Sunday, December 26, 2010

Bertemu Abang Ensem Di Seminar Hartawan Hartanah!





"Aku enjoy!", Tu adalah kata pertama aku bila aku balik setiap kali dari Seminar Hartawan Hartanah yang dianjurkan oleh Tuan Bri (jangan 'kembang' dulu Bri, setakat ni 2 hari yang penuh makna, baki 1 hari belum tau lagi hehehe!) disamping dapat mengenali dengan lebih rapat dengan oootai hartanah dengan lebih dekat (selama ni follow dan berkomunikasi dari 'alam maya' je). Kembang-kempis aku bila 'rahsia'ku terbongkar jua apabila peserta seminar mengetahui aku pernah 'menjalinkan hubungan' dengan Abang Ensem sebelum ini (jangan maraaa abgensem rahsia kita terbongkar hehehe!)

Pernahkah kita terfikir bagaimana oootai2 ini dengan kehidupan dulu, sekarang dan sebelum ini? Semua oootai ini hidup 'sempoi', suka sangat berkongsi pengalaman (termasuk blog. aku termasuk ke?) dan nak sangat tengok ada orang dapat apa yang dia dah dapat! betul tak? Masa aku muda remaja dulu (dan kini masih remaja), fikiran aku telah 'diracun' dengan orang kaya memang sombong dan kedekut! Semua tu dongeng semata2!

Hidup oootai2 ini penuh dengan pengalaman2 yang yang tak pernah ditulis dalam buku, berfikiran kreatif dan suka jadikan koleksi hartanah sebagai hobi (makna hobi: suka lakukan di waktu lapang, terluang dan sanggup melakukan sesuatu itu tanpa dibayar - informasi dari tafsiran sendiri Syahman). Hidup dahulu ketika memula beli hartanah pertama yang penuh liku, menghadapi penyewa yang pelbagai ragam (sejahat2 manusia sehinggalah sebaik2 manusia yang pandai berlakon!) semuanya nak dikongsi bersama...

Jom peserta seminar! Sambung 1 hari lagi besok! (besok ke? aku posting ni pun dah dekat pukul 5 pagi!)

Kata2 pujangga dari pengetua sekolah aku dulu:
"Bukan Senang Nak Senang Dan Bukan Susah Nak Susah!"


11 comments:

abang ensem said...

You're the next AE in the property investment line..

Spezzy Shah said...

Kalo ko tak jd peserta seminar... mungkin kitaorg jemput ko kot kasi talk... hahaha...

http://kuasahartanah.blogspot.com/

Unknown said...

selamat melabur..:)

p.s : aku put ur blog in my list...

Mohammad Syahman bin Abu Hasan said...

To:

AE: InsyaAllah..im aim for that.

Shahbudin: Hehehe.. aku sekarang teringin nak jadi anak murid balik lah..

Wakif: Thakns a lot Wakif :-)

Unknown said...

Syahman nie mmg dari blaja dulu mmg rajin. Dulu jual air n hotdog. Skang tokey umah plak

-jidin-

www.tuanbri.com said...

AE curi Sifu aku la...

Kalau Syahman sifu aku
AE sifu Syahman,

aku Dengan AE apa ?

(hadiah menanti anda!)


<a href="http://tuanbri.com

www.tuanbri.com said...

Share dengan saya Azam Tahun 2011 anda!

Ada Hadiah menarik menanti anda!

Sila tinggalkan/share azam anda di :
www.TuanBri.Com

Mohammad Syahman bin Abu Hasan said...

To:

Jidin: Ko ke Jidin? abis le rahsia ku terbongkar jua akhirnya!

Bri: Hallamak! Aku sifoo ke? Kembang nih! hahaha!

Mohammad Syahman bin Abu Hasan said...

Apapun aku ucapkan tahniah pada Tuan Bri yang telah menjayakan Seminar yang bermakna. Aku cukup berpuas hati selama seminar tersebut..

Syahman: bri, kalo ko baca feedback form yang puji menggunung tu, aku punya le tuuu..hehehe!

Unknown said...

ngko kenal ker aku? Slama nie aku jadi silent reader jer

p/s mana pi payed, gordon n pendang, bain Dll

Mohammad Syahman bin Abu Hasan said...

dalam banyak nama yg ko sebut tadi tu, bain je yg masih aku contact. yg lain tak tau kemana..