Wednesday, October 6, 2010

Jana Income Dari KWSP Anda!


Kepada yang pernah mengikuti blog aku sebelum ini, ingat lagi tak dgn apa yang aku telah kongsikan tentang KWSP yang aku pernah plan untuk keluarkan dari akaun 2? (pada yang belum, cari pada posting aku bertarikh 30 August 2010)....

Adalah satu sebab kenapa aku suka sangat2 dgn pelaburan hartanah ni... Kita boleh keluarkan simpanan dari akaun 2 di KWSP untuk ansuran bulanan pada bank (masuk ni dah 2 kali aku buat). Kenapa aku beriya-iya nak ceritakan dlm posting kali ni? Sebab KWSP merupakan salah satu badan kerajaan yang aku cukup puas hati dgn servis dia.. (berbanding dgn badan kerajaan yang lain, perit dah pedih hati aku bila teringat kembali bila aku terpaksa mengambil cuti untuk ke pejabat kerajaan yang lain untuk selesaikan urusan kereta arwah mak aku...cukup sakit hatiiii!!! tak selesai pulak tu, hampeh!! suruh gi sana gi sini, pastu mati tak tau diaorang nak buat camne!)

Lepas raya hari tu aku pergi ke pejabat KWSP di Shah Alam untuk aku meneruskan niat murni aku buat kali ke-2. Kalo tak salah aku dah dekat hujung bulan Sep untuk hantar form dan dokumen yang berkenaan lain. Cukup hujung bulan..Alhamdulillah dah masuk ke akaun Maybank aku rm500 lebih dan akan berterusan selama 6 bulan, minimun 6 bulan katanya (gembira bangat sehhh!).

Emmm... RM500 x 6 bulan = RM3k. Planning nak topup dgn duit simpanan untuk beli rumah lelong pulak tahun depan nanti, InsyaAllah... (Aik, tak bayar duit tu untuk rumah yang aku beli ke? Tak, sebab penyewa dah bayarkan. Alhamdulillah...)

1 comment:

Farid Adam said...

salam ukhwah dari saya...maklumat yang sungguh berharga bagi saya. terima kasih kerana memberi tips yang bernas utk menjana modal permulaan ini...harap dapat kita bertukar2 link blog kita. terima kasih...