Nak Senang Dan Bukan Susah Nak Susah!"


Wednesday, December 15, 2010

Peralihan 'Kuasa'?

Apa tajuk ni? Peralihan 'Kuasa'? Semalam adalah antara hari gembira peribadi yang aku nak kongsi pada pembaca. Kenapa? Malam semalam aku diperkenalkan oleh 'bekas tuan rumah' kepada 'tuan rumah baru'. Tuan Rumah Baru? Aku lah tu.. :-) Alhamdulillah..

Unit itu adalah unit apartment di Sri Bayu Apartment, Klang. Lokasi yang agak sibuk dan berhampiran dengan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Giant dan Tesco Klang. Tapi yang problemnya, sewa sebelum ini yang agak rendah dari tuan rumah lama (katanya, 8 tahun dulu sampai sekarang tak pernah naikkan!) iaitu RM350/bln! Sewa pasaran kat situ dalam lingkungan RM450 ke RM500/bln. Emm... nak naikkan, tapi bila aku gi sana semalam, rasa kesian pulak..

Walau apa pun, aku mesti naikkan dalam masa terdekat. Cuma aku nak bagi masa sikit. Mungkin aku akan bincangkan dgn penyewa yang aku akan naikkan untuk 2 bulan akan datang ke.. (bagi tempoh sikit, tak terkejut kot nnti).

Apa yang menariknya, aku beli apartment ni dengan harga yang lebih rendah dari harga pasaran (semestinya pilihan aku :-)) aku beli dengan harga RM44K dan harga pasaran RM56K . Apa yang aku nak kongsikan, dalam dunia hartanah, transaksi seperti ini memang berada dalam pasaran. Cuma, kita sendiri yang perlu mencarinya. Seperti emas yang asalnya berada di perut bumi. Rakan2, networking dan sewaktu dengannya memainkan peranan yang amat penting (mana ada orang nak jual murah senang2 je kan..)

Friday, December 10, 2010

Jenis Insuran Hartanah Pilihan

Setiap kali aku buka blog aku ini, setiap kali jugak aku suka membaca blog member maya aku (senarai kat sebelah kanan blog aku). Banyak sangat info berguna dlm hartanah yang aku belajar (rasa comel je diri aku berbanding dgn diaorang ni)... Antaranya tentang insuran haratanah pilihan. Yang mana pilihan hati?

Jom baca kat blog saudara Farid Adam (klik je nama dia kat sebelah tu aku dah link kan)

Terima kasih saudara atas info amat berguna! :-)

Thursday, December 9, 2010

Hartanah Sesuatu Pelaburan Amat Menguntungkan Dari Yang Lain?

Semalam aku gi 'refresh' balik ilmu disamping 'belajar' dengan sifoo/otai iaitu TuanBri -Seminar Hartawan Hartanah Langkah 1 (murah je beb! RM10 je!) dengan adik bongsu aku, Hafiz. Best jugak dapat berkongsi ilmu ni (rasa macam diri aku ni 'kecik' je. Ilmu Allah ni amat luas sebenarnya). InsyaAllah, aku bakal joint untuk Langkah 2 pula pada 24-26 Disember nanti :-)

Bila aku gi seminar tu, aku teringat kembali buku yang pernah aku baca (di atas) - 'Buat Duit Dengan Rumah' penulisan dari saudara Shamsudin Abdul Kadir, bagaimana yang dikatakan Hartanah Sesuatu Pelaburan Amat Menguntungkan?

Sebagai contoh:

*Mempunyai aset (mesin buat duit) yang bernilai RM100k dengan hanya bermodalkan RM10k! (secara kasar untuk memudahkan pemahaman). Menarik bukan? Bermakna hanya 10% dari nilai aset tersebut yang perlu kita modalkan (sampai ada yang 0% modal!) - Itu lah yang dinamakan PELABURAN HARTANAH!

*Katakanlah kenaikan nilai aset hartanah itu tadi sebanyak 3% setahun (banyak yang dah jauh lebih tinggi dari ini) bukan dari modal kita yang 10% itu tadi, tapi dari nilai RM100k nilai hartanah itu tadi! RM100k x 3% = RM103000! Pergh! Kecur air liur aku beb! kalo 2 tahun, 3 tahun, 5 tahun, 10 tahun dan seterusnya... (bersara dgn aman, Aminnn :-)

*Income bulanan dari sewa rumah lagi. Untung bersih RM50 pun ok apa! (sebenar2 bersih - lepas tolak maintainance, cukai pintu, Indah Water, Petrol untuk kutip sewa dll.)

Sebab itu aku masih mengekalkan momentum aku dalam bidang hartanah hingga ke hari ini. Di samping berkongsi pengalaman dengan otai2 hartanah macam seminar yang baru aku layan pada Maal Hijrah hari tu... Best Beb! Tahniah pada Bro TuanBri! (betul ke ayat aku ni? hehehe!)

Tuesday, November 30, 2010

Tukar Strategi Hartanah! Jom Beli Dan Kumpul Emas Fizikal!

Minggu ini merupakan minggu aku berkira2 untuk menguruskan 'lebihan' dari belian rumah subsale below than market value. Aku ingat lagi ketika planning aku (kalo tak salah 4 bulan sebelum ni kot) untuk 'lebihan' ni, nak buat modal 10% untuk beli rumah lagi. Skali BNM dah umumkan hanya 70% untuk rumah ketiga dan ke atas...

So...jom kita tukar strategi..

-Dapat je duit tu nnti, yang pertama aku mesti bayar adalah.. kad kredit, PTPTN, hutang piutang yang 'jahat' lain - PTPTN termasuk skali ke? entah? (ada lah RM400/sebulan lebih kurang jumlah aku bayar tiap bulan, banyak kan?) - siap bayar nnti, nak kerat2 semua kad kredit aku! geram! nak kurangkan dan kurangkan dan kurangkan liabiliti!

-Lebihan tu nnti aku plan nak beli emas - sambil tolak sikit2 buat joli heheh! (semestinya beli dgn adik Hafiz aku - Tokey Emas jadi pilihan, tolong adik-beradik punya bisness beb). Plan nak beli rumah sendiri pulak hasil dari keuntungan emas (asyik beli utk invest je, sampai lupa sendiri punya).

-Keuntungan dari sewa (ada le dekat RM1k) pun aku nak buat mcm tu juga nanti. Beli lagi emas... dan beli lagi... nak buat rolling untuk pajak dan overlaps (korang kalo dah sampai main kilo2, untung overlaps pun dah manyak sssyyyyoookkk wooo!).

-InyaAllah, masuk umur 33 tahun nak ada rumah sendiri (dengan bayaran bulanan ke bank 'dibayar' oleh penyewa dari rumah2 sewa aku yang lain) - sebenarnya ni dah termasuk azam midterm aku..


Thursday, November 18, 2010

Jenis-jenis Pelabur Hartanah. Di Mana Anda?

Aku tertarik dengan posting sahabat 'maya' aku dalam bidang hartanah, Farid Adam tentang pandangan kebanyakkan orang tentang income dari pelaburan hartanah. (sori Farid, aku ambik gambar dari blog ko. hehehe!) "Dapat RM50 je ke tiap2 bulan? Baik aku melabur ke ASB". Aku akui yang pendapatan dari keuntungan sewa bulanan tak memberi keuntungan yang boleh 'dibanggakan'. Malahan kekadang tu, ngam2 je bayar installment bank dgn maintainance... Betul kata saudara Farid tadi tu.. segalanya bergantung pada matlamat korang dalam bidang hartanah ni..

Ada orang yang memperolehi keuntungan hartanah dengan:-

*Membeli dari developer ketika dalam pembinaan. Rumah siap, jual balik. Semestinya membeli dari developer ketika dalam pembinaan harganya lebih murah. Kalo kena pada lokasi yang 'ngam!' keuntungan yang amat berbaloi. Risiko agak tinggi, perumahan terbengkalai berlambak dah makan 'tuan' (jenis pelabur yang nak keuntungan cepat dan modal pun boleh tahan gak)

*Membeli ikut harga pasaran dan simpan untuk hari tua. Jenis yang ini tak berkira sangat keuntungan dari sewa bulanan. Dapat RM50 bersih pun takpe. Ada yang hanya ngam-ngam je dapat bayar installment bulanan bank dan lepas lah untuk bayar maintainance. Risiko, nak kena maintain mesti nak ada penyewa. Kalo tak, pepaham jelah.. (jenis orang nak keuntungan hari tua) tapi biasanya, setiap 2 tahun sewa bulanan dah boleh naikkan lah ikut harga sewa pasaran.

*Membeli di bawah harga pasaran (sub-sale, lelong & dll). Makup SNP, lepas bank disburst dapat cash. Aku ada pengalaman tang ni dari sub-sale. Tuan rumah (Vendor) jual rendah dari yang pihak bank nilaikan. SNP ikut valuation. Bila bank dah disburst duit, ditolak dgn harga yang Vendor jual, dapat cash.. Rumah yang dah beli tu, sewa mengikut pasaran. Rumah dapat, duit pun dapat! (jenis pelabur nak keuntungan cepat dan untuk long term dari sewaan)

*Menang dari lelongan hartanah dari Perunding Hartanah Lelong, TuanBri, yang lebih rendah dari harga pasaran. Buat renovate dan repair apa yang patut. Jual ikut harga pasaran (kekadang tu jual rendah dari harga pasaran dan still dapat untung besar). Kelemahan, modal yang besar. Tapi keuntungan jugak besar. (jenis pelabur yang berkewangan kukuh dan besar- keuntungan cepat).

*Mencari tuan rumah yang hendak menyewakan rumah mereka. Kira macam sewa-atas-sewa lah. Buat perjanjian dgn Landlord, sewa rumah kosong. Buat fully furnish dgn modal sendiri. Kemudian kita mencari penyewa dan sewakan dengan lebih tinggi. Biasanya mereka ini mencari di sekitar lokasi IPT.. Modal yang sederhana besar dan risiko kurang. (jenis pelabur yang... ikut suka nak short term, mid term atau long term- sbb. kalo dah boring boleh lepaskan dan pulangkan kembali pada Landlord)

Tengok! Pelbagai cara dan target untuk kita jadi pelabur yang mana satu (tu yang baru sebahagian yang aku cerita, padahal banyak lagi cara nak buat duit dari pelaburan hartanah)- tak larat de aku nak taip. Ada yang ikut 1 atau 2 cara sahaja. Aku? ikut semua jika ada peluang untuk memperolehi keuntungan yang berbaloi...

Sunday, November 7, 2010

Strategi Untuk Menghadapi Pinjaman Loan 70% Hartanah!




JOM TUKAR STRATEGI! Berita tentang pinjaman rumah untuk rumah ke-3 dan seterusnya dari 90% ke 70% semestinya menggugat pelabur hartanah di luar sana (termasuklah aku!). Sebelum ini aku pernah menghadapi rintangan untuk memperolehi dan mendapatkan modal untuk memperolehi 10% untuk deposit membeli rumah ketika selepas aku membeli rumah pertama... dan pusing punya pusing... akhirnya aku berjaya memperolehi dan kini aku telah memiliki 4 unit dibawah nama sendiri dan semestinya aku berjaya 'meloloskan' diri dari 'cengkaman' deposit 10% tersebut! (yang aku paling suka, setiap rumah yg ke-2 dan seterusnya, boleh aku katakan tanpa modal 10% tu tadi!)

Tu pengalaman manis aku sebelum ini (NOKTAH! cukup jgn leka lagi). Kini aku berkira2 untuk merancang strategi baru untuk menghadapi dugaan baru ini. Aku percaya dgn SETIAP MASAALAH PASTI ADA PELUANG! Antara stategi baru aku tegah pikir2kan ialah:-

*menggunakan nama bini untuk rumah seterusnya (tapi bini aku tak keje.hmmm...)

*memanjangkan tempoh pinjaman hartanah yang sedia ada (untuk meminimumkan pembayaran pinjaman bulanan ke bank. kiranya nak lebih dapat positif cash flow. cepat sikit kumpul untuk modal 30% tu)

*menaikkan sewa bulanan rumah yang sedia ada (ada yang dah dekat nak luput Tenancy Agreement, nak check balik)

*kumpul modal dan aku ingat nak tukarkan pada emas fizikal (selamatkan modal dari ditelan inflasi beb!). Basic selok belok bidang emas ni aku dah mula kaji sejak tahun lepas. Main pajak, beli, jual dan overlaps untuk memaksimakan keuntungan. Adik aku banyak membantu, Hafiz ni dah cebur dlm bidang emas dari tahun lepas lagi..Timbunan emasnya semakin banyak. Jeles aku heh!

*yang lain... tengah memikirkan lagi.... kot pembaca ada idea. Jom kongsi bersama!

Friday, November 5, 2010

Pinjaman Telah Ditetapkan 70% Untuk Rumah Ke-3 Dan Seterusnya.


Beli rumah spekulatif dikekang

KUALA LUMPUR 3 Nov. - Para pembeli untuk pemilikan rumah ketiga dan seterusnya, hanya boleh mendapatkan pembiayaan sehingga 70 peratus daripada nilainya, berkuatkuasa serta merta, kata Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini.

Bagaimanapun, kemudahan untuk pembelian rumah pertama dan kedua tidak terjejas dan kekal seperti biasa, kata Bank Pusat dalam kenyataannya untuk mengumumkan pelaksanaan nisbah maksimum pinjaman berdasarkan nilai (LTV) di sini.

BNM menjelaskan, langkah baharu itu bertujuan menyokong pasaran harta benda supaya terus stabil dan mampan, selain memastikan orang ramai akan mampu membeli rumah.

''Di peringkat negara, harga harta kediaman didapati terus meningkat seiring dengan pembangunan ekonomi negara dan kenaikan paras pendapatan,'' katanya.

BNM berkata, corak pertumbuhan pasaran secara amnya masih terkawal dan tidak menyimpang daripada segi jangka panjang.

''Namun, baru-baru ini, jumlah urus niaga dan harga rumah, khususnya di lokasi tertentu yang terletak di pusat bandar dan sekitarnya telah meningkat dengan lebih cepat.

''Perkembangan ini juga disebabkan oleh bertambahnya pembiayaan untuk pembelian beberapa unit rumah oleh seorang peminjam, lantas menunjukkan peningkatan aktiviti pelaburan bersifat spekulatif,'' kata BNM.

Katanya, pelaksanaan LTV untuk pembelian rumah ketiga dijangka dapat mengurangkan aktiviti pelaburan berlebihan serta kegiatan spekulatif dalam pasaran harta kediaman yang telah mengakibatkan peningkatan yang lebih tinggi daripada kenaikan harga purata di lokasi berkenaan.

''Ia juga telah menyebabkan kenaikan harga rumah di lokasi sekeliling, lantas mengurangkan kemampuan pembelian rumah keseluruhan oleh pembeli rumah yang tulen.

''Oleh itu, langkah ini akan terus menyokong matlamat menggalakkan pemilikan rumah oleh rakyat Malaysia, yang merupakan agenda penting negara,'' kata BNM

Sementara itu, pengenalan Program Keupayaan Kewangan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan bagi meningkatkan tahap celik kewangan dan untuk menggalakkan pengurusan kewangan dan hutang yang kukuh oleh rakyat Malaysia.

''Selain itu, BNM juga ingin memperkenalkan Program Keupayaan Kewangan yang akan ditawarkan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) melalui cawangannya di seluruh negara bermula bulan Januari 2011.

''Program ini akan memperlengkap individu dengan pengetahuan penting supaya mampu membuat keputusan kewangan secara wajar melalui pemahaman praktikal serta kemahiran pengurusan wang dan hutang,'' kata Bank Pusat itu.

Langkah itu akan mengukuhkan kedudukan kewangan isi rumah dan memastikan jumlah hutang adalah setara dengan kemampuan, termasuk keupayaan mereka menampung perubahan kadar faedah dan ketidaktentuan yang mungkin berlaku terhadap paras pendapatan dan perbelanjaan.

Maklumat terperinci Program Keupayaan Kewangan ini akan diumumkan pada bulan Disember ini.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PENDAPAT AKU..

AKU PERCAYA, DI MANA ADA MASALAH, DI SITULAH ADA PELUANG... INSYAALLAH..


Thursday, October 28, 2010

Tension & Give Up Nak Kaya?

Pernah tak korang rasa suatu perasaan tetiba datang... perasaan 'Tension & Give Up' atau dgn bahasa mudahnya..PUTUS ASA? -Mcm foto kat atas, survive utk tidak putus asa! Checkmate!

Perasaan sebegitu pasti ada punyalah untuk setiap kali orang yang macam 'kita' yang tengah 'memanjat' untuk ke 'puncak'. Haaa..yang itu lah aku selalu lalui.. dia datang dgn tiba2. Aku pandang kiri, orang berjaya dgn MLMnya. Bila aku pandang kanan, kawan yang berjaya dlm bidang emasnya.. Aku bila pula? Lambat betul aku nak 'merasa' kesenangan dari bidang hartanah aku ini.. Perlukah aku terus menongkah arus? yg penting FOKUSSS!!!

Bila perasaan macam gini datang kat aku, aku suka capai kembali buku2 motivasi tentang hartanah dan buka blog teman dan rakan2 'seperjuangan' dalam bidang ini. Bukan apa, untuk menaikkan kembali motivasi diri. Nak jumpa member yg 'sekepala' dlm bidang hartanah, beberapa kerat je. Biasa pun sms dan koll je (memasing sibuk dgn keje, bab ni best sbb bidang hartanah ni, kita sibuk pun 'mesin duit' akan terus beroperasi utk kita!)

Ada yang kata, bidang hartanah lambat nak kaya (berbanding dgn bidang yg lain).. tang ni ada betul dan ada salahnya. sbb bagi aku, ayat tu kurang tepat.. kena tambah lagi.. 'dan mungkin tak kaya!' hehehe.. (semua bidang mcm tu lah beb! bukan hartanah je) Pemilihan lokasi dan teknik yang membezakan kita dgn pelabur hartanah yang lain..

Cepat atau lambat untuk kita kaya dalam bidang hartanah itu bukan ukuran. Tapi ia sesuatu yang PASTI!!!

p/s: zakat jagan lupa beb! 2.5% jee.. untuk keberkatan...

Monday, October 18, 2010

5 Tahun Untuk Target Matang Pasif Income Hartanah!

Aku menetapkan umur aku mencapai 33 tahun untuk mematangkan jumlah 'pasif income' untuk melepasi garis gaji tetap aku kerja full time. Semakin hari semakin muak dan bosan. Tentu korang pernah melalui pengalaman seperti aku (nak keje tak bersemangat. Nak berhenti, tak tertanggung pulak hutang yang tengah ada ni..so, keje jelah tanpa rasa bahagia) pergh...perit beb! bila aku memikirkan nak buat sesuatu yang tak suka sampai pencen, cukup memeritkan!

Bila dalam keadaan macam ni, bertambah semagat lah aku untuk 'play hard' dalam bidang kegemaran hartanah aku ini. Secara jujurnya aku cakap, pasif income yang berkaitan aku dalam bidang hartanah ini mencapai lebih kurang RM1,000/sebulan (kalo aku berhenti atau kena 'buang' keje, perit jugak nak survive!). Buat masa ini, aku jadikan kerja full time aku ni sebagai 'batu loncatan' untuk aku mencapai 'bulan', tak dapat capai 'bulan', dapat pegang 'awan' pun ok apa (pergh.. ayat!)

Korang pernah cuba? Cubalah tetapkan matlamat dan tulis untuk setahun, 5 tahun dan 10 tahun akan datang dan hari2 tengok dan fikirkan macam mana nak dapat apa yang kita rancangkan tu dan yang paling penting...FOKUS dan jangan mudah tersimpang dari tujuan asal. Aku bagi contoh diri aku, bila aku dah tetapkan matlamat untuk maju dalam bidang hartanah, jgn mudah terpengaruh dgn bidang yang lain (sebab aku pun kekadang hanyut juga)...MLM ke, komoditi yang lain ke, saham ke, atau yang lain2 yang pernah kita ketahui boleh membuatkan orang kaya! Pegang satu dan dalami sebaiknya.. cari peluang memperolehi income dalam bidang yang sama tapi dari 'lorong' yang lain...

Bak kata Pengetua sekolah aku dulu:
'BUKAN SENANG NAK JADI SENANG DAN BUKAN SUSAH NAK JADI SUSAH!'

Wednesday, October 6, 2010

Jana Income Dari KWSP Anda!


Kepada yang pernah mengikuti blog aku sebelum ini, ingat lagi tak dgn apa yang aku telah kongsikan tentang KWSP yang aku pernah plan untuk keluarkan dari akaun 2? (pada yang belum, cari pada posting aku bertarikh 30 August 2010)....

Adalah satu sebab kenapa aku suka sangat2 dgn pelaburan hartanah ni... Kita boleh keluarkan simpanan dari akaun 2 di KWSP untuk ansuran bulanan pada bank (masuk ni dah 2 kali aku buat). Kenapa aku beriya-iya nak ceritakan dlm posting kali ni? Sebab KWSP merupakan salah satu badan kerajaan yang aku cukup puas hati dgn servis dia.. (berbanding dgn badan kerajaan yang lain, perit dah pedih hati aku bila teringat kembali bila aku terpaksa mengambil cuti untuk ke pejabat kerajaan yang lain untuk selesaikan urusan kereta arwah mak aku...cukup sakit hatiiii!!! tak selesai pulak tu, hampeh!! suruh gi sana gi sini, pastu mati tak tau diaorang nak buat camne!)

Lepas raya hari tu aku pergi ke pejabat KWSP di Shah Alam untuk aku meneruskan niat murni aku buat kali ke-2. Kalo tak salah aku dah dekat hujung bulan Sep untuk hantar form dan dokumen yang berkenaan lain. Cukup hujung bulan..Alhamdulillah dah masuk ke akaun Maybank aku rm500 lebih dan akan berterusan selama 6 bulan, minimun 6 bulan katanya (gembira bangat sehhh!).

Emmm... RM500 x 6 bulan = RM3k. Planning nak topup dgn duit simpanan untuk beli rumah lelong pulak tahun depan nanti, InsyaAllah... (Aik, tak bayar duit tu untuk rumah yang aku beli ke? Tak, sebab penyewa dah bayarkan. Alhamdulillah...)

Friday, September 24, 2010

Biaya Rumah Kekal 90%?

Mungkin aku terlambat untuk 'post'kan blog kali ini iaitu tentang berita dalam surat khabar Utusan Malaysia pada hari Rabu, 22 September 2010/13 Syawal 1431 yang lalu iaitu tajuk yang aku selama ini tertunggu apa perkembangan terbaru bagi kebanyakan pelabur hartanah nantikan iaitu:

'Cadangan Bank Negara Malaysia yang mahu bank tempatan mengurangkan pinjaman perumahan daripada 90% ke 80%'

Kepada yang terlepas tak dapat nak baca, ni adalah antara isi-isinya:

-Kerajaan memutuskan kadar pembiayaan rumah kekal90 peratus bagi memastikan golongan muda dan rakyat berpendapatan rendah mampu miliki rumah sendiri.

-Kadar pembiayaan rumah itu kekal untuk pembelian bagi rumah pertama dan kedua sahaja.

-Keputusan itu menolak cadangan Bank Negara Malaysia yang mahu bank tempatan mengurangkan pinjaman perumahan daripada 90 peratus kepada 80 peratus.

-Bagi pembeli yang sudah memiliki beberapa buah rumah dan berhasrat untuk membeli rumah lagi, kemungkinan jumlah pinjaman akan dikurangkan kepada 80 peratus bagaimana dicadangkan

(Najib Tun Razak, Perdana Menteri)

Camne pun, aku masih menanti berita yang bakal dibentangkan di Belanjawan 2011 nanti.

'Di Mana Ada Masalah, Di Situ Ada Peluang'

Thursday, September 23, 2010

Kelahiran anak pertamaku...

Alhamdulillah....
Kehadiran orang baru dalam keluargaku pada 21.09.2010 jam 08:10 pagi secara normal membuatkan aku merenung kembali apa yang telah diharungi oleh arwah emak dan abahku.. Aku mula belajar satu persatu untuk menguruskan dan untuk memberikan yang terbaik untuk dia.

Rasa terharu, syukur, hiba dan gembira tak terkata dalam hati aku.. Susah nak digambarkan, melainkan kepada yang telah melaluinya. Semoga anakku Muhammad Syahmi bin Mohammad Syahman akan memperolehi yang terbaik di dunia dan akhirat dari 'abi' mu ini insyaAllah... Amiinn..

Aku suka ayat ini yg aku pernah dengar dalam iklan saluran radio IKIM:

"Kanak-kanak merupakan masa lampau kita dan warga tua merupakan masa depan kita"

Fikir-fikirkan dan selamat beramal... (pinjam ayat prof. Izzi Hj. Ali dlm Hot.fm)

Sunday, September 12, 2010

Keuntungan Hartanah? Ikut Misi Dan Visi Anda!

Kebanyakan orang dan teman2 bertanya dgn aku tentang bagaimana untuk membina keuntungan dari bidang hartanah? Kena buat pinjaman sampai umur 70 tahun tu!! (soalan dari bakal rakan hartanah yg baru berumur 25 tahun! bagus2! muda2 dah celik dan memandang kesenangan untuk masa depan!) tak ke dah bertongkat kita masa tu? tah idup lagi ke tidak kite time tu... Tu tak kira lagi dgn masaalah yang bakal kita tempuhi dgn pelbagai 'pelakon' terbaik dari penyewa! (yg ni tuan rumah mesti dah cukup bersedia sebelum melangkah ke bidang ini).

Sebenarnya, pelbagai misi dan visi kita boleh rancangkan dari bidang hartanah ni. Antaranya ialah:-
  • Masa muda (selagi kita bekerja dgn private atau goverment sector), kita pulun sebanyak mungkin untuk memiliki hartanah di lokasi yang terbaik (tak kira lah beli dari hartanah lelong ke (rakan aku perunding hartanah lelong tuanbri.com/blog/ - promo blog bri nih hehehe.. kawan2..) atau dari subsale yang below dari harga market (yg ni kena usaha sikit nak cari, aku ada la unit Sri Angkasa kat sek 28 blh aku rekemenkan). katakanlah..bila umur kita dah mencecah 40 tahun dan jumlah hartanah kita mencecah 30 unit (tak mustahil sebab ramai dah memperolehi pun) dan semestinya kesemua nilai hartanah kita Market Value/MV ada yang mencecah double dari harga asal! Pergh!! jual 20 unit, dapat duit, settlekan utang untuk 10unit yg kita plan taknak jual (yg penting sewanya pasti sudah melambung naik!baki buat joli! kah kah kah!) buat apa yg patut lah beb. pergi haji ke, tolong orang susah ke, yuran pengajian anak ke.
  • Seperti yg kat atas tadi, cuma yg bezanya kita jual semua. dapat baki dari hutang bank cash RM 1 juta ke lebih ke..(tak mustahil ni) kita dah kira jadi jutawan. Duit tu dah boleh kita buat benda yang bermanafaat yg lain. - bila kita dah perolehi 1 juta pertama, tak susah untuk memperolehi juta yang seterusnya, lebih kurang lah ayat otai hartanah Azizi Ali -
  • Kita memang hanya nak positif cash flow dari keuntungan sewa rumah. Korang bayangkan, sewa hartanah peninggalan arwah mak dan abah aku di Pantai Permai Apartment, KL kini mencecah sehingga RM740 sebulan! yang dulu mula2 disewakan hanya RM400 sebulan sahaja! dan kini hartanah tersebut telah langsai hutangnya dibayar oleh MRTA (terima kasih tak terhingga untuk arwah mak dan abah yg telah bersemadi di SANA. Moga rohnya dicucuri rahmat.Aminn..). Cuba kita bayangkan kalo kita ada 30 unit? satu unit untung bersih sehingga RM200 ke RM300 sebulan? (kira sendirilah..) Nak pencen umur 40 pun dah rilek beb! (biasanya sewa kita boleh naikkan setiap 2 tahun sekali - ikut sewa di pasaran terbabit)
Pada aku, semuanya terbaik. Ikut selera koranglah..(aku rasa banyak lagi misi dan visi yg tak terlarat aku nak taip. korang komenkan lah..) tapi 1 aku nak pesan.. tanamkan minat dlm bidang ni sebab pelbagai rintangan yang bakal kita harungi. kalo korang memang minat giler (mcm aku kot!) sanggup menghadapi pelbagai karenah penyewa, cat dan repair rumah sendiri, dan dll tanpa perlu menerima sebarang sen..

anda sanggup??...

Sunday, September 5, 2010

Sri Angkasa Apartment Untuk Dijual Di Seksyen 28, Shah Alam. Dengan Modal Serendah Di Bawah RM5k!


Modal serendah dibawah RM5k anda berpeluang memiliki hartanah FREEHOLD (PEGANGAN BEBAS) yang bernilai RM145k! Penyewa tersedia menyewa dan tidak perlu anda memeningkan kepala anda untuk mencarinya!

Mungkin anda mencari unit untuk anda memulakan pelaburan hartanah (yang memeningkan kerana kebanyakannya memerlukan modal yang agak besar!) atau anda mencari hartanah pertama untuk anda diami dan anda merupakan pekerja yang bekerja di sekitar kawasan sini (terdekat seksyen 27, 28, Puchong, Bukit Lancong, Putra Heigh dan USJ). Anda perlu pertimbangkan hartanah ini kerana:

1. Pulangan keuntungan yang besar kerana dijual dibawah harga pasaran! Owner jual RM120k, Market Value RM145k. Boleyy makup SNP dan dapat duit saku (lebih dari RM5k!) selepas bank disburst!

2. Lokasinya yang strategik, sekolah rendah dan menengah, KFC, lot kedai, Guard 24 jam, kawasan kilang dan bengkel kereta dan tayar di sekitar.

3. Penyewa tersedia menyewa! Tidak perlu anda memikirkan penyewa untuk dicari dan bukan pihak individu yang menyewa tetapi direct dari pihak kilang! Sewa mencecah RM700 ke RM750 sebulan!

4. Berjiran dengan aku! heheh! sebab aku pun mempunyai 1 unit di sini. Kita boleh jadi rakan dan jiran hartanah (bak kata Azizi Ali, kita mesti mempunyai rakan yang mempunyai minat yang sama untuk berjaya! - lebih kurang gitulah ayatnya..)

Informasi Hartanah:

-Freehold (Pegangan Bebas)
-Keluasan lebih dari 900kaki persegi
-Penyewa tersedia
-3 bilik, 2 bilik air
-Jenis Title: Strata
-Maintainance Fee Rm100/month
-Parking, Playground, surau kat tengah2, 24 jam sekuriti

Berminat?

Call @ SMS aku:
019-2010107
Syahman

Monday, August 30, 2010

Kembangkan Partfolio Hartanah Anda Dari KWSP Akaun 2

Hari ni aku ambil cuti.. (besok cuti 31 Ogos kan. nak jugak merasa cuti panjang..). Rasa macam tak best pulak bila orang lain kerja tapi aku cuti kalo tak buat apa2 yang boleh memanafaatkan diri dan masa depan aku. So, lepas aku hantar wife aku gi sekolah utk mengajar, tergerak hati aku untuk melencong ke KWSP Shah Alam (konon nak tengok akaun 2 berapa baki yang tinggal. heheheh..). Bila sampai..punya le ramai manusia kat dalam tu. Tak macam hari yang lepas2 aku pernah datang (atau mungkin orang lain pun ambik cuti cam aku gak kot gi KWSP)

Aku tak gi print mesin tu dulu (kena beratur) aku terus ke kaunter pertanyaan-kosong, aku ke sini dulu. Aku mintak borang untuk aku keluarkan 'ongkos' dalam akaun 2 untuk pembayaran installment bulanan rumah (aku pernah buat sebelum ni, tu aku terus gi kaunter dan mintak je). Pastu baru aku beratur untuk printkan penyata akaun.... Bila aku tengok, baki tinggal RM3k lebih sikit je. Emm.. Plan nak kuarkan utk planning tahun depan 2011..

Aku 'kalkulet' sengsorang dalam kereta Persona aku,,, "Emm.. kalo aku bawak keluar guna pakai akaun rumah Sri Ixora aku, under Public Bank, aku buleh dapat ansuran sampai 5 bulan ni. Awal Januari 2011 depan last aku dapat dan jumlah terkumpul kira RM3k ni buleh aku buat modal top up dgn modal simpanan aku untuk beli hartanah lagi" (plan nak beli rumah sendiri duduk kot) Kot sementara taknak duduk pun, kasi sewa dulu ke..

Macam tahun ni, tahun depan punya planning, aku tengah merangka sebaik mungkin untuk aku memaksimakan pendapatan aku dalam pelaburan hartanah aku ini. Target aku, pembayaran bulanan pada bank untuk rumah yang bakal aku duduk, pasti takkan keluar dari 'poket' gaji aku. Tapi dari hasil income bulanan dari pelaburan sewaan hartanah aku yang lain... InsyaAllah...

(p/s: Amalkan Solat Dhuha dan ayat Seribu Dinar untuk memohon dari Yang Maha Esa supaya memudahkan rezeki kita....)

Saturday, August 21, 2010

Hooray! Azam Pelaburan Hartanah 2010 Aku Tercapai Sudah!

HOOORAY! Azam ku untuk tahun 2010 tentang dunia hartanah ini tercapai sudah, Alhamdulillah... Aku akui untuk mencapainya merupakan sesuatu yang cukup menduga pemikiran dan kesabaran aku.. Aku azamkan untuk menambah 2 unit hartanah bagi tahun 2010 ini.

Berkat usaha untuk mencapai target, berdoa dan tawakal kepada pada yang Maha Esa, kini membuahkan hasil. Aku masih ingat lagi ketika aku menulis azam aku ketika awal tahun dulu... mempunyai 2 hartanah sebelum tarikh 31/12/2010? Emm.. menung aku seketika. Hati aku terdetik, boleh dapat ke? Modal cukup ke? dan beribu soalan bermain dalam benak pemikiran aku. Aahhh, Belasah je lah! 'Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih!'

Itulah penangan menulis 'Penetapan Matlamat'. Aku tahu yang modal aku terbatas untuk memiliki 2 unit hartanah untuk tahun 2010 ini... Duit simpanan tak banyak, cukup2 untuk simpanan kecemasan je. Aku cari 'simpang' lain untuk memiliki hartanah tanpa modal. Teringat ketika aku meronda Pasaraya Tesco Shah Alam.. Pameran hartanah di ruang legar kat bawah.. ronda punya ronda, aku terpaut dengan hartanah di Dataran Otomobil Seksyen 15, Shah Alam. Yang cukup menarik lokasinya..dan labih menarik, TANPA MENGELUARKAN MODAL! Aku cuba nasib, alhamdulillah loan lulus..(cuma CF je sampai skang ni belum dapat lagi)

Ketika aku menanti jika ada lagi peluang sebegini untuk aku mencapai matlamat tahun 2010 ni, agen aku offer satu unit di Sri Angkasa Apartment di Seksyen 27 Shah Alam.. Emm, Owner nak jual RM86k, Bank Offer loan sehingga RM115k.. apa salahnya aku mencuba lagi kan..(walaupun hati aku gusar loan tak lulus sebab rumah Dataran Otomobil tak sewakan lagi). Kalo lulus, dapat rumah dan dapat cash lebihan dalam RM10k!-boleh buat reserve untuk rumah sewa. Dan...alhamdulillah loan lulus! Kini, nilai kesemua hartanah aku mencecah RM500k! (Total keseluruhan 4 unit hartanah..)

Tu yang sebenarnya aku nak kongsikan pada anda semua. Bila kita dah membuat 'Penetapan Matlamat' dalam satu yang mesti dalam hidup kita, InsyaAllah segalanya jadi mudah. Kita berusaha untuk mencapainya sekalipun di luar kemampuan kita.

'Turn To Another Way To Get Success...'





Tuesday, August 17, 2010

Beli Rumah Tanpa/Sedikit Modal? Siap Boleh Dapat Duit Lagi Dalam RM9K Ke RM25K!


Dalam post aku sebelum ini, aku ada ceritakan serba sedikit tentang unit yang bakal menjadi milik aku dalam masa terdekat iaitu Sri Angkasa Apartment di Seksyen 27, Shah Alam insyaAllah..

Apa yang menarik tentang unit ini ialah, ianya dijual di bawah harga pasaran (semestinya ianya menarik minat aku!) dan permintaan yang amat tinggi untuk sewaan...dan yang paling penting sekali.. jeng jeng jeng! Membolehkan kita memperolehi aliran positif dari belian unit ini! Atas sebab ini lah aku membelinya.. "Bagaimana tu wahai cikguku? Kongsikanlah pada kami" kedegaran sayup2 soalan tersebut di belakang kelas. "Ok, cikgu akan terangkan.."

Aku lebih fokuskan kepada sesiapa yang belum membeli rumah/hartanah lagi dan masih belum pernah mengeluarkan duit dari akaun KWSP yang kedua (untuk memperolehi pendapatan maksimum!). Unit Sri Angkasa mempunyai 2 jenis unit yang berbeza saiz keluasannya;

1. Unit pertama; lebih dari 900kaki persegi, 3 bilik dan 2 bilik air. Nilai pasaran RM140k ke RM145k.
2. Unit kedua; lebih dari 600kaki persegi, 2 bilik dan 1 bilik air. Nilai pasaran mencecah RM115k (pengalaman aku).

Kemudahan; depan sekolah, bersebelahan unit2 kedai dan KFC, pondok pengawal 24 jam, bus stand, kawasan kilang2 berhampiran, lokasi Giant Purta Height pun berhampiran (tapi naik kereta lah, jenuh jalan kaki) dll.

Yang menariknya, ada owner yang offer nak jual dengan harga RM120k ke RM126k (untuk unit pertama) dan RM92k dan ke atas (untuk unit kedua) - Semestinya bukan semua owner nak jual dengan harga ini! Kerana ia dari tuan rumah yang terdesak! Katakan anda membeli unit yang pertama, Harga tuan rumah jual RM120k dan nilaian dari Jurunilai RM145k. Pihak bank akan memberikan pinjaman 90% dari nilai Jurunilai tersebut iaitu RM130.5k Bermakna, anda mempunyai RM10.5k! (hasil tolak dari pinjaman bank dan tuan rumah jual). Anda juga mempunyai RM14.5k yang anda boleh keluarkan dari akaun2 KWSP anda! (jika duit anda cukup banyak itu. Jika lebih rendah, semuanya lah!) Secara kasarnya, anda bakal mempunyai duit sebanyak RM25k!! (Jumlah RM10.5k dan RM14.5k tadi). Berbaloikan?

Itu secara kasarnya.. kita belum tolak lagi dengan kos2 dari Jurunilai, peguam dll. Namun, seperti tajuk yang tertera di atas (tajuk yang amat menarik bukan?) seperti pengalaman saya, peguam sanggup tunggu pembayaran saya selepas disburst dari pihak bank (biasanya mengambil masa 3 ke 4 bulan) Kurang lagi modal yang aku kena keluarkan! Tapi kena keluarkan sedikit modal untuk pembayaran bagi pihak panel bank yang memberi pinjam, lebih kurang RM3k dan Jurunilai. (inilah yang dikatakan, memperolehi kekayaan dengan menggunakan duit orang lain!)

Selepas semuanya selesai, anda memperolehi Hartanah (tersedia untuk disewa, penyewa sedang menanti! jika bermasaalah mencari penyewa, contact aku.) dan baki duit selepas segala proses jual beli ini. Anda mempunyai harapan dari modal ini untuk mencari rumah lagi untuk dibeli! Bak kata saudara Azizi Ali dalam bukunya, 'Anda tidak akan menjadi jutawan dengan hanya mempunyai 1 rumah sahaja' (lebih kuranglah ayatnya...)

Unit Sri Angkasa yang terhad (rendah dari harga pasaran) untuk dijual!

Hubungi aku, Call/SMS 019-2010107 (Syahman)




Sunday, August 15, 2010

Sri Ixora Apartment, Seksyen 27, Shah Alam Untuk Dijual Dengan Harga Di Bawah Pasaran!!




Masih segar dalam ingatan aku ketika aku mula2 membeli unit ini.. sememangnya mempunyai nilai sentimental terhadap diri aku. Kalo tak salah aku selepas 3 tahun aku bekerja (tahun pertama aku beli motor, tahun kedua aku beli kereta kelisa dan tahun ketiga...unit Sri Ixora inilah) dan merupakan pelaburan yang paling berjaya terhadap diri aku, alhamdulillah...


Kenapa aku katakan paling berjaya?

1. Nilai kenaikan hartanah di Sri Ixora semakin naik (hingga hari ini, nilainya telah mencecah RM160k berbanding aku beli dgn nilai RM130k pada tahun 2007) dan akan terus meningkat naik kerana permintaan yang tinggi (lepas lock-in period, planning nak buat refinance..nak beli rumah lagi, insyaAllah)

2. Lokasi yang amat stategik. Pernah sampai ke sini? Kepada yang pernah datang, korang taulah.. dikelilingi dgn kilang elektronik. USJ dekat, Puchong pun dekat. Bersebelahan petrol pam Petronas dan Shell (aku pernah terbaca artikel LRT pun akan masuk ke Alam Megah sini..Perrgh!).

3. Sewa yang tinggi.. permintaan sewa yang tinggi yang menyebabkan sewa kat sini mencecah RM850 sebulan (mungkin bagi penduduk KL, nilai ni apalah sangat..) tapi anda kena faham, dgn nilai hartanah RM160k, ianya cukup berbaloi dan akan terus meningkat (permintaan dari Sime Darby Healthcara sahaja masih tak cukup untuk menampung. Tak campur lagi dari Proton dan kilang2 sekitar sini).

4. Pihak penyewa membayar sewa tanpa aku mengeluarkan duit pun.. sekurang2nya, nilai hutang terhadap bank semakin berkurang. Buat masa ini aku telah menyewakan kepada student nursing Sime Darby Healthcare (awek2 ni setiap pagi menunggu bas depan guard). Hutang berkurang, nilai meningkat...


Pantang ada unit di sini untuk dijual, sekejap sahaja dapat tau dah ada pembeli (mungkin dari pelabur individu yang menanti lama atau mungkin dari individu yang nak tinggal kt sini dengan kemudahan lengkap. Surau kat tengah2, dewan, kawasan bersukan, taman permainan, parking persendirian, guard 24 jam dll..)


Semalam ada sorang bakal pembeli koll aku, dia bermasaalah peribadi untuk membeli unit yang aku rekemenkan kat dia.mungkin lambat sikit katanya. So, atas permintaan yang tinggi, aku terpaksa mencari pembeli yang berkobar2 di luar sana. anda berminat? Koll atau SMS aku.. harga dibawah harga pasaran aku offer.. terpulang pada anda untuk membuat keputusan.


Koll/SMS: 019-2010107




Sunday, August 8, 2010

Pantai Permai Apartment, Bilik Untuk Disewa! Tinggal 2 Bilik Kosong!

MAAF, BILIK TELAH PENUH DISEWA (BERTARIKH 24 OGOS 2010)



Photo 1: Ruang Tamu


Photo 2: Dapur

1 bilik telah disewa, masih 2 lagi bilik kosong alhamdulillah.. selesai sudah penyerahan kunci dah urusan Perjanjian Penyewaan untuk unit Pantai Permai Apartment (lokasi hampir dengan Universiti Malaya) tengah hari tadi.. Pada aku, aku mencari penyewa dari kaum Hawa. Lebih mudah nak berurusan dan lebih 'kemas' rumah dijaga (heheh..jangan marah kaum lelaki..) berdasarkan pengalaman aku lah..


Lihat 2 gambar yang aku post kan kat atas tu, boleh kata hampir aku tak buat apa2 bila penyewa perempuan sebelum ini berpindah. Cuma aku tambahkan set dapur dan peti ais 'comel' sebagai kemudahan tambahan... Kemas macam rumah sendiri. atas sebab itulah aku teruskan niat suci aku membantu kaum hawa yang mencari bilik untuk disewa dengan harga yang amat berpatutan..(mana nak cari siap dengan peti ais dan set dapur dengan harga sewa semacam ni kat apartment kawasan sini beb!)

Kemudahan lain? setiap bilik aku siap pasangkan kipas (aku siap pasang sedri tau!). Rel langsir tersedia, tapi langsir tak disediakan. Ampai baju pun dah ready. Rak pinggan dan pinggan pun cukup tersedia..

(gambaran sebenar seperti di atas)



Bilik 1 RM270/bulan (sesuai untuk 3 ke 4 orang sebilik)- mencari penyewa (MAAF, TELAH PENUH DISEWAKAN PADA 24/08/2010)

Bilik 2 RM250/bulan (sesuai untuk 2 ke 3 orang sebilik)- mencari penyewa (MAAF, TELAH PENUH DISEWAKAN PADA 24/08/2010)

Bilik 3 RM200/bulan- telah disewakan


Kepada sesiapa yang berminat, SMS aku pun tak mengapa 019-2010107 (Syahman).

P/S: wanita sahaja

Wednesday, August 4, 2010

Pantai Permai Apartment Di Pantai Dalam Untuk Disewa! Lokasi Hampir Dengan Universiti Malaya!

(MAAF, SEMUA BILIK TELAH PENUH DISEWAKAN PADA 24/08/2010)

Anda Siswi Universiti Malaya? Mencari rumah/bilik untuk disewa? Siap dengan kelengkapan asas? Apartment Pantai Permai di Pantai Dalam, Kuala Lumpur lokasi terbaik untuk anda!


Lokasi : Apartment Pantai Permai, Pantai Dalam, Kuala Lumpur
(hanya 1 bas untuk ke Universiti Malaya)

Kemudahan rumah: Kemudahan asas seperti set dapur masak, peti ais (seperti gambar di atas), kipas di setiap bilik, ampai baju dll.

Kemudahan sekitar: Bersebelahan lokasi pasar malam, dekat dgn stesen komuter Angkasapuri, bas stand, gerai makan, stesen minyak petronas (baru!), kedai runcit dan gerai beger (buka sampai lewat malam) kat bawah.

Keselamatan: Pak gad 24 jam di pos masuk pengawal.

Penyewa yang dicari: wanita sahaja. Tanpa mengira bekerja atau pelajar.

Kadar sewa:
-Bilik besar RM270/bulan
-Bilik sederhana RM250/bulan
-Bilik kecil RM200/sebulan
(MAAF, SEMUANYA TELAH PENUH DISEWAKAN PADA 24/08/2010)

Berminat?
Call/SMS saya: 019-2010107 (Syahman @ tuan rumah)

Tuesday, July 27, 2010

Minggu Debaran Menunggu Keputusan Loan Rumah Sri Angkasa




Minggu ni merupakan minggu debaran bagi aku. Apa tidaknya, seakan 'bagaikan menunggu buah nak jatuh'.


Kali ni aku mencuba lagi untuk memohon pinjaman perumahan untuk unit di Sri Angkasa Apartment, Seksyen 27, Shah Alam. Aku tahu yang sepatutnya aku tak terlalu mengharap untuk lulus loan kali ini (sebabnya.. ini merupakan loan untuk rumah yang ke-4 aku beb!) Kalau 3 unit rumah aku yang sebelum ini semuanya telah disewa ok jugak. Tapi hanya 1 unit rumah aku sahaja yang telah disewa! (Sri Ixora sahaja!) Yang lain bukan tidak dapat penyewa, tapi masih lagi tunggu CF dan dalam proses tukar title (pergh...lembab gila! tu yang aku tak boleh tahan nak try jugak buat loan beli lagi)..Orang kata: Kerja Gila!

Aku tertarik dengan unit ni bukan apa.. Kadar sewa mencecah sehingga RM500 ke RM550 sebulan (walaupun hanya 2 bilik dan 1 bilik air!) kira ok apa.. maintainance dalam RM50 sebulan. Yang penting bagi aku, still lagi positif cash flow. Lokasi pula bersebelahan dengan sekolah, KFC, kedai runcit, kedai tayar, Pak Gad 24 jam, dekat dgn kawasan kilang (korang yang biasa ke Seksyen 27, Shah Alam taulah..kilang berlambak kat kawasan ni)


Korang, doa2kan lah loan aku lulus untuk unit ni, insyaAllah.... Atau mungkin ada sesiapa nak sewa pun jangan segan2 SMS atau koll aku.. aku takda hal punya lah..



Yang berminat nak invest kat sini pun, aku buleh tolong..

Tuesday, July 20, 2010

Sri Ixora Apartment, Seksyen 27 Shah Alam Untuk Dijual!!



Sebenarnya permintaan Sri Ixora Apartment di Seksyen 27, Shah Alam agak tinggi sehinggakan harganya melambung naik (Valuation dari pihak banker pun turut naik mendadak, syiook buat refinance ni nanti!). Apa tidaknya, permintaan sewa di sini sampai tidak cukup koata! Rumah untuk disewa penuh! sekalipun sewa tertinggi yang pernah direkodkan mencecah RM850 sebulan! (Ni pun berdasarkan sewaan dari rumah aku kat situ)

Harga jualan pun ada yang mencecah RM160k. Tapi dari aku, semestinya lebih rendah dan buat pengetahuan anda, bukan juga unit aku yang nak dijual (sayang sangat beb kalo aku jual aku punya. Lombong emas ni bagi aku!). Kira orang lain punya lah..

Siapa cepat dia dapat! Sebab..permintaannya teramatlah tinggi..

Berminat! SMS/Koll aku: 019-2010107 (Syahman)








Saturday, July 17, 2010


Hahaha! Harge petro naik lagi! Berdesup darah aku naik. Pergh...Confirm inflasi naik mencanak2! Benci aku benci! Jom tengok harga terbaru yang naik ni:
•Petrol RON 95 – RM1.85 seliter.
•Diesel – RM1.75 seliter.
•Gula – RM1.70 sekilogram
•Gas LPG – RM1.85 sekilogram
Berikut adalah harga baru gas:
•Tong 14KG – dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
•Tong 12KG – dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
•Tong 10KG – dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)
Pihak yang terbabit (orang yg naikkan harga lee sape lagik!) kata nak 'serang' pihak peniaga makanan dan yang lain2 kalau harga naik (hallemaaakkk! cuba laaa lu orang pikkir... korang nak serang berapa juta kedai kat 1Malaysia ni? dengan menaikkan harga asas tuuu..korang dah merubah 1Malaysia ke semua barang naik harga!) Semua orang pakai Petrol, Gas dan gula bebb!!
Kasihan aku kat peniaga2 dan yang berpendapatan rendah...
Berasappp ati aku!!

Thursday, July 15, 2010

Dari RM113K ke RM155K!




Seakan tak percaya! Tapi itulah hakikat yang sebenarnya dalam dunia hartanah ini... Tengok je tajuk kat atas tu, tentunya kepada sesiapa yang minat dalam bidang hartanah ni dah boleh agak apa yang aku nak kongsikan bersama pembaca dalam post blog aku kali ni...
Kepada sesiapa pembaca setia blog aku, ingat lagi tak posting lama dulu aku tentang Apartment Sri Ixora, Sekesyen 27 Shah Alam? Kepada yang belum, nak syok baca, baca yang tu dulu.baru ada 'kick' kata orang...(kalo nak terus baca ni pun bulleh je...).
Dulu semalam aku berjumpa dengan agent rumah sewa aku, borak-borak le sikit tentang hartanah.. tengah2 syok borak, dia 'potong' line cakap aku.."Syahman, lu mau tau ka satu good news punya?" dia ni Cina..so, ayat dia pelat sikit lah, "Lu punya Apartment Sili Ijora itu market value suda naik maa..suda sampai 155k!" membulat mata aku! Sememangnya aku dah agak ia akan naik tapi tak sangka pulak naik sampai ke tahap itu. Alhamdulillah...Amat2 bersyukur aku ke hadrat Allah. Potensi baik kat situ. Dekat 3 tahun aku 'jaga' sebaik mungkin rumah tu dah naik sebanyak itu, insyaAllah selepas 'lock in period' aku tamat (5 tahun..lama tu, tinggal 2 tahun baki lagikan..) planning aku nak buat refinance.. dapat duit nanti plan nak tambah kolum aset rumah sewa...
Kepada rakan2 blogger atau pun pembaca yang masih belum atau 'takut' untuk bermula dalam bidang ini, mulakanlah dengan pembelian rumah pertama. Jangan tunggu2.. sebab aku dah merasa 'kehangatan' rumah pertama...dan 'kehangatannya' masih aku terasa hingga ke saat ini. Walaupun aku dah berkahwin..heheh..
Lagi muda kita bermula, insyaAllah lagi cepat dan mudah untuk langkah seterusnya...dan kalo boleh, ambil loan rumah yang Islamik (yang beragama Islam), agar berkat hidup kita...




Monday, June 28, 2010

"Selamat Hari Lahir Ke-29 Syahman!"

"Selamat Hari Lahir Yg Ke-29!" Huiks, dah umur 29 tahun dah aku! Hmm.. hari lahir tahun depan dah takde nombor 2 di depan dah. Bakal jadi nombor 3. isk..isk..sedeyy la pulak. Masih aku teringat lagi waktu aku di 'ambang' belasan dulu.. pernah juga aku kata mcm ni.. 'dah takde no. 1 kat depan umur aku dah lepas ni..' dan kini bakal takde no. 2 pulak...

Aku duduk terfikir depan labtop bini aku ketika aku post ni.. apa yang telah aku perolehi setelah aku hidup 29 tahun... perkara asas untuk hidup, alhamdulillah.. isteri, kerjaya, rumah, kereta, motor (heheh..modenas jaguh custom bikin sendiri-layaaann!), biz kecil2an dan pelaburan.. Kekadang aku dengki dgn kengkawan yg mencanak2 naik dan jauh lebih stabil dari aku... (takpekan dengki mcm ni, bersaing secara sihat laa katakan...) umur lebih muda dah mempunyai kesedaran untuk menyimpan, memulakan biz dan pelaburan..bagus, bagus! aku semakin suka orang melayu kita mcm ni.

Ketika aku diambang 20an, aku pernah ber'fantasi' untuk mempunyai pegangan nilai aset hartanah RM1/2 juta sebelum umur aku memcecah 30 tahun... alhamdulillah, ianya makin hampir dan hampir tidak mustahil insyaAllah... Kini aku mencongak2 untuk mencipta 'fantasi' baru sebelum umur aku mencecah 40 tahun... (biar berfantasi gila-gila, tapi dalam lingkungan realiti ataupun ianya boleh dicapai)...

Cubalah... aku pernah dan merasainya sendiri (pengalaman sendiri ni!).. Letakkan satu tarikh akhir, berusahalah sehabis mungkin untuk memperolehinya sebelum sampai 'due date'(kita akan perasan yang seharian kita berfikir hanya kerana matlamat tersebut)... Kita akan rasa bagaikan satu kepuasan yang tidak dapat kita zahirkan di'garisan penamat' nanti....

Tuesday, June 22, 2010

Mulakan sekurang-kurangnya 1 pendapatan sampingan!





Stress di tempat kerja?



Mahu atau tidak, kita terpaksa kerja bila memikirkan hutang piutang yang tak mungkin selesai dalam masa yang terdekat (mungkin 5, 10 atau seumur hidup! Seumur hidup dengan stresss!) Itulah yang hakikat sebenarnya dunia maju kini. Nak beli kereta- ambil pinjaman sampai 9 tahun, nak beli rumah- ambil pinjaman sampai 30 tahun, tu tak kira lagi kalo beli tv atau perabot rumah secara ansuran (sebab itu lah kita tengok semakin lama, semakin besar bangunan bank).


Kenapa kita tidak bermula lakukan sesuatu untuk berubah? Lakukan sesuatu untuk menambahkan pendapatan! Takut gagal? Takde masa? Dah cuba tapi gagal juga? Bak kata orang tua2:


'Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih!'


Tak perlu nak dapatkan keuntungan besar dari permulaan perniagaan. Dapat untung bersih RM10/sebulan pun sudah cukup. Bulan depan kita pastikan ianya meningkat.. Bulan kemudian meningkat lagi..dan lagi..



Tuesday, June 15, 2010

Jun 2010! Setengah Tahun 2010 Telah Berlalu..

JUNE 2010!! Semakin bergerak cepat masa berlalu aku rasakan. Masih aku teringat waktu 1 Jan 2010 waktu aku gembira syok dapat cuti awal tahun.. umur makin meningkat naik (heheh..makin tua lah ye) dan teringat dgn misi azam tahun yang berkobar2. Nak 'maintain' berkobar2 tu yg agak payah.. Jom kita check balik. buka buku lembaran awal tahun dulu (dgn harapan tak 'hangat2 najis ayam' je.)

Dapat aku rasakan perubahan hidup yg amat ketara selepas bergelar suami orang ni. dugaan kini lebih kuat. pengurusan kewangan harus/wajib lebih teratur dan sistematik. Petang tadi aku berborak dgn member aku yang dah mempunyai 2 orang anak..katanya, 'Kau nanti dah ada anak nanti taulah macam mana...' diam aku seketika. Dalam maksud tu sambil mata aku tetap memandang jalan raya, fokus dalam pemanduan. Aku suka belajar dari pengalaman orang yang lebih dulu 'makan garam' dari aku macam member aku tadi tu. Sekurang2nya aku tak leka dan 'lena'...

Planning keje full time dan part time kini aku akan susunkan kembali. Aku kena kembali cergas!! Pendapatan side income dan pasif income selain pendapatan tetap yg aku perolehi kini akan aku selidik sebelum sampai ke 3/4 untuk tahun 2010 ini...

Jom kita sama2 cergass kembali!!

Thursday, April 29, 2010

3 Bilik Di Pantai Permai Untuk Disewa! - Wanita Sahaja

3 Bilik Untuk Disewa Untuk Wanita Sahaja!

Lokasi: Apartment Pantai Permai, Pantai Dalam (lokasi berhampiran Komuter, Pasar malam, Angkasapuri, Rapit KL, UM, Bangsar dan PJ)

Harga Untuk Menduduki: RM 250/sebulan atau RM 200/sebulan (bergantung pada saiz bilik) + deposit 1 bulan sewa!

Kelebihan Lain: Sekuriti 24 jam

Cepat! Siapa cepat dia dapat!
SMS saya, Syahman 019-2010107

Sunday, April 4, 2010

Bakal Untuk Disewa! Dataran Otomobil Seksyen 15 Shah Alam!



Alhamdulillah... satu lagi aset hartanah bakal jadi kenyataan..kat Dataran Otomobil Sek. 15 Shah Alam. Yang membuatkan aku tertarik dgn hartanah ni sebab lokasi yang berada di kawasan kilang disekitarnya.. banyak bank2 yang berhampiran kat jalan utama kat depan tu (Public Bank pun siap beli koner lot kat dalam kawasan ni, Pergh! gi tengok tadi, diaorang tengah renovate kasi batu bata), nak ke highway federal dan Pusat bandar Shah Alam pun dekat je.. UiTM pun tak jauh. jejalan tadi - ronda2 hari sabtu dgn bini kesayangan... aku tengok Speedmart 99 pun dah siap cat..(takde signbord lagi..tapi kaler hijau kuning belang dia aku buley agak dah)
FYI, kat sini semuanya ada 3 fasa. fasa 1 dah dapat CF (fasa 1 ni semuanya unit kedai dan pejabat je). Fasa 2 dalam proses dapatkan CF (sebahagian seperti fasa 1 dan sebahagiannya pula unit kedai dan apartment). yang tang rumah aku pulak fasa 3 (semua lot kedai dan apartment..CF kena que sebab nak kena tunggu fasa 2 settle...) yang ni yang membuatkan aku kena banyak bersabar.. developer pun tak tau lagi masa semua tu boleh selesai kan CF (pergh..lambat giler proses CF ni ye!)
Market value untuk disewa kat kawasan ni lebih kurang RM800/sebulan. Kira boleh tahan la jugak (yang penting kasi lepas installment bulanan dan maintainance RM50/sebulan).. kalo kasi furnish mesti boley kasi up lagi ni... CF dah dapat nanti, kasi pasang grill, kipas lampu dulu.. pastu, jeng jeng jeng..kasi sewalah heheh.. (ingat..3 bulan reserve duit kalo takde penyewa - sebagai 'payung sebelum hujan')
P/S: PELABURAN PENTING..TAPI SETIAP PELABURAN, MESTI ADA BACK UP SEKURANG2NYA 3 BULAN.. JANGAN SAMPAI...
'Yang Dikejar Tak Dapat, Yang Dikendong Berciciran'

Saturday, March 20, 2010

2010 Sudah Suku Pertama! Azam Anda?

Diam tak diam, suku pertama telah hampir tamat untuk tahun 2010 ini. Pak mertua aku yang 'sentap' aku semalam ketika dia tengok kelendar tahun ni (aku pulak tengah makan malam ketika itu). "Dah bulan 3 (Mac) dah. Aku ingat bulan 2 (Feb) lagi!" Lebih kurang macam tu lah kata-kata dia semalam...

Tengah drive dari balik keje tadi, terlintas pula apa yang pak mertua aku katakan semalam.. bermakna, baki untuk tahun ini tinggal 3 suku lagi. Umur aku pulak dah nak cecah 29 untuk tahun ni (28 Jun). Azam tahun baru yang aku dah rancangkan pada awal bulan Jan 2010 apa yang dah berjalan? Aku seboleh-bolehnya taknak 'carry foward' azam tahun ini ke tahun akan datang lagi (cukuplah tahun lepas punya bawak ke tahun ni..) Aku akui yang azam aku tahun ini agak ektrim jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ni (aku cuba serapkan apa yang aku baca dalam buku ringkas Azizi Ali yang bertajuk 'Senjata Paling Berkuasa' (Nipis je buku ni, tapi best sangat!) cukup membakar semangat aku.. Biar azam kita seakan-akan fantasi tapi dalam ruang ligkup realiti..(Camne tu Man? Kongsilah dengan kami..) Ok, aku akan ceritakan..

Em..sebagai contoh (contoh diri sendiri lah senang cerita, azam aku..):

1. Nak tambah 2 kolum aset lagi rumah sewa!
2. Nak beli Perodua Alza (untuk bini aku pakai) ni..liabiliti ni! Kena fikirkan lagi..
3. Mempunyai simpanan kecemasan sebanyak 3 bulan gaji bekerja!
4. Simpanan emas dalam GSPA total sebanyak 100 gram! (takut nak simpan emas fizikal..)
5. 'Delete'kan semua Credit Card yang aku ada! (Along hahal nih kan!)
6. Sales untuk syarikat aku 'EM ES Enterprise' mesti cecah RM1000 sebulan (sekurang2nya)

'Due date' untuk semua azam aku kat atas ni mestilah 31/12/2010 jam 11:59 malam..Gila punya azam! (aku cakap sendirian lepas aku tulis kat dalam buku kira2 bulanan aku)..Sebab ada due date ini lah membuatkan aku seakan 'mengejar' masa...

Dan ini sebahagian apa yang aku dah berjaya capai untuk suku pertama 2010:

1. Alhamdulillah.. pihak bank RHB dah luluskan loan rumah baru aku (walaupun agak berat jugak nak luluskan)..baru lepas sain SNP (Lokasi Shah Alam Seksyen 15, Dataran Otomobil) Rumah dah siap. Tinggal tunggu CF.
2. Loan dah lulus untuk kereta ni..(tak jadi beli Alza, beli Persona je, sekenhen heheh!) aku takut untuk naikkan liabiliti aku buat masa ni. Takut tak tertanggung..
3. Dalam proses.. (betul, tak tipu! heheh..)
4. Baki tinggal 1g je.. (agak sukar jugak ni..)
5. Satu-satu kredit card aku dah langsaikan.. (on going la jgk ni..)
6. Yang ni sebab aku buat 'part time' tu angka RM1000 sebulan agak tinggi..tapi takpe, produk baru akan tiba di pasaran (Shower Gel dengan Gamat dan Aloe Vera untuk 400ml)..

InsyaAllah boleh kot capai... Anda bagaimana? Planning biar ektrim..dan ada 'due date'nya..

Bak kata orang, "Tak Dapat Capai Bintang Di Langit, Dapat Capai Bulan Pun OK Apa.."

Friday, March 5, 2010

Pengalamanku Tentang Pengurusan Kewangan..

2 Perkara Yang Perlu Kita Belajar Dari Pengalaman Dalam Kehidupan:
1. Belajar dari pengalaman sendiri dan..
2. Belajar dari pengalaman orang lain

Betul tak?

Kesimpulannya, seharusnya kita belajar dari pengalaman sendiri dan orang lain. Hakikatnya, kita (hampir semua orang kot..) telah mengalami dari pengalaman sendiri dan melupakan tentang pengalaman orang lain (termasuk aku sendiri!) Bila kena batang idung sendiri baru tahu!
Mungkin sifat mahu mencuba (muda remaja memang macam ni kan..heheh) aku pernah terkena dengan pelaburan yang menipu, pernah terlibat dengan MLM (Multi Level Marketing) - yang ni bukan bidang aku, noktah! Sesetengah syarikat asyik tukar marketing plan! (nasihat aku, tinggal kan je syarikat macam ni!) Aku pernah tertipu dengan macam2 lagi yang melibatkan tentang wang!...sedih aku...

Akhirnya aku nekad. Aku menongkah arus.. Aku buat biz sendiri, aku buat pelaburan sendiri yang tidak langsung terlibat dengan syarikat-syarikat yang menjanjikan pulangan yang selalu mengaburi mata hati kita!

Aku dartarkan syarikat sendiri (EM ES Enterprise). Aku libatkan diri dengan pelaburan emas dan hartanah (setelah aku sedar dari blog sifu2 emas dan hartanah. Terima kasih tak terhingga!). Baru aku dapat rasakan kepuasan! Jatuh bangun bergantung pada diri sendiri..

Wang Anda, Anda Yang Tentukan...

Saturday, February 6, 2010

Lot Parking Pun Boleh Buat Duit! Maksimumkan Pendapatan Anda!


Pelbagai cara sebenarnya untuk kita memperolehi pendapatan dari sewa rumah ini.. dan antaranya ialah, lot parking kereta persendirian (untuk makluman, hanya jenis 1 unit rumah untuk 1 lot parking kereta sahaja yang boleh lakukan cara ini dan biasanya unit apartment medium kos keatas)..
Alhamdulillah, rezeki Allah beri ni kadang-kadang kita tak sangka.. pada tarikh 31/01/2010 tempoh hari, aku dapat panggilan dari jiran rumah sewa aku di Sri Ixora.. Katanya, "Assalamualaikum, ni Syahman kan? yang sewakan rumah sewa kat student SJMC haritu? Ada jiran kita tanya tentang parking lot kereta. Dia nak sewa sebab dia ada 2 buah kereta"...Emmm..lebih kurang macam tu le bunyinya.. Sudah tentu ini adalah berita gembira bagi aku...setelah sekian lama aku mencari...
Tak lama aku tunggu, orang yang berminat nak sewa parking lot aku tu kol.. bincang punya bincang berselangselikan dengan tawar-menawar..Alhamdulillah harga sewa telah dipersetujui.. RM55.oo sebulan... Aku amat2 bersyukur kehadrat Allah yang Maha Pemberi Rezeki...Bertambahlah 'Pasif Income' dari rumah Sri Ixora ini...

Monday, February 1, 2010

Asyik cerita 'Pasif Income' je.. Cerita 'Side Income' la pulak..




Selama ini aku rasa asyik cerita tentang 'Pasif Income' je kan...Baru aku terfikir, tajuk blog aku kan - Bicara Tentang 'Pasif Income' & 'Side Income'.. tapi nape takde cerita pun tentang 'Side Income'? Ok...pertamanya pengertian 'Side Income' itu sendiri, bagi pendapat peribadi aku.. 'Side Income' ataupun dalam Bahasa Melayunya adalah 'Pendapatan Sampingan'. Bermakna, pendapatan yang memberikan keuntungan secara sampingan disamping kita mempunyai pendapatan utama ataupun 'Main Income'...


Pendapat aku la kan... kehidupan ini seharusnya mempunyai 3 jenis pendapatan iaitu:-


1. 'Main Income' ataupun Pendapatan Utama

2. 'Side Income' ataupun Pendapatan Sampingan

3. 'Pasif Income' ataupun Pendapatan Perlahan yang Berterusan


Tapi post aku kali ni aku lebih nak berkongsikan 'Side Income' aku yang telah aku lakukan lebih kurang 2 tahun yang lepas..Iaitu produk Kosmetik dan Body Care... Alhamdulillah, ini adalah produk dari syarikat aku sendiri yang mana, aku berhak menentukan harga dan kandungan yang aku inginkan dan Alhamdulillah...produk ini telah memdapat sijil dari pihak PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia) semestinya adalah produk halal!


BeautyFrenz adalah jenama produk dan EM ES Enterprise adalah syarikat aku yang aku mestikan produk dari jenama ini mempunyai kandungan Extrak dari GAMAT. Alhamdulillah..sambutannya amat menggalakkan.. sehinggakan aku terpaksa mencari agen yang berminat untuk memasarkan produk ini..dan ia termasuklah anda yang sedang membaca...dan sudah semestinya harga untuk agen amat istimewa..


Antara Produk BeautyFrenz adalah:-

1. Lipstick Magic Colour - warna berubah mengikut warna darah anda

2. Lipbalm - pelembab bibir terutama bibir yang bermasaalah

3. Shower Gel (Floral Moist) - buih mandian

4. Shower Gel (Aqua) - buih mandian


InsyaAllah..produk akan terus bertambah akan datang nanti..

Anda berminat untuk menjana pendapatan dengan menjadi agen kami?

Sila hubungi/sms saya 019-2010107


Wednesday, January 13, 2010

Bekas Penyewa Sri Ixora Ku Yang Terlampau!

Puisi Di Balik Pintu (Hampeh Betol! Jiwang Karat Tu!)

Bagai Bilik Pemujaan (Sebijik macam filem kat wayang! Bikin Gua Panasss Beb!)

Salam pembaca blogku semua....
Suka aku berkongsi tentang pengalaman (tak kira la pengalaman tu syok ke hampeh!) sekadar untuk pengajaran dan pembelajaran kita bersama... Jika anda perhatikan gambar2 kat atas tu, adalah gambar rumah sewa aku kat Sri Ixora, Sek. 27 Shah Alam. Pelbagai perasaan aku rasa..Marah, Geram, Seram, Kelakar dan Gembira pun ada..
Semestinya Marah dan Geram sebab apa yang telah mereka lakukan terhadap rumah sewa aku ni.. diaorang buat macam 'Bilik Mari Mewarna' (Punyalah banyak buku 'Mari Mewarna' kat pasaran, dinding rumah aku pun korang ketagih!). Yang buat aku Kelakar dan tergelak pulak, di balik pintu bilik Master Room ada selengkap puisi yang sadis! (Tak pepaham aku ayat dia, bahasa seberang heh!) Layan gak aku buat kali terakhir sebelum aku lapis dengan cat ungu yang baru aku beli (Hampir keseluruhan rumah aku Kaler dengan cat warna ni..)
Dalam Marah, Geram, dan kelakar... tetap ada gembira bagi Tuan Rumah seperti aku (mmm...rumah sikit punya teruk pun boleh senyum?) Anda pasti akan tertanya2 kan? Aku gembira sebab ini adalah perkara yang aku pasti hadapi sebagai Tuan Rumah, jadi semestinya aku kena bersedia dari awal..seawal sebelum penyewa masuk rumah lagi....iaitu deposit rumah 2 bulan.. (RM650 x 2 bulan = RM1,300!) terus ke saku aku.. Korang bayangkan, yang cat rumah aku dengan bini aku, yang tukar tombol pintu adalah aku, yang repair pintu jugak aku..So, aku gajikan lah untuk aku sendiri heheh!!
Penyewa yang 'sadis' ni telah aku halau. Rumah lebih cantik (aku mainkan 2 warna dengan cat lama) telah siap aku sediakan untuk penyewa baru aku (Aweks2 dari SJMC huhuu..)..dengan sewa yang lebih RM200 dari penyewa lama! Macam mana la aku tak senyum sampai kat telinga! Walau apa pun...Syukur pada yang 'Pemberi'..Alhamdulillah..(Orang tua2 kata, rezeki lepas kahwen!)

Saturday, January 2, 2010

SELAMAT TAHUN BARU!

Tahun baru tiba lagi.. tahun 2009, adalah tahun yang cukup mencabar diri aku. terutamanya suku terakhir 2009. Dan tahun ni, perancangan telah ku bina, telah aku TULIS azam dan aku siapkan dengan DATELINE serta diTANDATANGANi oleh tuan yang punya badan. Kenapa aku buat macam tu? Aku nak lebih realistik. Yang boleh aku sentuh impian aku.. aku letakkan di tempat yang aku mudah baca setiap hari agar aku tak terpesong dari impian ini.. IMPIAN yang agak sukar dicapai tetapi masih dalam ruang realiti... sebab... aku kena lebih berusaha, lebih berfikiran kreatif, lebih fokus untuk mencapai impian...

Mungkin agak keterlaluan jika aku katakan, anda perlu ceritakan kepada semua tentang azam dan impian anda ini! Biar semua orang tahu agar kita malu nak letak muka kalau tak capai! Keputusan muktamat, MESTI CAPAI! NOKTAH!

P/S: Mungkin agak serius post aku kali ni. Emosional sikit. heh!