Showing posts with label Positif Atau Negatif Cash Flow. Show all posts
Showing posts with label Positif Atau Negatif Cash Flow. Show all posts

Thursday, July 15, 2010

Dari RM113K ke RM155K!




Seakan tak percaya! Tapi itulah hakikat yang sebenarnya dalam dunia hartanah ini... Tengok je tajuk kat atas tu, tentunya kepada sesiapa yang minat dalam bidang hartanah ni dah boleh agak apa yang aku nak kongsikan bersama pembaca dalam post blog aku kali ni...
Kepada sesiapa pembaca setia blog aku, ingat lagi tak posting lama dulu aku tentang Apartment Sri Ixora, Sekesyen 27 Shah Alam? Kepada yang belum, nak syok baca, baca yang tu dulu.baru ada 'kick' kata orang...(kalo nak terus baca ni pun bulleh je...).
Dulu semalam aku berjumpa dengan agent rumah sewa aku, borak-borak le sikit tentang hartanah.. tengah2 syok borak, dia 'potong' line cakap aku.."Syahman, lu mau tau ka satu good news punya?" dia ni Cina..so, ayat dia pelat sikit lah, "Lu punya Apartment Sili Ijora itu market value suda naik maa..suda sampai 155k!" membulat mata aku! Sememangnya aku dah agak ia akan naik tapi tak sangka pulak naik sampai ke tahap itu. Alhamdulillah...Amat2 bersyukur aku ke hadrat Allah. Potensi baik kat situ. Dekat 3 tahun aku 'jaga' sebaik mungkin rumah tu dah naik sebanyak itu, insyaAllah selepas 'lock in period' aku tamat (5 tahun..lama tu, tinggal 2 tahun baki lagikan..) planning aku nak buat refinance.. dapat duit nanti plan nak tambah kolum aset rumah sewa...
Kepada rakan2 blogger atau pun pembaca yang masih belum atau 'takut' untuk bermula dalam bidang ini, mulakanlah dengan pembelian rumah pertama. Jangan tunggu2.. sebab aku dah merasa 'kehangatan' rumah pertama...dan 'kehangatannya' masih aku terasa hingga ke saat ini. Walaupun aku dah berkahwin..heheh..
Lagi muda kita bermula, insyaAllah lagi cepat dan mudah untuk langkah seterusnya...dan kalo boleh, ambil loan rumah yang Islamik (yang beragama Islam), agar berkat hidup kita...




Saturday, March 20, 2010

2010 Sudah Suku Pertama! Azam Anda?

Diam tak diam, suku pertama telah hampir tamat untuk tahun 2010 ini. Pak mertua aku yang 'sentap' aku semalam ketika dia tengok kelendar tahun ni (aku pulak tengah makan malam ketika itu). "Dah bulan 3 (Mac) dah. Aku ingat bulan 2 (Feb) lagi!" Lebih kurang macam tu lah kata-kata dia semalam...

Tengah drive dari balik keje tadi, terlintas pula apa yang pak mertua aku katakan semalam.. bermakna, baki untuk tahun ini tinggal 3 suku lagi. Umur aku pulak dah nak cecah 29 untuk tahun ni (28 Jun). Azam tahun baru yang aku dah rancangkan pada awal bulan Jan 2010 apa yang dah berjalan? Aku seboleh-bolehnya taknak 'carry foward' azam tahun ini ke tahun akan datang lagi (cukuplah tahun lepas punya bawak ke tahun ni..) Aku akui yang azam aku tahun ini agak ektrim jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ni (aku cuba serapkan apa yang aku baca dalam buku ringkas Azizi Ali yang bertajuk 'Senjata Paling Berkuasa' (Nipis je buku ni, tapi best sangat!) cukup membakar semangat aku.. Biar azam kita seakan-akan fantasi tapi dalam ruang ligkup realiti..(Camne tu Man? Kongsilah dengan kami..) Ok, aku akan ceritakan..

Em..sebagai contoh (contoh diri sendiri lah senang cerita, azam aku..):

1. Nak tambah 2 kolum aset lagi rumah sewa!
2. Nak beli Perodua Alza (untuk bini aku pakai) ni..liabiliti ni! Kena fikirkan lagi..
3. Mempunyai simpanan kecemasan sebanyak 3 bulan gaji bekerja!
4. Simpanan emas dalam GSPA total sebanyak 100 gram! (takut nak simpan emas fizikal..)
5. 'Delete'kan semua Credit Card yang aku ada! (Along hahal nih kan!)
6. Sales untuk syarikat aku 'EM ES Enterprise' mesti cecah RM1000 sebulan (sekurang2nya)

'Due date' untuk semua azam aku kat atas ni mestilah 31/12/2010 jam 11:59 malam..Gila punya azam! (aku cakap sendirian lepas aku tulis kat dalam buku kira2 bulanan aku)..Sebab ada due date ini lah membuatkan aku seakan 'mengejar' masa...

Dan ini sebahagian apa yang aku dah berjaya capai untuk suku pertama 2010:

1. Alhamdulillah.. pihak bank RHB dah luluskan loan rumah baru aku (walaupun agak berat jugak nak luluskan)..baru lepas sain SNP (Lokasi Shah Alam Seksyen 15, Dataran Otomobil) Rumah dah siap. Tinggal tunggu CF.
2. Loan dah lulus untuk kereta ni..(tak jadi beli Alza, beli Persona je, sekenhen heheh!) aku takut untuk naikkan liabiliti aku buat masa ni. Takut tak tertanggung..
3. Dalam proses.. (betul, tak tipu! heheh..)
4. Baki tinggal 1g je.. (agak sukar jugak ni..)
5. Satu-satu kredit card aku dah langsaikan.. (on going la jgk ni..)
6. Yang ni sebab aku buat 'part time' tu angka RM1000 sebulan agak tinggi..tapi takpe, produk baru akan tiba di pasaran (Shower Gel dengan Gamat dan Aloe Vera untuk 400ml)..

InsyaAllah boleh kot capai... Anda bagaimana? Planning biar ektrim..dan ada 'due date'nya..

Bak kata orang, "Tak Dapat Capai Bintang Di Langit, Dapat Capai Bulan Pun OK Apa.."

Friday, March 5, 2010

Pengalamanku Tentang Pengurusan Kewangan..

2 Perkara Yang Perlu Kita Belajar Dari Pengalaman Dalam Kehidupan:
1. Belajar dari pengalaman sendiri dan..
2. Belajar dari pengalaman orang lain

Betul tak?

Kesimpulannya, seharusnya kita belajar dari pengalaman sendiri dan orang lain. Hakikatnya, kita (hampir semua orang kot..) telah mengalami dari pengalaman sendiri dan melupakan tentang pengalaman orang lain (termasuk aku sendiri!) Bila kena batang idung sendiri baru tahu!
Mungkin sifat mahu mencuba (muda remaja memang macam ni kan..heheh) aku pernah terkena dengan pelaburan yang menipu, pernah terlibat dengan MLM (Multi Level Marketing) - yang ni bukan bidang aku, noktah! Sesetengah syarikat asyik tukar marketing plan! (nasihat aku, tinggal kan je syarikat macam ni!) Aku pernah tertipu dengan macam2 lagi yang melibatkan tentang wang!...sedih aku...

Akhirnya aku nekad. Aku menongkah arus.. Aku buat biz sendiri, aku buat pelaburan sendiri yang tidak langsung terlibat dengan syarikat-syarikat yang menjanjikan pulangan yang selalu mengaburi mata hati kita!

Aku dartarkan syarikat sendiri (EM ES Enterprise). Aku libatkan diri dengan pelaburan emas dan hartanah (setelah aku sedar dari blog sifu2 emas dan hartanah. Terima kasih tak terhingga!). Baru aku dapat rasakan kepuasan! Jatuh bangun bergantung pada diri sendiri..

Wang Anda, Anda Yang Tentukan...

Saturday, February 6, 2010

Lot Parking Pun Boleh Buat Duit! Maksimumkan Pendapatan Anda!


Pelbagai cara sebenarnya untuk kita memperolehi pendapatan dari sewa rumah ini.. dan antaranya ialah, lot parking kereta persendirian (untuk makluman, hanya jenis 1 unit rumah untuk 1 lot parking kereta sahaja yang boleh lakukan cara ini dan biasanya unit apartment medium kos keatas)..
Alhamdulillah, rezeki Allah beri ni kadang-kadang kita tak sangka.. pada tarikh 31/01/2010 tempoh hari, aku dapat panggilan dari jiran rumah sewa aku di Sri Ixora.. Katanya, "Assalamualaikum, ni Syahman kan? yang sewakan rumah sewa kat student SJMC haritu? Ada jiran kita tanya tentang parking lot kereta. Dia nak sewa sebab dia ada 2 buah kereta"...Emmm..lebih kurang macam tu le bunyinya.. Sudah tentu ini adalah berita gembira bagi aku...setelah sekian lama aku mencari...
Tak lama aku tunggu, orang yang berminat nak sewa parking lot aku tu kol.. bincang punya bincang berselangselikan dengan tawar-menawar..Alhamdulillah harga sewa telah dipersetujui.. RM55.oo sebulan... Aku amat2 bersyukur kehadrat Allah yang Maha Pemberi Rezeki...Bertambahlah 'Pasif Income' dari rumah Sri Ixora ini...

Wednesday, January 13, 2010

Bekas Penyewa Sri Ixora Ku Yang Terlampau!

Puisi Di Balik Pintu (Hampeh Betol! Jiwang Karat Tu!)

Bagai Bilik Pemujaan (Sebijik macam filem kat wayang! Bikin Gua Panasss Beb!)

Salam pembaca blogku semua....
Suka aku berkongsi tentang pengalaman (tak kira la pengalaman tu syok ke hampeh!) sekadar untuk pengajaran dan pembelajaran kita bersama... Jika anda perhatikan gambar2 kat atas tu, adalah gambar rumah sewa aku kat Sri Ixora, Sek. 27 Shah Alam. Pelbagai perasaan aku rasa..Marah, Geram, Seram, Kelakar dan Gembira pun ada..
Semestinya Marah dan Geram sebab apa yang telah mereka lakukan terhadap rumah sewa aku ni.. diaorang buat macam 'Bilik Mari Mewarna' (Punyalah banyak buku 'Mari Mewarna' kat pasaran, dinding rumah aku pun korang ketagih!). Yang buat aku Kelakar dan tergelak pulak, di balik pintu bilik Master Room ada selengkap puisi yang sadis! (Tak pepaham aku ayat dia, bahasa seberang heh!) Layan gak aku buat kali terakhir sebelum aku lapis dengan cat ungu yang baru aku beli (Hampir keseluruhan rumah aku Kaler dengan cat warna ni..)
Dalam Marah, Geram, dan kelakar... tetap ada gembira bagi Tuan Rumah seperti aku (mmm...rumah sikit punya teruk pun boleh senyum?) Anda pasti akan tertanya2 kan? Aku gembira sebab ini adalah perkara yang aku pasti hadapi sebagai Tuan Rumah, jadi semestinya aku kena bersedia dari awal..seawal sebelum penyewa masuk rumah lagi....iaitu deposit rumah 2 bulan.. (RM650 x 2 bulan = RM1,300!) terus ke saku aku.. Korang bayangkan, yang cat rumah aku dengan bini aku, yang tukar tombol pintu adalah aku, yang repair pintu jugak aku..So, aku gajikan lah untuk aku sendiri heheh!!
Penyewa yang 'sadis' ni telah aku halau. Rumah lebih cantik (aku mainkan 2 warna dengan cat lama) telah siap aku sediakan untuk penyewa baru aku (Aweks2 dari SJMC huhuu..)..dengan sewa yang lebih RM200 dari penyewa lama! Macam mana la aku tak senyum sampai kat telinga! Walau apa pun...Syukur pada yang 'Pemberi'..Alhamdulillah..(Orang tua2 kata, rezeki lepas kahwen!)

Wednesday, August 19, 2009

Positif Atau Negatif Cash Flow Dari Sewa Rumah?


Emm..macam ni lah rupa main entrance rumah sewa aku kat Seksyen 27 Shah Alam. Sekadar untuk berkongsi untuk blog post aku kali ni.. Tajuk kita pada hari ini...(macam cikgu pulak hehe!) "Positif Atau Negatif Cash Flow Dari Sewa Rumah?"
Semalam (18/08/2009) aku buat pembayaran maintainance bulan Ogos untuk rumah ni..boleh tahan gak.. lagi mahal harga rumah (terutamanya jenis Apartment) maka lagi mahallah yuran maintaincenya.. rumah ni adalah jenis Medium Kos.. Total maintainance bulanan adalah RM93.50...Jom kita kira adakah Positif atau Negatif Cash Flow dari rumah ini....
Sewa Rumah RM650.00 sebulan
Installment bank RM598.00 sebulan
Maintainance RM 93.50 sebulan
Total (RM 41.50 sebulan) Negatif!
Hehe...(gelak pulak) memang aku akui yang balace adalah negatif. Tahun ni adalah tahun negatif cash flow aku untuk rumah ni. Bila ekonomi global bermasaalah, penyewa sebelum ni berpindah. Pada hal, sewa bulanan sebelum ni adalah lebih sedikit iaitu RM700 (kira break even lah jugakkan) market sewaan kat apartment tempat tu menurun ke RM650.. Ni lah namanya perniagaan. Ada naik dan turunnya..Tapi takpelah..aku yakin tahun depan ekonomi akan kembali ok (agaknya kot!) boleh aku naikkan sewaan untuk Tenancy Agreement tahun depan nanti..
Diam tak diam..dah setahun aku 'jaga' rumah sewa yang ini. Lagi 4 tahun aku perlu bertahan.. Kenapa 4 tahun? Kepada yang terlibat dalam bidang ini, pasti dah boleh agak apa maksud yang ingin sampaikan... Wokey, bersambung untuk posting akan datang..dah magrib ni..Jom solat. Tak elok melewat-lewatkan...