Showing posts with label Buku-buku Kewangan dan Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Buku-buku Kewangan dan Motivasi. Show all posts

Thursday, April 7, 2011

Buku Dari Renesial Leong Baru Aku Habis Baca!


Asyik baca buku dari penulis 'orang kita'.. apa kata kita baca dari penulis dari bangsa yang sinonim dengan dunia perniagaan pulak dan buku ini yang baru je aku habis baca..

Renesial Leong, satu nama yang sememangnya tak asing bagi dunia pelaburan hartanah. Sebenarnya, edisi Bahasa Inggeris dah lama dah berada dalam pasaran (mungkin aku takde cikgu BI yg jadi member aku buat masa ni yg buatkan aku tak jadi beli. Ahaks!) La ni, bila aku ronda2 kat kedai buku Popular, ternampak lah muka si 'awek kiut' ni. Bahasa Melayu lagi! Beli beb aku!

Olahan ayat yang santai serta cerita pengalaman2 yang padat dalam buku ni membuatkan aku seakan berada dalam 'dunia buku' dia. Lebih terarah untuk golongan sasaran yang sudah mempunyai unit hartanah disewakan serta banyak juga tip yang menarik untuk menarik perhatian penyewa. Setebal 205 muka surat (tidak termasuk kulit, tajuk dan penghargaan) membuatkan aku nak ulang sekali lagi untuk penghayatan yang lebih..

Merupakan antara koleksi kesayangan aku selain buku Azizi Ali, Shamsuddin Kadir dan Abg ensem (e-book pun buku apa :-D kembang le lagi hehe!)

Syahman: Kot2 le jualan buku ni ' melambung' selepas aku post dalam blog aku dan kebetulan pulak Renesial Leong baca blog aku, ajak le aku makan-makan kan..geranti sebelum gi, aku beli kamera DLSR (jangan takut Cik Renesial, I bring my wife and my son together-gether hehehe!)




Wednesday, January 5, 2011

Mencipta Matlamat - Luar Batasan Kemampuan Tetapi Dalam Lingkungan Realiti!

"SENJATA PALING BERKUASA dalam diri anda" - Dari Azizi Ali.

Seingat aku, dah lebih 2 tahun aku beli buku nipis setebal 40 muka surat kalau tak salah aku (dan 2 tahun ini lah, pencapaian aku agak luar biasa!). Tapi sampai sekarang aku masih ulang baca buku ini sebelum aku 'merekacipta' azam tahun baru. Atas permintaan pembaca blog, aku ceritakan serba sedikit intipati yang terkandung dalam buku 'keramat' ini... (kalo nak lebih, beli le sendiri! hehehe..)

Bagaimana membina matlamat/azam? Berdasarkan 'key point'nya dalam buku ini:

'Luar Batasan Kemampuan Tetapi Dalam Lingkungan Realiti!'

"Emmm..macam ayat sastera Melayu kuno je Man.. Paham kan sikit ayat tuuuu...", Ok, camne ye aku nak cerita..

Aku bagi contoh diri aku lah (senang sikit nak cerita), azam tahun lepas aku salah satunya ialah untuk menambah 2 unit lagi hartanah.. Aku yang ketika itu, yang tak pernah gi kursus Hartanah, Abg Ensem pun aku tak kenal, main 'bedal' je buat azam macam gitu.. Bagi aku yang ketika itu baru je khatam beberapa buku hartanah, agak 'gila' azam yang sebegitu.. Dah lah modal takde, tak ke logik? Dalam fikiran aku, mana nak cari 10% modal? Haaa.. yang ini lah di katakan, 'Luar Batasan Kemampuan'

Aku tahu azam aku ini susah aku nak capai.. (target nak pergi bulan tu beb!) Hampir setiap hari aku fikir.. korek info.. ronda2 window shopping.. Aku terpanggil nak jalan2 kat Tesco Shah Alam, ada pameran hartanah untuk dijual. Terbehenti aku kat kiosk 'Beli Rumah Tanpa Modal' di Dataran Otomobil. Lokasi yang menarik, ada potensi nih! aku cakap dengan orang tu, aku takde duit. Beranikan diri untuk 'try my luck'. Redah! Alhamdulillah loan lulus (kes makup SNP).

Macam ni kes pun ada kaaa dalam dunia hartanah? Pergh! Aku dah nampak sinar untuk 'sampai ke bulan'...

Aku cuba 'rapat'kan diri aku dengan orang yang terlibat secara langsung dengan orang yang berurusan jual beli rumah.. aku bagi dia biznez (aku minta dia carikan penyewa, aku tak cari sendiri, komisen sebulan sewa dia ambil). Dia offer aku apartment bawah harga pasaran.. Peluang! Lokasi pun canteek! Alhamdulillah.. loan lulus lagi! (sama gak, makup SNP) lebihan duit tu aku settle kan semua hutang kad kredit aku (merupakan salah satu azam aku gak)..

Nampak, 'Dalam Lingkungan Realiti' bukan? Aku tau aku kekurangan 'ongkos', aku cari ruang melarikan diri dari tembok penghalang.. Mesti ada cara punya!

Thursday, December 9, 2010

Hartanah Sesuatu Pelaburan Amat Menguntungkan Dari Yang Lain?

Semalam aku gi 'refresh' balik ilmu disamping 'belajar' dengan sifoo/otai iaitu TuanBri -Seminar Hartawan Hartanah Langkah 1 (murah je beb! RM10 je!) dengan adik bongsu aku, Hafiz. Best jugak dapat berkongsi ilmu ni (rasa macam diri aku ni 'kecik' je. Ilmu Allah ni amat luas sebenarnya). InsyaAllah, aku bakal joint untuk Langkah 2 pula pada 24-26 Disember nanti :-)

Bila aku gi seminar tu, aku teringat kembali buku yang pernah aku baca (di atas) - 'Buat Duit Dengan Rumah' penulisan dari saudara Shamsudin Abdul Kadir, bagaimana yang dikatakan Hartanah Sesuatu Pelaburan Amat Menguntungkan?

Sebagai contoh:

*Mempunyai aset (mesin buat duit) yang bernilai RM100k dengan hanya bermodalkan RM10k! (secara kasar untuk memudahkan pemahaman). Menarik bukan? Bermakna hanya 10% dari nilai aset tersebut yang perlu kita modalkan (sampai ada yang 0% modal!) - Itu lah yang dinamakan PELABURAN HARTANAH!

*Katakanlah kenaikan nilai aset hartanah itu tadi sebanyak 3% setahun (banyak yang dah jauh lebih tinggi dari ini) bukan dari modal kita yang 10% itu tadi, tapi dari nilai RM100k nilai hartanah itu tadi! RM100k x 3% = RM103000! Pergh! Kecur air liur aku beb! kalo 2 tahun, 3 tahun, 5 tahun, 10 tahun dan seterusnya... (bersara dgn aman, Aminnn :-)

*Income bulanan dari sewa rumah lagi. Untung bersih RM50 pun ok apa! (sebenar2 bersih - lepas tolak maintainance, cukai pintu, Indah Water, Petrol untuk kutip sewa dll.)

Sebab itu aku masih mengekalkan momentum aku dalam bidang hartanah hingga ke hari ini. Di samping berkongsi pengalaman dengan otai2 hartanah macam seminar yang baru aku layan pada Maal Hijrah hari tu... Best Beb! Tahniah pada Bro TuanBri! (betul ke ayat aku ni? hehehe!)

Thursday, October 28, 2010

Tension & Give Up Nak Kaya?

Pernah tak korang rasa suatu perasaan tetiba datang... perasaan 'Tension & Give Up' atau dgn bahasa mudahnya..PUTUS ASA? -Mcm foto kat atas, survive utk tidak putus asa! Checkmate!

Perasaan sebegitu pasti ada punyalah untuk setiap kali orang yang macam 'kita' yang tengah 'memanjat' untuk ke 'puncak'. Haaa..yang itu lah aku selalu lalui.. dia datang dgn tiba2. Aku pandang kiri, orang berjaya dgn MLMnya. Bila aku pandang kanan, kawan yang berjaya dlm bidang emasnya.. Aku bila pula? Lambat betul aku nak 'merasa' kesenangan dari bidang hartanah aku ini.. Perlukah aku terus menongkah arus? yg penting FOKUSSS!!!

Bila perasaan macam gini datang kat aku, aku suka capai kembali buku2 motivasi tentang hartanah dan buka blog teman dan rakan2 'seperjuangan' dalam bidang ini. Bukan apa, untuk menaikkan kembali motivasi diri. Nak jumpa member yg 'sekepala' dlm bidang hartanah, beberapa kerat je. Biasa pun sms dan koll je (memasing sibuk dgn keje, bab ni best sbb bidang hartanah ni, kita sibuk pun 'mesin duit' akan terus beroperasi utk kita!)

Ada yang kata, bidang hartanah lambat nak kaya (berbanding dgn bidang yg lain).. tang ni ada betul dan ada salahnya. sbb bagi aku, ayat tu kurang tepat.. kena tambah lagi.. 'dan mungkin tak kaya!' hehehe.. (semua bidang mcm tu lah beb! bukan hartanah je) Pemilihan lokasi dan teknik yang membezakan kita dgn pelabur hartanah yang lain..

Cepat atau lambat untuk kita kaya dalam bidang hartanah itu bukan ukuran. Tapi ia sesuatu yang PASTI!!!

p/s: zakat jagan lupa beb! 2.5% jee.. untuk keberkatan...

Saturday, March 20, 2010

2010 Sudah Suku Pertama! Azam Anda?

Diam tak diam, suku pertama telah hampir tamat untuk tahun 2010 ini. Pak mertua aku yang 'sentap' aku semalam ketika dia tengok kelendar tahun ni (aku pulak tengah makan malam ketika itu). "Dah bulan 3 (Mac) dah. Aku ingat bulan 2 (Feb) lagi!" Lebih kurang macam tu lah kata-kata dia semalam...

Tengah drive dari balik keje tadi, terlintas pula apa yang pak mertua aku katakan semalam.. bermakna, baki untuk tahun ini tinggal 3 suku lagi. Umur aku pulak dah nak cecah 29 untuk tahun ni (28 Jun). Azam tahun baru yang aku dah rancangkan pada awal bulan Jan 2010 apa yang dah berjalan? Aku seboleh-bolehnya taknak 'carry foward' azam tahun ini ke tahun akan datang lagi (cukuplah tahun lepas punya bawak ke tahun ni..) Aku akui yang azam aku tahun ini agak ektrim jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ni (aku cuba serapkan apa yang aku baca dalam buku ringkas Azizi Ali yang bertajuk 'Senjata Paling Berkuasa' (Nipis je buku ni, tapi best sangat!) cukup membakar semangat aku.. Biar azam kita seakan-akan fantasi tapi dalam ruang ligkup realiti..(Camne tu Man? Kongsilah dengan kami..) Ok, aku akan ceritakan..

Em..sebagai contoh (contoh diri sendiri lah senang cerita, azam aku..):

1. Nak tambah 2 kolum aset lagi rumah sewa!
2. Nak beli Perodua Alza (untuk bini aku pakai) ni..liabiliti ni! Kena fikirkan lagi..
3. Mempunyai simpanan kecemasan sebanyak 3 bulan gaji bekerja!
4. Simpanan emas dalam GSPA total sebanyak 100 gram! (takut nak simpan emas fizikal..)
5. 'Delete'kan semua Credit Card yang aku ada! (Along hahal nih kan!)
6. Sales untuk syarikat aku 'EM ES Enterprise' mesti cecah RM1000 sebulan (sekurang2nya)

'Due date' untuk semua azam aku kat atas ni mestilah 31/12/2010 jam 11:59 malam..Gila punya azam! (aku cakap sendirian lepas aku tulis kat dalam buku kira2 bulanan aku)..Sebab ada due date ini lah membuatkan aku seakan 'mengejar' masa...

Dan ini sebahagian apa yang aku dah berjaya capai untuk suku pertama 2010:

1. Alhamdulillah.. pihak bank RHB dah luluskan loan rumah baru aku (walaupun agak berat jugak nak luluskan)..baru lepas sain SNP (Lokasi Shah Alam Seksyen 15, Dataran Otomobil) Rumah dah siap. Tinggal tunggu CF.
2. Loan dah lulus untuk kereta ni..(tak jadi beli Alza, beli Persona je, sekenhen heheh!) aku takut untuk naikkan liabiliti aku buat masa ni. Takut tak tertanggung..
3. Dalam proses.. (betul, tak tipu! heheh..)
4. Baki tinggal 1g je.. (agak sukar jugak ni..)
5. Satu-satu kredit card aku dah langsaikan.. (on going la jgk ni..)
6. Yang ni sebab aku buat 'part time' tu angka RM1000 sebulan agak tinggi..tapi takpe, produk baru akan tiba di pasaran (Shower Gel dengan Gamat dan Aloe Vera untuk 400ml)..

InsyaAllah boleh kot capai... Anda bagaimana? Planning biar ektrim..dan ada 'due date'nya..

Bak kata orang, "Tak Dapat Capai Bintang Di Langit, Dapat Capai Bulan Pun OK Apa.."

Wednesday, July 22, 2009

Irfan Khairi- Wang Dan Anda 1


Entah berapa kali aku ulang audio CD ni kat dalam kereta aku. Saja aku ulang dan ulang...untuk nak lebih pemahaman. Kepada yang merasakan pengurusan kewangannya habis bila cukup bulan dapat gaji, aku sarankan dengar CD ni. Menarik! Beli lagi baik (bukan tolong promosikan tau. Boleh ulang tang bab track-6 dan 7) Ilmu pengurusan kewangan dalam ni membuatkan aku minat nak dengar...Jika sebelum ini, bila sebut Irfan Khairi...kita tergambar yang dia menjadi jutawan dengan perniagaan internet. Tapi dalam ni, tak cerita bab tu..cerita pengurusan kewangan, bagaimana nak jadi jutawan, kebebasan kewangan, simpan sikit tiap bulan akan jadi juta...
Antaranya, simpan sekurang-kurangnya 10% dari income anda. Tolak 10% dahulu (bayar kepada diri anda dahulu) sebelum tolak hutang-hutang yang lain. Tapi, aku amat pasti yang ramai di luar sana tolak hutang dulu baru buat simpanan. Ataupun langsung tak dapat buat simpanan.. bukan tak nak simpan, tapi memang tak cukup...untuk diri sendiri pun tak cukup..apa lagi nak menyimpan. Betul tak? Saudara Irfan Khairi ada menerangkan tentang antara sifat manusia ialah 'Parkinson Law' ataupun membelanja kesemua duit anda. Bak kata orang 'Melayu lama'- 'Lagi besar periuk, lagi besarlah keraknya' (yang ni aku yang cakap berdasarkan pemahaman aku). Tak kiralah berapa banyak yang kita dapat- pasti akan habis semuanya!
Kiranya, untuk simpan 10% adalah teramat payah. Nak bayar duit rumah, kereta, belanja dapur, anak-anak nak sekolah, bagi mak ayah.. jadi habis semuanya. Jadi caranya untuk menangani 'Parkinson Law' ini adalah dengan melatih diri bermula menyimpan 1% dahulu...gaji kalo RM2000, 1% hanya RM20 je kan? Takkan Rm20 pun tak boleh... Setelah anda rasa selesa dengan 1%, mungkin 5 bulan atau lebih..tambahkan jadi 2%..biasakan dulu..dah biasa, tambah lagi..sampai jadi 10%. Mungkin mengambil masa 1 atau 2 tahun mengikut anda, terpulang. Yang penting..Syabas dah tahniah aku ucapkan!
P/S: Dapatkan Audio CD ni. Banyak lagi ilmu yang berguna untuk kita terapkan dalam pengurusan kewangan. Nak jadi jutawan pun ada, bukan sesusah mana pun...

Friday, May 15, 2009

Buat Duit Dengan Rumah?


Macam pernah dengar je tajuk posting kali ni... (bagi peminat saudara Shamsuddin Abdul Kadir pasti dah boleh agak dah) Betul! Ia adalah tajuk buku dari antara penulis pengurusan kewangan yang aku minat.

Seperti biasa, setelah khatam aku membaca buku ini pasti aku akan membuat kesimpulan. Buku yang amat menarik kepada sesiapa yang ingin atau sudah menceburi bidang ini (macam aku kot heheh...) Tapi, aku lebih sarankan untuk anda membaca buku keluarannya sebelum ini.. "Kaya Dengan Rumah" untuk membuka minda kita dalam bidang ini. Seperti anda semua tahu, bidang Hartanah atau Rumah adalah satu bidang yang anda tak boleh buat main-main. Ianya bidang yang "berat". Bidang yang boleh aku katakan, suatu bidang jangka masa panjang. Namun, bak kata penulis- bidang Pelaburan Kelas Pertama...

Termenung aku sebentar memikirkan katanya.. Suka aku membuat analisa diri aku dengan rakan-rakan sebaya:-
1. mereka ada kereta besar, aku..kereta 'Kelisa' 2. mereka ada yang kahwin awal, aku baru nak kahwin (jangan marah yea cik adik)... 3. Ada yang bikin kereta kasi 'sports', 'Kelisa' aku takde rupa kereta orang muda (siap ada kotak atas kereta untuk angkat barang).. 4. Mereka ada duit cash simpanan banyakkk, Aku.. Simpanan ku agak terhad (tu pun prepare untuk kahwin dengan pilihan hati :-) )

Namun, itu yang aku harus (jadi wajib kot) terima sebagai pengorbanan untuk aku berkecimpung dalam bidang 'Pasif Income' atau Pelaburan Kelas Pertama ini.. memang member aku seakan 'cukup', 'mewah' dan 'bergaya' dalam kewangan mereka tapi aku rasa lebih bersyukur jika asset aku dibandingkan dengan mereka :-) 1. kereta, pasti setiap tahun susut nilai yang teruk.. 2. Kahwin..bagus ni. Sebagai pembuka pintu rezeki tau.. 3. Bikin kereta jadi rupa 'sports', pasti memakan belanja beribu-ribu.. baik pakai duit tu untuk buat downpayment rumah.. 4. Asset rumah semakin hari semakin naik..naik...naik.. dan naik... :-)

Friday, May 1, 2009

Ilmu Dari Sifu-sifu Rumah dan Hartanah


Em..hari ni aku teringin nak berkongsi tentang Hartanah ataupun rumah dengan pembaca blog aku. Aku pada awalnya amat takut nak berkecimpung dalam dunia tersebut atas sebab-sebab:

1. Modalnya yang amat besar (Main puluh hingga ratus riban beb!)
2. Kalau tak dapat tenant nak sewa, kena keluar sendiri installment (argh, habis duit gaji aku!)
3. Keadaan rumah sewa tersebut selepas penyewa keluar (kengkadang macam sarang tikus!)
4. Penyewa yang degil nak bayar sewa (berbuih mulut nak mintak, suruh keluar kang..susah pulak nak cari penyewa)
Yang kat atas tadi tu adalah antara Mitos yang kebanyakan orang tahu dan tidak mustahil ianya akan berlaku kepada kita sekiranya ilmu tentangnya tidak dipelajari. Buku-buku kat atas adalah antara yang aku cadangkan untuk kita jadikan 'peninding' dari ianya berlaku (Alhamdulillah, ianya banyak membantu aku. Tengkiu untuk sifu buku nih)
Nota kaki: Amaran! Jangan jadi bidan terjun untuk bidang hartanah ini. Amat-amat bahaya!

Sunday, April 19, 2009

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 Kembali Lagi!


Apa yang aku tunggu-tunggu selama ini kembali lagi...PESTA BUKU ANTARABANGSA! (Dari 17 - 26 April 2009) Aku memang suka sangat kalo gi pesta buku kat PWTC ni. Aku masih ingat lagi apabila aku membeli buku yang pertama kat sana- Jutawan Dari Planet Jupiter, dari Azizi Ali (Buku yang membuatkan aku berubah tentang pengurusan kewangan). Best sangat buku ni! (Antara langkah pertama aku tentang kewangan).


Apa yang paling penting yang aku suka dengan penulisan dari saudara Azizi Ali ini adalah, gaya penyampaian yang selamba dan bersahaja (Sempoi! kata orang). Pelbagai jalan dan cara untuk membina kewangan yang kukuh di terangkan (Pengurusan kewangan ni ibarat dalam satu peperangan. Perlu ada pertahanan dan serangan yang teratur dan mantap. Barulah kita akan merasa apa yang dikatakan 'Kebebasan Kewangan'). Jika anda ke sana, cadangan saya, perolehilah buku ini- ANDA PASTI TERUJA!


P.S - Jika anda bertemu diri ini di sana nanti, tegurlah... Aku memang suka berkawan dan bertukar-tukar cerita dan pengalaman :-)