
HAHAHA!! Kasi hepi sikit diri ini selepas 'melepaskan pergi' penyewa Indon ku! Mungkin ini lah dinamakan 'Fikirkan Bisnes, Bukan Pelaburan' (antara kata2 ketika seminar Tuan Bri yang pernah aku hadir sebelum ini.... Nak joint seminar Tuan Bri? Klik header kat atas sekali 'Seminar Hartanah'. Bri kena blanje makan nih! hehe!). Kenapa? Pening beb, pening aku melayan karenah!
Ini lah yang dinamakan pengalaman... Pada hal, unit sewa ini terletak bersebelahan je dengan rumah yang aku duduk (rumah pusaka arwah mak dan abah aku). Lot tanah kampung (kampung ke? tapi sebelah bandar) ni arwah tinggalkan kepada kami adik beradik dengan 2 unit rumah sewa iaitu depan dan belakang.
Boleh dikatakan, pasaran hot sewa kat sini adalah pada penyewa dari jiran negara kita iaitu Indonesia (teringin gak nak cari student macam abang ensem tapi jauh lak dari kolej 'Perindu' heheheh!) dan alhamdulillah penyewa unit depan dah lama meyewa lebih 3 tahun dan setakat ini tiada masalah... (biasalah, di sebalik kegembiraan ada kekecewaan kan...) penyewa unit belakang buat onar... bergaduh sesama sendiri, suami bersama sang suami bertumbuk! (1 rumah 2 family). Masing2 kata masing2 betul, "Kami hati bersih bang. Carik rejeki"... (arghhh!! Aku pulak masa tu kat rumah mertua!)
Alhamdulillah, nasib baik masa tu adik lelaki aku ada, kalo tak.. aku ingat berpanjangan babak pertarungan tersebut... dan macam biasa- yang kalah fight, lari rumah... yang menang duduk lagi malam tu kat situ.. Namun kegembiraan 'Si Juara' tak lama apa bila ayat keramat dari 'Si Raja' mengumumkan keesokkan paginya...
"MINTAK KOSONGKAN RUMAH INI, SAYA BERI TEMPOH 3 HARI UNTUK PINDAHKAN BARANG-BARANG!"
Akhirnya...'Si Juara' tersungkur jua...Hahaha!