Showing posts with label Kebebasan Kewangan. Show all posts
Showing posts with label Kebebasan Kewangan. Show all posts

Thursday, September 20, 2012

Emas/Perak VS Hartanah!

Ingat tak satu tika dulu.. -sekarang pun ada yang mempertikaikan kelebihan emas/perak vs hartanah... Jom kita borak 'berisi' jap...

Satu masa dulu, yang taksub pada pelaburan emas/perak membentangkan pilihannya lebih baik dan lebih bagus daripada pelaburan hartanah. Yang ada blog- Pergh!! berapi punya komen!

Yang gila dengan pelaburan hartanah pun taknak mengalah! Hartanah lebih bagus pulangannya berbanding emas/perak ni...Lebih cepat nak jadi jutawan!

Gambar sesat.. tiada kena mengena dengan tajuk ni! hahaha! Kasi realese tension jap. takde lah rasa macam blaja kat dalam kelas pulak (antara kereta yang aku minat! Wooo kereta apakah ini?)

Otai eams/perak...
Extremis hartanah...
Dah...  jangan gaduh-gaduh. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya. Apa kata kita 'layan' dua-dua? Dua-dua kita dapat! Kan best!

"Mana nak carik duit beb kalo layan dua-dua skali. Seksa hidup beb! Ko nak bagi aku Man?", soalan 'killer' dari dalam 'taman' hati aku..
 Emas keluaran PAMP, buatan Swiss

Apa kata kita kumpul duit dulu sikit-sikit beli emas, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Bila dah tukar emas/perak nanti, susah sikit nak dapatkan cash balik.  Dah jadi 'bukit' nanti, kan dah boleh jadikan sebagai deposit beli rumah!

Perak/Silver 100g keluaran Public Gold, Malaysia

Yang dah ada rumah dan buat sewakan, apa kata keuntungan sewa tu kita jangan guna dulu. Kita 'layan' emas/perak balik. Ulang semula seperti yang di atas tadi..

3 kali buat..
6 kali ulang...
12 kali dan lagi..lagi..

Kan dah banyak emas/perak dan hartanah korang! Alhamdulillah... harga emas/perak turun..beli dan simpan. Naik, jual! Layan!

P/S: Pendapat aku tadi berjaya aku lakukan. Pengalaman... Tak mustahil juga bagi pembaca blog ini.. Tak jadi? kena berguru lagi...-mungkin kita terlupa zakat dan sedekah yang belum dilaksanakan. Ingat! Itu hutang kita pada Allah... 

Sunday, August 12, 2012

Hartanah Dah Banyak, Ada 10! Apa Nak Buat?


Post kali ini lebih aku nak berkongsi dengan anda pada yang dah banyak hartanah (berapa hartanah yang anda kata banyak? 2, 3, 6, 12? Subjektif pada anda..) Banyak dah kan.. sikit2 lama jadi 'bukit'! Selalu kita bercerita tentang membeli hartanah... apa kata kita 'up' sikit ilmu.. bab ini jarang aku tengok kita jumpa (selalu yang kita jumpa, teknik membeli hartanah, teknik beli lebih 2, 3 dan 4 hartanah, teknik mudah dapat pinjaman untuk membeli hartanah, bla..bla..bla..)

Sebenarnya bab ini patut kita baca dulu sebelum kita memulakan membeli hartanah untuk pelaburan (ni tak, main beli je macam beli ikan kat pasar! Bila ikan busuk, salahkan orang lain!) Kita perlu kenal pasti apa objektif kita dalam pelaburan hartanah yang bakal kita ceburi. Short term, mid term dan long term. Kalau boleh, ketiga-tiga term kita boleh buat untung maksimim!

Antara objektif dalam hartanah pelaburan:

1.  Beli dan sewakan sampai untuk hari tua: Teknik yang kebanyakan orang suka fikir nak buat. Untuk kesenangan hari tua katanya.. Beli di lokasi menarik (semestinya semua hartanah pelaburan lokasi jadi tajuk utama!) Setiap bulan tunggu dan ambil sewa, dapat duit sewa, bayak hutang installment bulanan pada bank yang memberi pinjam, tolak maintainace dan lain2.. lebihan tu baru kita kira keuntungan.. biasanya untung tak berapa banyak. Tapi kalau bilangan rumah dah cecah 10 unit, untung bersih 1 unit RM100. 10 unit? ok lah RM1k kan? Siapa nak bagi?  

2.  Beli dan jual: Teknik ni pun tidak kurang hebatnya. Teknik yang orang Melayu jarang buat dedulu.. Sekarang dah ramai dah! Mungkin modal jadi alasan kerana teknik ni biasanya untung 'sedap' dengan unit 'landed property' yang harganya agak tinggi berbanding yang 'rise up'. Teknik 'Flipping' katanya.. Beribu-ribu orang dah pun jadi jutawan dengan teknik ni.. 

3.  Beli, sewa dan jual: Cara ini kalau kena cara memang boleh jadi jutawan. Beli sepuluh unit, cukup 10 tahun, jual semua! Satu unit kalau dapat untung bersih dari kenaikan hartanah RM100k, Dah 10 unit? Tak ke banyak duit tu! Jom gi Mekah!

4.  Beli, sewa, jual dan beli lagi dan lagi!: Tambah selangkah lagi dari teknik yang kat atas. Beli 5 unit secara berperingkat. 1 unit setiap tahun. Cukup 5 tahun (biasanya pun lock-in period 5 tahun..) masuk tahun ke 6, jual unit pertama yang kita beli tadi. Dapat untung bersih daripada jualan unit tadi katakan RM100k, tu dah boleh buat deposit beli lebih dari 3 unit tu!! Beli dan tambahkan koleksi rumah anda!! huish!! rabun aku beb sebab banyak sangat rumah korang! Belanja le aku makan! huhuhuhu!

Itu lah antara sedikit sebanyak yang dapat aku kongsi. Sebenarnya lagi banyak lagi teknik yang kat luar tu boleh kita cari dan terapkan dalam bidang hartanah ni.. 

P/S: Teknik ni mungkin tak sama dengan anda bergantung pada lokasi, masa, dan sebagainya.. Boleh lah sebagai rujukan yaa! Selamat beramal! JANGAN LUPA TANGGUNGJAWAB ZAKAT ANDA!




Sunday, August 7, 2011

Macam Tak Percaya!

Seakan tak percaya! Ayat itulah yang aku rasa paling sesuai untuk tajuk posting aku kali ini (ape daaa tujuk2 duit lak mamat ni!). Kalau korang tengok kat gambar atas tu... itu lah hasil dari 'pemberat' dompet aku yang aku tak suka betul bawak! (kandungan dompat yang tebal dan berat hasil dari syiling dan seringgit kertas!).

Hampir setiap hari sebelum pergi kerja, aku mesti check dan keluarkan masuk ke balang2 plastik kat gambar atas tu sebelum aku susupkan ke poket belakang seluar aku... kalo aku terlupa, rasa amat tak selesa ketika duduk memandu dengan duduk atas dompet yang tebal, pergh! kekadang rasa lembab hasil dari 'kempaman' yang agak lama terutamanya time aku outstation! hehehe!

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun... bekas balang plastik dari satu..dah nak bertambah empat! Minggu ni aku dgn isteri serta anak aku (dia buat main2 duit singgit ni) kira balik... seakan tak percaya beb! Dah lebih RM700 terkumpul secara 'tak sengaja'!

Duit tu aku buat apa? haa.. aku buat beli 2 keping emas 1 gram jenis IAR (Istanbul) - beli emas beb buat simpanan long-term nih! dengan nak beli oven hari ni (isteri tengah rajin nak buat kuih heheh!). Rasa puas hasil dari tabungan yang tidak 'disengajakan' :-)

Syahman: Punyalah berat pikul syiling nak beli emas ni dari adik aku 'Hafiz Tokey Emas', last2 comel dan ringan je emas yg aku dapat :-) Layannn gambar emas yg aku beli...

Tuesday, July 19, 2011

Aku Kembali! - Jom Cari Peluang!

Aku kembali.. Rasa dah lama sangat aku menyepi dari blog kesayangan aku ni.. Kepada 'silent reader' yang selalu singgah serta menanti 'buah pikiran serta pandangan' dari orang seperti aku... maaf aku ucapkan..

Mungkin disebabkan aku 'rakus' dengan side income BeautyFrenz, yang menenggelamkan sementara blog yang pernah menambat pembaca yang luar jangkaan satu tika dulu (ceh, pesaran sendri! hehehe.. tapi tu fakta beb!)

Aku akui, biznez BeautyFrenz agak menyibukkan aku atas kerana aku meletakkan target yang luar biasa tinggi (terima kasih buat isteri yang amat memahami..). Aku 'merehatkan' fikiran dengan dunia hartanah buat sementara (mencari hartanah baru, lelong, JV dll..) walaupun aku amat akui, hartanah antara yang terbaik untuk kita mencapai kekayaan..

Masih aku ingat kata rakan Cina aku sorang ni...

'Lu jangan pikir satu jalan saja boleh kaya maaa..., MLM, hartanah, emas, bisnes pun boleh kaya maaa! Tapi MLM bukan gua punya jalan, gua cari lain'

(ayat tersebut telah diolah oleh tuan blog agar pembaca lebih mudah memahami) member aku sorang ni 'terkena' dengan MLM! Termasuk aku! (aku anti MLMs ker? mungkin kot! sori pada MLM readers. Jangan marah, nnti cepat tua!)

Dan dia sekarang masih kerja makan gaji... tapi part aku kagum, dia dah buka kiosk di sebuah pasaraya di Mentakab, Pahang! Tabik spriiiiiing beb kat dia! (Dia orang Temerloh, tu yang bukak kiosk kat Mentakab).

Aku? Alhamdulillah... setelah aku rasakan dunia hartanah semakin sengit dan aku rasakan cukup buat sementara untuk income sewa (bagi peluang pada rakan2 lain), aku cuba buka fikiran, tidak terlalu 'jumut' dalam sesuatu bidang. Aku cari peluang dalam bidang perniagaan.. dan syukur ku sekali lagi pada Allah Yang Maha Pemberi Rahmat dan Rezeki.. aku telah berjaya mengembangkan beautyfrenz.blogspot.com ke pelbagai lokasi.. dan telah berjaya melintasi Laut China Selatan, Sarawak!

Kepada yang mengeluh, sukar untuk mencari sesuatu untuk menambahbaikkan kehidupan, cuba kita fikirkan... Masa Allah bagi untuk kita adalah sama 24 jam sehari. Tidak seorangpun terlebih walaupun 1 saat! Tetapi mengapa 'mereka' boleh? Mengapa?

'Tepuk Dada Tanya Selera....' Burrps! Sedap beb!



Tuesday, April 26, 2011

Mustahil! Tapi Mampu Capai!


GOALS
Always Aim For The Sky,
For If You Fail,
At Least You Can Reach The Clouds.

Antara kata pujangga dari sekeping poskad adik Hafiz (tokey emas) aku punya. Memula aku buat kat poskad ni, aku ambil dan print kaler dan aku selitkan kat muka depan fail BeautyFrenz aku.. Aku Sangat Suka Ayat Ini! Sebelum ini aku ada ayat yg dalam Bahasa Melayu.. simpan yg Bahasa Inggeris punya buat koleksi (selepas aku pow poskad dia ni hehehe..jgn marah tokey emas)

Kenapa aku suka? Sebab ia membuatkan aku merancang untuk 'menjaringkan lebih GOL!' dalam 90 minit perlawanan! Lebih kurang macam tu lah yang aku ibaratkan.. Perasan tak ayat aku.. menjaringkan LEBIH gol?

Alhamdulillah..setiap awal tahun aku akan setkan untuk ke 'langit' sebelum jam 12 tengah malam, 1 Jan tahun berikutnya. Dan kesannya.. hampir-hampir ke 'langit' aku capai. Jika ada azam aku yg belum tercapai, aku tetapkan tarikh baru.. Bila aku berjaya 'capai', aku raikannya!! Makan-makan karipap ke.. minum-minum sirap ke.. Syok ooo bro! memang agak 'syok' sendiri orang kata.. tapi aku phedullik apa!! (hati mau kering beb! - ayat Tuan Bri selalu kata heheh!)

Kalo tak caya, cuba korang buat.. Tulis atas kertas azam tu (azam yang mustahil tapi mampu capai - ibarat 'SKY' seperti kat poskad atas tu..), kendian setkan masa, time frame kata orang.. tampal la kat belakang pintu bilik ke.. tempat yang selalu korang akan 'terserempak' dengan 'ayat2' korang tu.. Sekejap2 kita akan teringat ayat tu.. minda bawah sedar... Cukup sampai masa, seakan tak percaya rupanya kita mampu capai ke'AWAN'....

Syahman: Bayangkan, jika tiada 'Goal' untuk dicapai, kita masih berpijak tidak berganjak!!

Saturday, April 23, 2011

Jom Kita Jana Dari Pelbagai Sumber Pendapatan!




"Aku teruja, 'kaget' dan rasa tercabar!" Pernah ke terdetik hati korang bila mendengar seorang yang pangkatnya yang tinggi dalam sesuatu syarikat (incomenya berpuluh ribu) dan dah berada di 'zon yang amat selesa' tetapi masih lagi mempunyai pendapatan sampingan diluar dari syarikat terbabit?


Itula yang aku rasa apabila aku cuba 'korek & umpil' si yang berpangkat 'Manager' di sesebuah kilang. Bukan sorang beb yang aku korek, ramaaaii! Aku gembira sangat sebab 'mereka' ini yang membuka 'pandangan mata kehidupan' aku.. tapi yang aku cukup sedih.. mereka ini bukan dari bangsa aku...(bangsa mana? korang pun tau..) bukan aku nak membanggakan dan puji menggunung bangsa mereka ni, tapi bak kata orang 'yang baik kita ambil, yang buruk kita tingggal dan pedulikan!'.


Kekadang aku rasa amat bersyukur sebab hidup dengan suasana macam ni. Sekurang-kurangnya aku dapat memberi 'pesanan' pada mereka yang berada di zon yang selesa (sendiri yang anggap selesa, bila kena buang keje, terkesima!)... Jom bangsaku! Bangkit! Biar kita 'berdiri sama tinggi, duduk sama rendah' dengan 'mereka'!


Aku pernah lalui detik ketika satu-persatu bangsaku 'dibuang' kerja ketika ekonomi gawat 2008..


"Ko jangan risaulah Man, aku dah lalui zaman gawat 1998 dulu. Kompeni kita 'strong'." kata senior kat tempat kerja aku yang berpangkat manager sebelum dipanggil seorang demi seorang di bilik mesyuarat.


Ketika keluar dari bilik mesyuarat tersebut di tingkat 2.... "Aku kena cari kotak Man, kena kemas barang!" Pergh! tersirap aku!


Mungkin 'turn' aku pulak 10 tahun selepas 2008 (putaran kegawatan ekonomi)? Jadi, jom bersiap sedialah Syahman! Air tak selamanya tenang!




Sunday, April 17, 2011

Cerita Tentang Tayar..Pergh Gile Mahal!


Giler mahal!! Tu yang perkataan yang pertama bermain jauh dalam hati aku (kalo terkeluar kata, kot terasa hati si tokey tayar dekat belakang opis tempat aku keje nih!). Sebelum ni member opis aku dah pesan, "Tukar le tayor kamu sebelum bulan april ni yob! tayor akan naik regenye!" (slang Perak le member aku sorang ni a.k.a orang Perak) Tokey tayar tu pesan kat dia...

Nah, terkena aku beb! Bukan le aku tak nak tukar, tapi dok sayang dgn bunge tayor yang rase-rasenye buleh jimatkan lagi. Aku nih pulak tak leh nak ambil tayar murah2 (kepada member yang kenal aku, tau le yang keroje aku yang amat kerap outstation) orang kate, slalu jalan jauh ni elok ambil tayor elok sikit kan kome...

Aku segar dlm ingatan aku lagi sebelum ni beli tayar, dengan brand ni buleh dapat harga bawah RM200/satu.... Semalam aku beli, RM240/satu..(servey banyak kedai tayar dah. sama je!)

Syahman: Pergh!! Inikah yang dinamakan inflasi? Kompem harga rumah gerenti naik lagi nanti!

"Buat rumah pakai tayarke?"
"Bukan ke hantar simen, besi, palster siling, kapur dan lain-lain pakai lori yang bertayar besar?"

Banyak bertaburan getah2 tayar si lori di jalan raya skang ni...

Layan le gambo tayor sebelum tukor dgn selepas.. (isk...isk! sedey beb!)

Thursday, April 7, 2011

Buku Dari Renesial Leong Baru Aku Habis Baca!


Asyik baca buku dari penulis 'orang kita'.. apa kata kita baca dari penulis dari bangsa yang sinonim dengan dunia perniagaan pulak dan buku ini yang baru je aku habis baca..

Renesial Leong, satu nama yang sememangnya tak asing bagi dunia pelaburan hartanah. Sebenarnya, edisi Bahasa Inggeris dah lama dah berada dalam pasaran (mungkin aku takde cikgu BI yg jadi member aku buat masa ni yg buatkan aku tak jadi beli. Ahaks!) La ni, bila aku ronda2 kat kedai buku Popular, ternampak lah muka si 'awek kiut' ni. Bahasa Melayu lagi! Beli beb aku!

Olahan ayat yang santai serta cerita pengalaman2 yang padat dalam buku ni membuatkan aku seakan berada dalam 'dunia buku' dia. Lebih terarah untuk golongan sasaran yang sudah mempunyai unit hartanah disewakan serta banyak juga tip yang menarik untuk menarik perhatian penyewa. Setebal 205 muka surat (tidak termasuk kulit, tajuk dan penghargaan) membuatkan aku nak ulang sekali lagi untuk penghayatan yang lebih..

Merupakan antara koleksi kesayangan aku selain buku Azizi Ali, Shamsuddin Kadir dan Abg ensem (e-book pun buku apa :-D kembang le lagi hehe!)

Syahman: Kot2 le jualan buku ni ' melambung' selepas aku post dalam blog aku dan kebetulan pulak Renesial Leong baca blog aku, ajak le aku makan-makan kan..geranti sebelum gi, aku beli kamera DLSR (jangan takut Cik Renesial, I bring my wife and my son together-gether hehehe!)




Friday, January 28, 2011

Rugi Beli Rumah Untuk Tinggal Sendiri! Macam Mana Nak Untung?


"Beli rumah untuk tinggal sendiri/keluarga rugi?? Kalau macam tu, sampai bila pun aku tak merasa tinggal kat rumah sendiri!" pekik kata hati aku kepada hati aku kembali (hehehe..macam drama dalam novel je! Berputar ayat!)

Sekadar untuk aku kongsikan antara azam aku tahun ini adalah; untuk tinggal di rumah sendiri bersama isteri dan anak aku pada tahun 2012. Dengan syarat utama, tanpa keluarkan sesen pun bayaran bulanan hutang rumah tersebut pada bank yang memberi pinjaman. (untung apa.. ibarat duduk kat rumah free! sape tak nak!)

Hampir semua orang tahu, rumah yang kita tinggal sendiri antara liabiliti (tanggungan) yang tahap tertinggi dalam kehidupan (selagi kita yang mengeluarkan duit gaji/poket untuk membayar pinjaman). Kenapa tidak kita gunakan 'duit orang lain' untuk membayarnya?

Cerita aku:

Selama ini selepas berkahwin, aku bersilih ganti bermalam di rumah pusaka keluarga dan rumah ibu bapa mertua di Puchong dan Sijangkang. Setelah mengambil kira kos petrol, masa dan lokasi, perancangannya, aku salah satu rumah sewa yang aku ada, akan aku korbankan untuk tinggal pada tahun 2012 (antara mesin buat duit yang berjaya..huhuhu..) apartment medium kos, Sri Ixora, Sek. 27, Shah Alam. Installment bulanan aku pada bank adalah RM599 + maintainance dan kos2 lain yang berkaitan RM150 = RM749. (masa aku beli dulu RM126k. Sekarang Market Value dah cecah RM155k!)

Keuntungan bulanan 'pasif income' dari apartment ini pada aku:
*Sewa apartment RM850 (pada student nursing SJMC)
*Sewa parking lot RM55 (pada jiran) - for info, 1 unit hanya mempunyai 1 lot parking

Camne nak 'cover' installment pada bank? dah lah income pun bakal berkurang?

Reverse balik..... setelah aku membeli apartment ni pada 4 tahun lepas, aku terus mencari untuk memiliki hartanah sekitar sini lagi. Alhamdulillah, Allah permudahkan (petua untuk Allah permudahkan, rajin2 buat solat Dhuha dan berdoa..) memiliki lagi dan lagi.. dan jumlah terkumpul untung sewa telah melebihi line 'break even' untuk membayar installment apartment yang bakal aku tinggal ini nanti.

Tinggal free kan? Penyewa rumah aku yang lain yang 'bayar'kan.

3 tahun akan datang...

Sambil aku menikmati kopi panas di petang Sabtu bersama isteri tercinta dan anak-anak, teringat aku pada apartment ini yang aku tinggal sekarang, sepantas aku mencapai telefon bimbit di atas meja dan menghubungi seseorang..

"Bro, brape ek Market Value rumah aku skang ni?"
"Rumah lu yang mana satu bro?" balasnya.
"Ala.. rumah yang aku tinggal skarang ni" balasku kembali.
"Sri Ixora ke? Gila babun naik bro bila stesyen LRT dah mula pasang 'piling'! RM250k!"

Terbeliak biji mata ku seketika kemudian tersenyum berfikir.. "Masa untuk berpindah rumah baru!"

"Bro! Jawab bro! Lu ok ke?" Suara di talian menyedarkan aku kembali di dunia nyata...

Syahman: Tak mustahilkan bro...

Wednesday, January 5, 2011

Mencipta Matlamat - Luar Batasan Kemampuan Tetapi Dalam Lingkungan Realiti!

"SENJATA PALING BERKUASA dalam diri anda" - Dari Azizi Ali.

Seingat aku, dah lebih 2 tahun aku beli buku nipis setebal 40 muka surat kalau tak salah aku (dan 2 tahun ini lah, pencapaian aku agak luar biasa!). Tapi sampai sekarang aku masih ulang baca buku ini sebelum aku 'merekacipta' azam tahun baru. Atas permintaan pembaca blog, aku ceritakan serba sedikit intipati yang terkandung dalam buku 'keramat' ini... (kalo nak lebih, beli le sendiri! hehehe..)

Bagaimana membina matlamat/azam? Berdasarkan 'key point'nya dalam buku ini:

'Luar Batasan Kemampuan Tetapi Dalam Lingkungan Realiti!'

"Emmm..macam ayat sastera Melayu kuno je Man.. Paham kan sikit ayat tuuuu...", Ok, camne ye aku nak cerita..

Aku bagi contoh diri aku lah (senang sikit nak cerita), azam tahun lepas aku salah satunya ialah untuk menambah 2 unit lagi hartanah.. Aku yang ketika itu, yang tak pernah gi kursus Hartanah, Abg Ensem pun aku tak kenal, main 'bedal' je buat azam macam gitu.. Bagi aku yang ketika itu baru je khatam beberapa buku hartanah, agak 'gila' azam yang sebegitu.. Dah lah modal takde, tak ke logik? Dalam fikiran aku, mana nak cari 10% modal? Haaa.. yang ini lah di katakan, 'Luar Batasan Kemampuan'

Aku tahu azam aku ini susah aku nak capai.. (target nak pergi bulan tu beb!) Hampir setiap hari aku fikir.. korek info.. ronda2 window shopping.. Aku terpanggil nak jalan2 kat Tesco Shah Alam, ada pameran hartanah untuk dijual. Terbehenti aku kat kiosk 'Beli Rumah Tanpa Modal' di Dataran Otomobil. Lokasi yang menarik, ada potensi nih! aku cakap dengan orang tu, aku takde duit. Beranikan diri untuk 'try my luck'. Redah! Alhamdulillah loan lulus (kes makup SNP).

Macam ni kes pun ada kaaa dalam dunia hartanah? Pergh! Aku dah nampak sinar untuk 'sampai ke bulan'...

Aku cuba 'rapat'kan diri aku dengan orang yang terlibat secara langsung dengan orang yang berurusan jual beli rumah.. aku bagi dia biznez (aku minta dia carikan penyewa, aku tak cari sendiri, komisen sebulan sewa dia ambil). Dia offer aku apartment bawah harga pasaran.. Peluang! Lokasi pun canteek! Alhamdulillah.. loan lulus lagi! (sama gak, makup SNP) lebihan duit tu aku settle kan semua hutang kad kredit aku (merupakan salah satu azam aku gak)..

Nampak, 'Dalam Lingkungan Realiti' bukan? Aku tau aku kekurangan 'ongkos', aku cari ruang melarikan diri dari tembok penghalang.. Mesti ada cara punya!

Sunday, December 26, 2010

Bertemu Abang Ensem Di Seminar Hartawan Hartanah!





"Aku enjoy!", Tu adalah kata pertama aku bila aku balik setiap kali dari Seminar Hartawan Hartanah yang dianjurkan oleh Tuan Bri (jangan 'kembang' dulu Bri, setakat ni 2 hari yang penuh makna, baki 1 hari belum tau lagi hehehe!) disamping dapat mengenali dengan lebih rapat dengan oootai hartanah dengan lebih dekat (selama ni follow dan berkomunikasi dari 'alam maya' je). Kembang-kempis aku bila 'rahsia'ku terbongkar jua apabila peserta seminar mengetahui aku pernah 'menjalinkan hubungan' dengan Abang Ensem sebelum ini (jangan maraaa abgensem rahsia kita terbongkar hehehe!)

Pernahkah kita terfikir bagaimana oootai2 ini dengan kehidupan dulu, sekarang dan sebelum ini? Semua oootai ini hidup 'sempoi', suka sangat berkongsi pengalaman (termasuk blog. aku termasuk ke?) dan nak sangat tengok ada orang dapat apa yang dia dah dapat! betul tak? Masa aku muda remaja dulu (dan kini masih remaja), fikiran aku telah 'diracun' dengan orang kaya memang sombong dan kedekut! Semua tu dongeng semata2!

Hidup oootai2 ini penuh dengan pengalaman2 yang yang tak pernah ditulis dalam buku, berfikiran kreatif dan suka jadikan koleksi hartanah sebagai hobi (makna hobi: suka lakukan di waktu lapang, terluang dan sanggup melakukan sesuatu itu tanpa dibayar - informasi dari tafsiran sendiri Syahman). Hidup dahulu ketika memula beli hartanah pertama yang penuh liku, menghadapi penyewa yang pelbagai ragam (sejahat2 manusia sehinggalah sebaik2 manusia yang pandai berlakon!) semuanya nak dikongsi bersama...

Jom peserta seminar! Sambung 1 hari lagi besok! (besok ke? aku posting ni pun dah dekat pukul 5 pagi!)

Kata2 pujangga dari pengetua sekolah aku dulu:
"Bukan Senang Nak Senang Dan Bukan Susah Nak Susah!"


Thursday, December 9, 2010

Hartanah Sesuatu Pelaburan Amat Menguntungkan Dari Yang Lain?

Semalam aku gi 'refresh' balik ilmu disamping 'belajar' dengan sifoo/otai iaitu TuanBri -Seminar Hartawan Hartanah Langkah 1 (murah je beb! RM10 je!) dengan adik bongsu aku, Hafiz. Best jugak dapat berkongsi ilmu ni (rasa macam diri aku ni 'kecik' je. Ilmu Allah ni amat luas sebenarnya). InsyaAllah, aku bakal joint untuk Langkah 2 pula pada 24-26 Disember nanti :-)

Bila aku gi seminar tu, aku teringat kembali buku yang pernah aku baca (di atas) - 'Buat Duit Dengan Rumah' penulisan dari saudara Shamsudin Abdul Kadir, bagaimana yang dikatakan Hartanah Sesuatu Pelaburan Amat Menguntungkan?

Sebagai contoh:

*Mempunyai aset (mesin buat duit) yang bernilai RM100k dengan hanya bermodalkan RM10k! (secara kasar untuk memudahkan pemahaman). Menarik bukan? Bermakna hanya 10% dari nilai aset tersebut yang perlu kita modalkan (sampai ada yang 0% modal!) - Itu lah yang dinamakan PELABURAN HARTANAH!

*Katakanlah kenaikan nilai aset hartanah itu tadi sebanyak 3% setahun (banyak yang dah jauh lebih tinggi dari ini) bukan dari modal kita yang 10% itu tadi, tapi dari nilai RM100k nilai hartanah itu tadi! RM100k x 3% = RM103000! Pergh! Kecur air liur aku beb! kalo 2 tahun, 3 tahun, 5 tahun, 10 tahun dan seterusnya... (bersara dgn aman, Aminnn :-)

*Income bulanan dari sewa rumah lagi. Untung bersih RM50 pun ok apa! (sebenar2 bersih - lepas tolak maintainance, cukai pintu, Indah Water, Petrol untuk kutip sewa dll.)

Sebab itu aku masih mengekalkan momentum aku dalam bidang hartanah hingga ke hari ini. Di samping berkongsi pengalaman dengan otai2 hartanah macam seminar yang baru aku layan pada Maal Hijrah hari tu... Best Beb! Tahniah pada Bro TuanBri! (betul ke ayat aku ni? hehehe!)

Tuesday, November 30, 2010

Tukar Strategi Hartanah! Jom Beli Dan Kumpul Emas Fizikal!

Minggu ini merupakan minggu aku berkira2 untuk menguruskan 'lebihan' dari belian rumah subsale below than market value. Aku ingat lagi ketika planning aku (kalo tak salah 4 bulan sebelum ni kot) untuk 'lebihan' ni, nak buat modal 10% untuk beli rumah lagi. Skali BNM dah umumkan hanya 70% untuk rumah ketiga dan ke atas...

So...jom kita tukar strategi..

-Dapat je duit tu nnti, yang pertama aku mesti bayar adalah.. kad kredit, PTPTN, hutang piutang yang 'jahat' lain - PTPTN termasuk skali ke? entah? (ada lah RM400/sebulan lebih kurang jumlah aku bayar tiap bulan, banyak kan?) - siap bayar nnti, nak kerat2 semua kad kredit aku! geram! nak kurangkan dan kurangkan dan kurangkan liabiliti!

-Lebihan tu nnti aku plan nak beli emas - sambil tolak sikit2 buat joli heheh! (semestinya beli dgn adik Hafiz aku - Tokey Emas jadi pilihan, tolong adik-beradik punya bisness beb). Plan nak beli rumah sendiri pulak hasil dari keuntungan emas (asyik beli utk invest je, sampai lupa sendiri punya).

-Keuntungan dari sewa (ada le dekat RM1k) pun aku nak buat mcm tu juga nanti. Beli lagi emas... dan beli lagi... nak buat rolling untuk pajak dan overlaps (korang kalo dah sampai main kilo2, untung overlaps pun dah manyak sssyyyyoookkk wooo!).

-InyaAllah, masuk umur 33 tahun nak ada rumah sendiri (dengan bayaran bulanan ke bank 'dibayar' oleh penyewa dari rumah2 sewa aku yang lain) - sebenarnya ni dah termasuk azam midterm aku..


Thursday, November 18, 2010

Jenis-jenis Pelabur Hartanah. Di Mana Anda?

Aku tertarik dengan posting sahabat 'maya' aku dalam bidang hartanah, Farid Adam tentang pandangan kebanyakkan orang tentang income dari pelaburan hartanah. (sori Farid, aku ambik gambar dari blog ko. hehehe!) "Dapat RM50 je ke tiap2 bulan? Baik aku melabur ke ASB". Aku akui yang pendapatan dari keuntungan sewa bulanan tak memberi keuntungan yang boleh 'dibanggakan'. Malahan kekadang tu, ngam2 je bayar installment bank dgn maintainance... Betul kata saudara Farid tadi tu.. segalanya bergantung pada matlamat korang dalam bidang hartanah ni..

Ada orang yang memperolehi keuntungan hartanah dengan:-

*Membeli dari developer ketika dalam pembinaan. Rumah siap, jual balik. Semestinya membeli dari developer ketika dalam pembinaan harganya lebih murah. Kalo kena pada lokasi yang 'ngam!' keuntungan yang amat berbaloi. Risiko agak tinggi, perumahan terbengkalai berlambak dah makan 'tuan' (jenis pelabur yang nak keuntungan cepat dan modal pun boleh tahan gak)

*Membeli ikut harga pasaran dan simpan untuk hari tua. Jenis yang ini tak berkira sangat keuntungan dari sewa bulanan. Dapat RM50 bersih pun takpe. Ada yang hanya ngam-ngam je dapat bayar installment bulanan bank dan lepas lah untuk bayar maintainance. Risiko, nak kena maintain mesti nak ada penyewa. Kalo tak, pepaham jelah.. (jenis orang nak keuntungan hari tua) tapi biasanya, setiap 2 tahun sewa bulanan dah boleh naikkan lah ikut harga sewa pasaran.

*Membeli di bawah harga pasaran (sub-sale, lelong & dll). Makup SNP, lepas bank disburst dapat cash. Aku ada pengalaman tang ni dari sub-sale. Tuan rumah (Vendor) jual rendah dari yang pihak bank nilaikan. SNP ikut valuation. Bila bank dah disburst duit, ditolak dgn harga yang Vendor jual, dapat cash.. Rumah yang dah beli tu, sewa mengikut pasaran. Rumah dapat, duit pun dapat! (jenis pelabur nak keuntungan cepat dan untuk long term dari sewaan)

*Menang dari lelongan hartanah dari Perunding Hartanah Lelong, TuanBri, yang lebih rendah dari harga pasaran. Buat renovate dan repair apa yang patut. Jual ikut harga pasaran (kekadang tu jual rendah dari harga pasaran dan still dapat untung besar). Kelemahan, modal yang besar. Tapi keuntungan jugak besar. (jenis pelabur yang berkewangan kukuh dan besar- keuntungan cepat).

*Mencari tuan rumah yang hendak menyewakan rumah mereka. Kira macam sewa-atas-sewa lah. Buat perjanjian dgn Landlord, sewa rumah kosong. Buat fully furnish dgn modal sendiri. Kemudian kita mencari penyewa dan sewakan dengan lebih tinggi. Biasanya mereka ini mencari di sekitar lokasi IPT.. Modal yang sederhana besar dan risiko kurang. (jenis pelabur yang... ikut suka nak short term, mid term atau long term- sbb. kalo dah boring boleh lepaskan dan pulangkan kembali pada Landlord)

Tengok! Pelbagai cara dan target untuk kita jadi pelabur yang mana satu (tu yang baru sebahagian yang aku cerita, padahal banyak lagi cara nak buat duit dari pelaburan hartanah)- tak larat de aku nak taip. Ada yang ikut 1 atau 2 cara sahaja. Aku? ikut semua jika ada peluang untuk memperolehi keuntungan yang berbaloi...

Thursday, October 28, 2010

Tension & Give Up Nak Kaya?

Pernah tak korang rasa suatu perasaan tetiba datang... perasaan 'Tension & Give Up' atau dgn bahasa mudahnya..PUTUS ASA? -Mcm foto kat atas, survive utk tidak putus asa! Checkmate!

Perasaan sebegitu pasti ada punyalah untuk setiap kali orang yang macam 'kita' yang tengah 'memanjat' untuk ke 'puncak'. Haaa..yang itu lah aku selalu lalui.. dia datang dgn tiba2. Aku pandang kiri, orang berjaya dgn MLMnya. Bila aku pandang kanan, kawan yang berjaya dlm bidang emasnya.. Aku bila pula? Lambat betul aku nak 'merasa' kesenangan dari bidang hartanah aku ini.. Perlukah aku terus menongkah arus? yg penting FOKUSSS!!!

Bila perasaan macam gini datang kat aku, aku suka capai kembali buku2 motivasi tentang hartanah dan buka blog teman dan rakan2 'seperjuangan' dalam bidang ini. Bukan apa, untuk menaikkan kembali motivasi diri. Nak jumpa member yg 'sekepala' dlm bidang hartanah, beberapa kerat je. Biasa pun sms dan koll je (memasing sibuk dgn keje, bab ni best sbb bidang hartanah ni, kita sibuk pun 'mesin duit' akan terus beroperasi utk kita!)

Ada yang kata, bidang hartanah lambat nak kaya (berbanding dgn bidang yg lain).. tang ni ada betul dan ada salahnya. sbb bagi aku, ayat tu kurang tepat.. kena tambah lagi.. 'dan mungkin tak kaya!' hehehe.. (semua bidang mcm tu lah beb! bukan hartanah je) Pemilihan lokasi dan teknik yang membezakan kita dgn pelabur hartanah yang lain..

Cepat atau lambat untuk kita kaya dalam bidang hartanah itu bukan ukuran. Tapi ia sesuatu yang PASTI!!!

p/s: zakat jagan lupa beb! 2.5% jee.. untuk keberkatan...

Monday, October 18, 2010

5 Tahun Untuk Target Matang Pasif Income Hartanah!

Aku menetapkan umur aku mencapai 33 tahun untuk mematangkan jumlah 'pasif income' untuk melepasi garis gaji tetap aku kerja full time. Semakin hari semakin muak dan bosan. Tentu korang pernah melalui pengalaman seperti aku (nak keje tak bersemangat. Nak berhenti, tak tertanggung pulak hutang yang tengah ada ni..so, keje jelah tanpa rasa bahagia) pergh...perit beb! bila aku memikirkan nak buat sesuatu yang tak suka sampai pencen, cukup memeritkan!

Bila dalam keadaan macam ni, bertambah semagat lah aku untuk 'play hard' dalam bidang kegemaran hartanah aku ini. Secara jujurnya aku cakap, pasif income yang berkaitan aku dalam bidang hartanah ini mencapai lebih kurang RM1,000/sebulan (kalo aku berhenti atau kena 'buang' keje, perit jugak nak survive!). Buat masa ini, aku jadikan kerja full time aku ni sebagai 'batu loncatan' untuk aku mencapai 'bulan', tak dapat capai 'bulan', dapat pegang 'awan' pun ok apa (pergh.. ayat!)

Korang pernah cuba? Cubalah tetapkan matlamat dan tulis untuk setahun, 5 tahun dan 10 tahun akan datang dan hari2 tengok dan fikirkan macam mana nak dapat apa yang kita rancangkan tu dan yang paling penting...FOKUS dan jangan mudah tersimpang dari tujuan asal. Aku bagi contoh diri aku, bila aku dah tetapkan matlamat untuk maju dalam bidang hartanah, jgn mudah terpengaruh dgn bidang yang lain (sebab aku pun kekadang hanyut juga)...MLM ke, komoditi yang lain ke, saham ke, atau yang lain2 yang pernah kita ketahui boleh membuatkan orang kaya! Pegang satu dan dalami sebaiknya.. cari peluang memperolehi income dalam bidang yang sama tapi dari 'lorong' yang lain...

Bak kata Pengetua sekolah aku dulu:
'BUKAN SENANG NAK JADI SENANG DAN BUKAN SUSAH NAK JADI SUSAH!'

Monday, August 30, 2010

Kembangkan Partfolio Hartanah Anda Dari KWSP Akaun 2

Hari ni aku ambil cuti.. (besok cuti 31 Ogos kan. nak jugak merasa cuti panjang..). Rasa macam tak best pulak bila orang lain kerja tapi aku cuti kalo tak buat apa2 yang boleh memanafaatkan diri dan masa depan aku. So, lepas aku hantar wife aku gi sekolah utk mengajar, tergerak hati aku untuk melencong ke KWSP Shah Alam (konon nak tengok akaun 2 berapa baki yang tinggal. heheheh..). Bila sampai..punya le ramai manusia kat dalam tu. Tak macam hari yang lepas2 aku pernah datang (atau mungkin orang lain pun ambik cuti cam aku gak kot gi KWSP)

Aku tak gi print mesin tu dulu (kena beratur) aku terus ke kaunter pertanyaan-kosong, aku ke sini dulu. Aku mintak borang untuk aku keluarkan 'ongkos' dalam akaun 2 untuk pembayaran installment bulanan rumah (aku pernah buat sebelum ni, tu aku terus gi kaunter dan mintak je). Pastu baru aku beratur untuk printkan penyata akaun.... Bila aku tengok, baki tinggal RM3k lebih sikit je. Emm.. Plan nak kuarkan utk planning tahun depan 2011..

Aku 'kalkulet' sengsorang dalam kereta Persona aku,,, "Emm.. kalo aku bawak keluar guna pakai akaun rumah Sri Ixora aku, under Public Bank, aku buleh dapat ansuran sampai 5 bulan ni. Awal Januari 2011 depan last aku dapat dan jumlah terkumpul kira RM3k ni buleh aku buat modal top up dgn modal simpanan aku untuk beli hartanah lagi" (plan nak beli rumah sendiri duduk kot) Kot sementara taknak duduk pun, kasi sewa dulu ke..

Macam tahun ni, tahun depan punya planning, aku tengah merangka sebaik mungkin untuk aku memaksimakan pendapatan aku dalam pelaburan hartanah aku ini. Target aku, pembayaran bulanan pada bank untuk rumah yang bakal aku duduk, pasti takkan keluar dari 'poket' gaji aku. Tapi dari hasil income bulanan dari pelaburan sewaan hartanah aku yang lain... InsyaAllah...

(p/s: Amalkan Solat Dhuha dan ayat Seribu Dinar untuk memohon dari Yang Maha Esa supaya memudahkan rezeki kita....)

Saturday, August 21, 2010

Hooray! Azam Pelaburan Hartanah 2010 Aku Tercapai Sudah!

HOOORAY! Azam ku untuk tahun 2010 tentang dunia hartanah ini tercapai sudah, Alhamdulillah... Aku akui untuk mencapainya merupakan sesuatu yang cukup menduga pemikiran dan kesabaran aku.. Aku azamkan untuk menambah 2 unit hartanah bagi tahun 2010 ini.

Berkat usaha untuk mencapai target, berdoa dan tawakal kepada pada yang Maha Esa, kini membuahkan hasil. Aku masih ingat lagi ketika aku menulis azam aku ketika awal tahun dulu... mempunyai 2 hartanah sebelum tarikh 31/12/2010? Emm.. menung aku seketika. Hati aku terdetik, boleh dapat ke? Modal cukup ke? dan beribu soalan bermain dalam benak pemikiran aku. Aahhh, Belasah je lah! 'Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih!'

Itulah penangan menulis 'Penetapan Matlamat'. Aku tahu yang modal aku terbatas untuk memiliki 2 unit hartanah untuk tahun 2010 ini... Duit simpanan tak banyak, cukup2 untuk simpanan kecemasan je. Aku cari 'simpang' lain untuk memiliki hartanah tanpa modal. Teringat ketika aku meronda Pasaraya Tesco Shah Alam.. Pameran hartanah di ruang legar kat bawah.. ronda punya ronda, aku terpaut dengan hartanah di Dataran Otomobil Seksyen 15, Shah Alam. Yang cukup menarik lokasinya..dan labih menarik, TANPA MENGELUARKAN MODAL! Aku cuba nasib, alhamdulillah loan lulus..(cuma CF je sampai skang ni belum dapat lagi)

Ketika aku menanti jika ada lagi peluang sebegini untuk aku mencapai matlamat tahun 2010 ni, agen aku offer satu unit di Sri Angkasa Apartment di Seksyen 27 Shah Alam.. Emm, Owner nak jual RM86k, Bank Offer loan sehingga RM115k.. apa salahnya aku mencuba lagi kan..(walaupun hati aku gusar loan tak lulus sebab rumah Dataran Otomobil tak sewakan lagi). Kalo lulus, dapat rumah dan dapat cash lebihan dalam RM10k!-boleh buat reserve untuk rumah sewa. Dan...alhamdulillah loan lulus! Kini, nilai kesemua hartanah aku mencecah RM500k! (Total keseluruhan 4 unit hartanah..)

Tu yang sebenarnya aku nak kongsikan pada anda semua. Bila kita dah membuat 'Penetapan Matlamat' dalam satu yang mesti dalam hidup kita, InsyaAllah segalanya jadi mudah. Kita berusaha untuk mencapainya sekalipun di luar kemampuan kita.

'Turn To Another Way To Get Success...'





Tuesday, July 20, 2010

Sri Ixora Apartment, Seksyen 27 Shah Alam Untuk Dijual!!



Sebenarnya permintaan Sri Ixora Apartment di Seksyen 27, Shah Alam agak tinggi sehinggakan harganya melambung naik (Valuation dari pihak banker pun turut naik mendadak, syiook buat refinance ni nanti!). Apa tidaknya, permintaan sewa di sini sampai tidak cukup koata! Rumah untuk disewa penuh! sekalipun sewa tertinggi yang pernah direkodkan mencecah RM850 sebulan! (Ni pun berdasarkan sewaan dari rumah aku kat situ)

Harga jualan pun ada yang mencecah RM160k. Tapi dari aku, semestinya lebih rendah dan buat pengetahuan anda, bukan juga unit aku yang nak dijual (sayang sangat beb kalo aku jual aku punya. Lombong emas ni bagi aku!). Kira orang lain punya lah..

Siapa cepat dia dapat! Sebab..permintaannya teramatlah tinggi..

Berminat! SMS/Koll aku: 019-2010107 (Syahman)








Saturday, July 17, 2010


Hahaha! Harge petro naik lagi! Berdesup darah aku naik. Pergh...Confirm inflasi naik mencanak2! Benci aku benci! Jom tengok harga terbaru yang naik ni:
•Petrol RON 95 – RM1.85 seliter.
•Diesel – RM1.75 seliter.
•Gula – RM1.70 sekilogram
•Gas LPG – RM1.85 sekilogram
Berikut adalah harga baru gas:
•Tong 14KG – dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
•Tong 12KG – dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
•Tong 10KG – dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)
Pihak yang terbabit (orang yg naikkan harga lee sape lagik!) kata nak 'serang' pihak peniaga makanan dan yang lain2 kalau harga naik (hallemaaakkk! cuba laaa lu orang pikkir... korang nak serang berapa juta kedai kat 1Malaysia ni? dengan menaikkan harga asas tuuu..korang dah merubah 1Malaysia ke semua barang naik harga!) Semua orang pakai Petrol, Gas dan gula bebb!!
Kasihan aku kat peniaga2 dan yang berpendapatan rendah...
Berasappp ati aku!!