Thursday, July 15, 2010

Dari RM113K ke RM155K!




Seakan tak percaya! Tapi itulah hakikat yang sebenarnya dalam dunia hartanah ini... Tengok je tajuk kat atas tu, tentunya kepada sesiapa yang minat dalam bidang hartanah ni dah boleh agak apa yang aku nak kongsikan bersama pembaca dalam post blog aku kali ni...
Kepada sesiapa pembaca setia blog aku, ingat lagi tak posting lama dulu aku tentang Apartment Sri Ixora, Sekesyen 27 Shah Alam? Kepada yang belum, nak syok baca, baca yang tu dulu.baru ada 'kick' kata orang...(kalo nak terus baca ni pun bulleh je...).
Dulu semalam aku berjumpa dengan agent rumah sewa aku, borak-borak le sikit tentang hartanah.. tengah2 syok borak, dia 'potong' line cakap aku.."Syahman, lu mau tau ka satu good news punya?" dia ni Cina..so, ayat dia pelat sikit lah, "Lu punya Apartment Sili Ijora itu market value suda naik maa..suda sampai 155k!" membulat mata aku! Sememangnya aku dah agak ia akan naik tapi tak sangka pulak naik sampai ke tahap itu. Alhamdulillah...Amat2 bersyukur aku ke hadrat Allah. Potensi baik kat situ. Dekat 3 tahun aku 'jaga' sebaik mungkin rumah tu dah naik sebanyak itu, insyaAllah selepas 'lock in period' aku tamat (5 tahun..lama tu, tinggal 2 tahun baki lagikan..) planning aku nak buat refinance.. dapat duit nanti plan nak tambah kolum aset rumah sewa...
Kepada rakan2 blogger atau pun pembaca yang masih belum atau 'takut' untuk bermula dalam bidang ini, mulakanlah dengan pembelian rumah pertama. Jangan tunggu2.. sebab aku dah merasa 'kehangatan' rumah pertama...dan 'kehangatannya' masih aku terasa hingga ke saat ini. Walaupun aku dah berkahwin..heheh..
Lagi muda kita bermula, insyaAllah lagi cepat dan mudah untuk langkah seterusnya...dan kalo boleh, ambil loan rumah yang Islamik (yang beragama Islam), agar berkat hidup kita...




5 comments:

jiwa2roda said...

Best o kumpulkan kolum aset yang nilainya akan naik.Hartanah dan emas merupakan aset yang bernilai.Teruskan berusaha untuk target beli lagi rumah.Lagi-lagi rumah yang da lepas l-i-p.Ayuh! bersama2 kearah mengumpul dan menyimpan aset.Bukannya mengumpul liabiliti..

Mohammad Syahman bin Abu Hasan said...

Betul tu pis. cuma kadang2 kita akan terasa seakan putus asa.. yang penting kita kuatkan semangat dan fokuskan fikirkan positif apa yang kita buat.

Unknown said...

tu tak cukup kick... pinggiran usj (belakang sek teknik s.alam) asal RM180k... skrg RM300k-RM320k..hahahaa

asiahnurfatimahdaud said...

tkde umah sewa belah pantai dalam ke?sy tgh cari rumah sewa ni...untuk kemasukan tahun depan...

asiahnurfatimahdaud said...
This comment has been removed by the author.