Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Thursday, July 5, 2012

Wajah Terkini Projek One City, USJ, Subang Jaya!

Wajah Kini

Wajah Siap Nanti

Hampir setiap hari aku lalui jalan ini untuk ke tempat kerja dan setiap hari juga hati aku berdegup kencang menantikan bangunan yang sedang rancak siap ini pabila siap nanti. Huyyyooo!! mengancam hooo!! Yang aku nak bagi tau kat sini bukan pada 'wajah' bangunan ni nanti, tapi 'wajah' nilai Capital Gain hartanah aku yang bakal diketahui pabila siap nanti!

Kebanyakan projek MCT memang tidak mengecewakan. 'Wajah-wajah' anggun terkini pasti terserlah dan 'mengiurkan' kejelitaannya pada hampir semua bangunan pencakar langit 'kelahiran' mereka. Projek ini tidak terkecuali untuk menggamit pengunjung..termasuklah aku! Shopping2, jalan2, makan2 (Tuan Bri mesti kata aku tak tinggal kalo bab makan! Huhuhu!).

Hartanah aku amat berhampiran (walaupun 'tanah jajahan' tak sama, ni USJ, aku Shah Alam. Jalan kaki pun buleyy maa!!) Sri Ixora apartment, Sek. 27, Shah Alam sudah pasti terkena tempiasnya! Syukur Alhamdulillah!

Pada yang berminat dengan hartanah Sri Ixora Apartment, Sek. 27, Shah Alam ni, boleh terus contact aku yang lebih ensem dari abg ensem (huhuhuhu! jangan marah bro, title sudah bertukar.hehehehe!). Masih ada lagi unit untuk dijual (tapi takleh dapat below MV..huhuhu!! Demand tinggi!) boleh contact aku 019-2010107

Yang masih belum kenal dengan Sri Ixora Apartment? boleh 'scan' dari blog aku ni...

Ok, Wassalam...


Sunday, September 18, 2011

Usaha Tangga Kejayaan!


Keterangan Produk BeautyFrenz Lime Lipbalm Di Majalah iSIHAT Keluaran Oktober 2011 

'Tuah ayam nampak di kaki, tuah kita siapa yang tahu' antara ungkapan 'emas' Melayu kita yang telah diketahui umum.. Alhamdulillah, dengan tidak disangka-sangka, produk BeautyFrenz Lime Lipbalm memasuki Majalah iSIHAT oleh wartawan mereka sendiri iaitu Noor Hidayah Shafiee. Semakin hari semakin mendapat tempat masyarakat kita.

Mungkin ini yang Allah nak tunjukkan pada aku, apa itu tanda kejayaan awal sebelum Dia memberikan lebih kejayaan dengan usaha aku selain doa dan tawakal padaNya nanti. Sememangnya aku tidak sangka-sangka setelah salah seorang Stokis BeautyFrenz mesej melaui Facebook yang rakan Facebooknya memberitahu info ini.

Apa jua yang kita usahakan, insyaAllah Dia akan beri. tapi pesan aku, jangan lupa zakat apa yang kita 'dapat' dan usahakan istiqamah dalam menunaikan solat Dhuha - antara petua dari otai-otai rakan bisness aku :-)

Jom, kawan-kawan! kita terus maju ke depan!!  


Jom klik www.beautyfrenz.blogspot.com



Thursday, March 10, 2011

Skim Rumah Pertamaku Dilancar!


Sama seperti di UTUSAN MALAYSIA ONLINE (aku copy bulat2. hehehe..)
Apa pandangan korang?

Najib Tun Razak bersama wakil-wakil bank dan institusi kewangan yang terlibat dalam Skim Rumah Pertamaku selepas menandatangani perjanjian antara Kementerian Kewangan, institusi-institusi kewangan dan Cagamas Berhad di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (tujuh, kiri), timbalannya, Senator Datuk Ir. Donald Lim Siang Chai, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah (enam, kiri), Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz , Pengerusi Cagamas Berhad, Datuk Ooi Sang Kuang (sembilan, kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Steven Choy (lapan, kanan). - Bernama
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR 8 Mac - Golongan muda yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan dan belum memiliki kediaman sendiri boleh menarik nafas lega apabila mereka berpeluang untuk membeli rumah melalui Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan hari ini.

Skim tersebut yang memberi kemudahan pinjaman 100 peratus kepada pembeli, tanpa perlu membayar wang deposit sebanyak 10 peratus seperti kebiasaan prosedur pembelian rumah, dilancarkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Perdana Menteri, Skim Rumah Pertamaku yang berkuat kuasa mulai hari ini membenarkan golongan muda berumur 35 tahun ke bawah, memiliki rumah berharga antara RM100,000 hingga RM220,000.

"Skim ini merupakan inisiatif kerajaan yang dilaksanakan melalui Cagamas Berhad dengan kerjasama institusi-institusi kewangan. Ia bagi mengurangkan beban golongan muda yang menghadapi masalah kos sara hidup selain harga hartanah yang tinggi.

"Langkah ini akan membantu golongan muda di Malaysia untuk memiliki rumah pertama mereka dengan lebih cepat, selari dengan objektif kerajaan untuk menyediakan rumah mampu milik," katanya semasa berucap melancarkan Skim Rumah Pertamaku, di sini hari ini.

Ketika pembentangan Bajet 2011 yang lalu, Najib mengumumkan beberapa inisiatif berkaitan perumahan, antaranya Skim Rumah Pertamaku yang memberi kemudahan pinjaman 100 peratus kepada golongan muda yang berpendapatan kurang RM3,000.

Selain itu, kerajaan juga meluluskan peruntukan sebanyak RM568 juta untuk membina 300 unit kediaman di bawah Projek Bantuan Perumahan Bandar, 79,000 unit (Program Perumahan Rakyat) dan 8,000 unit (Projek Bantuan Rumah Sewa).

Semua inisiatif tersebut adalah sebahagian daripada usaha kerajaan bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat agar hasrat untuk muncul sebagai sebuah negara maju serta berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 tercapai.

Mengulas lanjut Perdana Menteri berkata, pelancaran skim berkenaan merupakan salah satu bukti komitmen serta keseriusan kerajaan dalam merealisasi konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Sehubungan itu, beliau berharap melalui skim tersebut, ia akan menggalak pihak pemaju untuk membina lebih banyak rumah mampu milik dan tidak hanya memberi fokus kepada rumah kos mewah dan sederhana mewah semata-mata.

Pada masa yang sama, Najib turut mempelawa bank yang belum menyertai Skim Rumah Pertamaku supaya melibatkan diri, bagi memastikan inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat dapat dijayakan sepenuhnya.

Katanya, sehingga kini, skim tersebut berjaya menarik penyertaan lebih daripada 20 buah institusi kewangan termasuk institusi kewangan Islam antara CIMB Bank Berhad; Maybank Berhad; Bank Islam Malaysia Berhad dan Public Bank Berhad.

"Saya berharap segala urusan pinjaman ini akan dipermudahkan oleh institusi kewangan dan bukan sebaliknya. Mungkin skim ini tidak berapa menguntungkan kepada pihak bank, tetapi bagi rakyat, mereka sangat memerlukan," jelasnya.





Saturday, February 19, 2011

Cepat Beli Hartanah Berhampiran Peta MRT, LRT!


Firstly, terima kasih untuk Pakdi atas informasi yang dikongsikan di dalam blognya :-) (hampir setiap kali bila aku buka blog, update terkini darinya yang telah aku linkkan, aku membacanya)

Sebenarnya, aku tak ternanti dan teruja sangat bila MRT Sg. Buloh/Kajang ini dibina. Yang aku lebih teruja bila dalam map ini ada skali map LRT yang bakal dibina nanti (walaupun aku tahu, bila nak mula pacak piling pun masih aku ternanti2...hua hua!) Sebabnya, lokasi hartanah aku dekat kawasan LRT tu (Puchong/Putra Heights). Kepada yang telah berjaya memiliki hartanah di lokasi laluan MRT dan LRT seperti di atas, tahniah aku ucapkan. Kepada yang belum dan masih tercari2 lokasi yang strategik, inilah antara lokasi2nya.

Syahman: Belum apa2 lagi, Market Value Apt. Sri Angkasa Sek 28 Shah Alam dah naik dari RM145k ke RM160k! Pergh! Semestinya Apt. Sri Ixora Sek. 27 Shah Alam aku naik lagi! Tahniah aku ucapkan kepada 'aku' kerana memilikinya hehehe.. kot ada yg berminat cari Apt. Sri Angkasa dan Sri Ixora, boleh contact aku :-)


Sunday, November 7, 2010

Strategi Untuk Menghadapi Pinjaman Loan 70% Hartanah!




JOM TUKAR STRATEGI! Berita tentang pinjaman rumah untuk rumah ke-3 dan seterusnya dari 90% ke 70% semestinya menggugat pelabur hartanah di luar sana (termasuklah aku!). Sebelum ini aku pernah menghadapi rintangan untuk memperolehi dan mendapatkan modal untuk memperolehi 10% untuk deposit membeli rumah ketika selepas aku membeli rumah pertama... dan pusing punya pusing... akhirnya aku berjaya memperolehi dan kini aku telah memiliki 4 unit dibawah nama sendiri dan semestinya aku berjaya 'meloloskan' diri dari 'cengkaman' deposit 10% tersebut! (yang aku paling suka, setiap rumah yg ke-2 dan seterusnya, boleh aku katakan tanpa modal 10% tu tadi!)

Tu pengalaman manis aku sebelum ini (NOKTAH! cukup jgn leka lagi). Kini aku berkira2 untuk merancang strategi baru untuk menghadapi dugaan baru ini. Aku percaya dgn SETIAP MASAALAH PASTI ADA PELUANG! Antara stategi baru aku tegah pikir2kan ialah:-

*menggunakan nama bini untuk rumah seterusnya (tapi bini aku tak keje.hmmm...)

*memanjangkan tempoh pinjaman hartanah yang sedia ada (untuk meminimumkan pembayaran pinjaman bulanan ke bank. kiranya nak lebih dapat positif cash flow. cepat sikit kumpul untuk modal 30% tu)

*menaikkan sewa bulanan rumah yang sedia ada (ada yang dah dekat nak luput Tenancy Agreement, nak check balik)

*kumpul modal dan aku ingat nak tukarkan pada emas fizikal (selamatkan modal dari ditelan inflasi beb!). Basic selok belok bidang emas ni aku dah mula kaji sejak tahun lepas. Main pajak, beli, jual dan overlaps untuk memaksimakan keuntungan. Adik aku banyak membantu, Hafiz ni dah cebur dlm bidang emas dari tahun lepas lagi..Timbunan emasnya semakin banyak. Jeles aku heh!

*yang lain... tengah memikirkan lagi.... kot pembaca ada idea. Jom kongsi bersama!

Friday, November 5, 2010

Pinjaman Telah Ditetapkan 70% Untuk Rumah Ke-3 Dan Seterusnya.


Beli rumah spekulatif dikekang

KUALA LUMPUR 3 Nov. - Para pembeli untuk pemilikan rumah ketiga dan seterusnya, hanya boleh mendapatkan pembiayaan sehingga 70 peratus daripada nilainya, berkuatkuasa serta merta, kata Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini.

Bagaimanapun, kemudahan untuk pembelian rumah pertama dan kedua tidak terjejas dan kekal seperti biasa, kata Bank Pusat dalam kenyataannya untuk mengumumkan pelaksanaan nisbah maksimum pinjaman berdasarkan nilai (LTV) di sini.

BNM menjelaskan, langkah baharu itu bertujuan menyokong pasaran harta benda supaya terus stabil dan mampan, selain memastikan orang ramai akan mampu membeli rumah.

''Di peringkat negara, harga harta kediaman didapati terus meningkat seiring dengan pembangunan ekonomi negara dan kenaikan paras pendapatan,'' katanya.

BNM berkata, corak pertumbuhan pasaran secara amnya masih terkawal dan tidak menyimpang daripada segi jangka panjang.

''Namun, baru-baru ini, jumlah urus niaga dan harga rumah, khususnya di lokasi tertentu yang terletak di pusat bandar dan sekitarnya telah meningkat dengan lebih cepat.

''Perkembangan ini juga disebabkan oleh bertambahnya pembiayaan untuk pembelian beberapa unit rumah oleh seorang peminjam, lantas menunjukkan peningkatan aktiviti pelaburan bersifat spekulatif,'' kata BNM.

Katanya, pelaksanaan LTV untuk pembelian rumah ketiga dijangka dapat mengurangkan aktiviti pelaburan berlebihan serta kegiatan spekulatif dalam pasaran harta kediaman yang telah mengakibatkan peningkatan yang lebih tinggi daripada kenaikan harga purata di lokasi berkenaan.

''Ia juga telah menyebabkan kenaikan harga rumah di lokasi sekeliling, lantas mengurangkan kemampuan pembelian rumah keseluruhan oleh pembeli rumah yang tulen.

''Oleh itu, langkah ini akan terus menyokong matlamat menggalakkan pemilikan rumah oleh rakyat Malaysia, yang merupakan agenda penting negara,'' kata BNM

Sementara itu, pengenalan Program Keupayaan Kewangan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan bagi meningkatkan tahap celik kewangan dan untuk menggalakkan pengurusan kewangan dan hutang yang kukuh oleh rakyat Malaysia.

''Selain itu, BNM juga ingin memperkenalkan Program Keupayaan Kewangan yang akan ditawarkan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) melalui cawangannya di seluruh negara bermula bulan Januari 2011.

''Program ini akan memperlengkap individu dengan pengetahuan penting supaya mampu membuat keputusan kewangan secara wajar melalui pemahaman praktikal serta kemahiran pengurusan wang dan hutang,'' kata Bank Pusat itu.

Langkah itu akan mengukuhkan kedudukan kewangan isi rumah dan memastikan jumlah hutang adalah setara dengan kemampuan, termasuk keupayaan mereka menampung perubahan kadar faedah dan ketidaktentuan yang mungkin berlaku terhadap paras pendapatan dan perbelanjaan.

Maklumat terperinci Program Keupayaan Kewangan ini akan diumumkan pada bulan Disember ini.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PENDAPAT AKU..

AKU PERCAYA, DI MANA ADA MASALAH, DI SITULAH ADA PELUANG... INSYAALLAH..


Friday, September 24, 2010

Biaya Rumah Kekal 90%?

Mungkin aku terlambat untuk 'post'kan blog kali ini iaitu tentang berita dalam surat khabar Utusan Malaysia pada hari Rabu, 22 September 2010/13 Syawal 1431 yang lalu iaitu tajuk yang aku selama ini tertunggu apa perkembangan terbaru bagi kebanyakan pelabur hartanah nantikan iaitu:

'Cadangan Bank Negara Malaysia yang mahu bank tempatan mengurangkan pinjaman perumahan daripada 90% ke 80%'

Kepada yang terlepas tak dapat nak baca, ni adalah antara isi-isinya:

-Kerajaan memutuskan kadar pembiayaan rumah kekal90 peratus bagi memastikan golongan muda dan rakyat berpendapatan rendah mampu miliki rumah sendiri.

-Kadar pembiayaan rumah itu kekal untuk pembelian bagi rumah pertama dan kedua sahaja.

-Keputusan itu menolak cadangan Bank Negara Malaysia yang mahu bank tempatan mengurangkan pinjaman perumahan daripada 90 peratus kepada 80 peratus.

-Bagi pembeli yang sudah memiliki beberapa buah rumah dan berhasrat untuk membeli rumah lagi, kemungkinan jumlah pinjaman akan dikurangkan kepada 80 peratus bagaimana dicadangkan

(Najib Tun Razak, Perdana Menteri)

Camne pun, aku masih menanti berita yang bakal dibentangkan di Belanjawan 2011 nanti.

'Di Mana Ada Masalah, Di Situ Ada Peluang'