Monday, June 28, 2010

"Selamat Hari Lahir Ke-29 Syahman!"

"Selamat Hari Lahir Yg Ke-29!" Huiks, dah umur 29 tahun dah aku! Hmm.. hari lahir tahun depan dah takde nombor 2 di depan dah. Bakal jadi nombor 3. isk..isk..sedeyy la pulak. Masih aku teringat lagi waktu aku di 'ambang' belasan dulu.. pernah juga aku kata mcm ni.. 'dah takde no. 1 kat depan umur aku dah lepas ni..' dan kini bakal takde no. 2 pulak...

Aku duduk terfikir depan labtop bini aku ketika aku post ni.. apa yang telah aku perolehi setelah aku hidup 29 tahun... perkara asas untuk hidup, alhamdulillah.. isteri, kerjaya, rumah, kereta, motor (heheh..modenas jaguh custom bikin sendiri-layaaann!), biz kecil2an dan pelaburan.. Kekadang aku dengki dgn kengkawan yg mencanak2 naik dan jauh lebih stabil dari aku... (takpekan dengki mcm ni, bersaing secara sihat laa katakan...) umur lebih muda dah mempunyai kesedaran untuk menyimpan, memulakan biz dan pelaburan..bagus, bagus! aku semakin suka orang melayu kita mcm ni.

Ketika aku diambang 20an, aku pernah ber'fantasi' untuk mempunyai pegangan nilai aset hartanah RM1/2 juta sebelum umur aku memcecah 30 tahun... alhamdulillah, ianya makin hampir dan hampir tidak mustahil insyaAllah... Kini aku mencongak2 untuk mencipta 'fantasi' baru sebelum umur aku mencecah 40 tahun... (biar berfantasi gila-gila, tapi dalam lingkungan realiti ataupun ianya boleh dicapai)...

Cubalah... aku pernah dan merasainya sendiri (pengalaman sendiri ni!).. Letakkan satu tarikh akhir, berusahalah sehabis mungkin untuk memperolehinya sebelum sampai 'due date'(kita akan perasan yang seharian kita berfikir hanya kerana matlamat tersebut)... Kita akan rasa bagaikan satu kepuasan yang tidak dapat kita zahirkan di'garisan penamat' nanti....

2 comments:

jiwa2roda said...

Selamat Hari Lahir yang ke-29 tahun abang Cah!! Semoga kehidupanmu diberkati oleh Allah s.w.t dan dilimpahkan rezeki yang halalan thoiyiban lagi barokah..Apa pun yang kita nak gapai,pokok pangkalnya mestilah ada senjata paling berkuasa yakni "penetapan matlamat".Dengan adanya matlamat,Insya Allah kita akan terus kuat berusaha untuk mendapatkannya. Usaha+doa+tawakal= Impian =D

Mohammad Syahman bin Abu Hasan said...

Terima kasih pis.. semakin tue dah abg chah ni.