Wednesday, January 5, 2011

Mencipta Matlamat - Luar Batasan Kemampuan Tetapi Dalam Lingkungan Realiti!

"SENJATA PALING BERKUASA dalam diri anda" - Dari Azizi Ali.

Seingat aku, dah lebih 2 tahun aku beli buku nipis setebal 40 muka surat kalau tak salah aku (dan 2 tahun ini lah, pencapaian aku agak luar biasa!). Tapi sampai sekarang aku masih ulang baca buku ini sebelum aku 'merekacipta' azam tahun baru. Atas permintaan pembaca blog, aku ceritakan serba sedikit intipati yang terkandung dalam buku 'keramat' ini... (kalo nak lebih, beli le sendiri! hehehe..)

Bagaimana membina matlamat/azam? Berdasarkan 'key point'nya dalam buku ini:

'Luar Batasan Kemampuan Tetapi Dalam Lingkungan Realiti!'

"Emmm..macam ayat sastera Melayu kuno je Man.. Paham kan sikit ayat tuuuu...", Ok, camne ye aku nak cerita..

Aku bagi contoh diri aku lah (senang sikit nak cerita), azam tahun lepas aku salah satunya ialah untuk menambah 2 unit lagi hartanah.. Aku yang ketika itu, yang tak pernah gi kursus Hartanah, Abg Ensem pun aku tak kenal, main 'bedal' je buat azam macam gitu.. Bagi aku yang ketika itu baru je khatam beberapa buku hartanah, agak 'gila' azam yang sebegitu.. Dah lah modal takde, tak ke logik? Dalam fikiran aku, mana nak cari 10% modal? Haaa.. yang ini lah di katakan, 'Luar Batasan Kemampuan'

Aku tahu azam aku ini susah aku nak capai.. (target nak pergi bulan tu beb!) Hampir setiap hari aku fikir.. korek info.. ronda2 window shopping.. Aku terpanggil nak jalan2 kat Tesco Shah Alam, ada pameran hartanah untuk dijual. Terbehenti aku kat kiosk 'Beli Rumah Tanpa Modal' di Dataran Otomobil. Lokasi yang menarik, ada potensi nih! aku cakap dengan orang tu, aku takde duit. Beranikan diri untuk 'try my luck'. Redah! Alhamdulillah loan lulus (kes makup SNP).

Macam ni kes pun ada kaaa dalam dunia hartanah? Pergh! Aku dah nampak sinar untuk 'sampai ke bulan'...

Aku cuba 'rapat'kan diri aku dengan orang yang terlibat secara langsung dengan orang yang berurusan jual beli rumah.. aku bagi dia biznez (aku minta dia carikan penyewa, aku tak cari sendiri, komisen sebulan sewa dia ambil). Dia offer aku apartment bawah harga pasaran.. Peluang! Lokasi pun canteek! Alhamdulillah.. loan lulus lagi! (sama gak, makup SNP) lebihan duit tu aku settle kan semua hutang kad kredit aku (merupakan salah satu azam aku gak)..

Nampak, 'Dalam Lingkungan Realiti' bukan? Aku tau aku kekurangan 'ongkos', aku cari ruang melarikan diri dari tembok penghalang.. Mesti ada cara punya!

4 comments:

bakat said...

betol tu syahman karipap. Yang penting kene sabar dan konsisten. jgn hangat2 karipap je.. macam aku ni

jiwa2roda said...

Perghh...ayat dia...agak menarik..hehe.."ada sinar menuju ke bulan"..Apa2 pun,terdapat pelbagai cara lain jika kita tak berkemampuan..jangan kita dok pikirkan masalah 10% tuh,sebaliknya,kita cari penyelesaiaan masalah tuh!Dan ketika itulah,terdapat ruang2 harapan yg ada..kalu x,sampai bila2 ngak dapat beli rumah =)

Mohammad Syahman bin Abu Hasan said...

For:-

Bakat- Syahman karipap? uiks, bocor rahsia nih! hehehe! apa pun, karipap time seminar aritu mmg best!

Hafiz- Betul2. setiap masalah pasti ada jln penyelesaiannya.. percayalah..

Mohd Aslam said...

syahman,rumah aku tu problm la..