Sunday, July 28, 2013

Pengalaman Yang Menguntungkan!

Alhamdulillah... Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

"Syukur pada Allah yang Maha Pemberi Rahmat dan kemurahan rezeki."

Itu adalah ucapan yang pertama yang aku lafaskan apabila mengetahui hartanah pertama yang aku miliki ini telah 'disunting' orang. Bila Allah nak beri, tanpa disangka aku segalanya dipermudahkan.

Cukup 5 tahun hartanah Sri Ixora Seksyen 27, Shah Alam, aku mengambil keputusan untuk menjualnya. Mungkin ramai yang berpendapat, suatu tindakan yang kurang bijak. Apa tidaknya, LRT baru nak naik, bangunan sebelah tu pun tengah dibangunkan, One City yang berhampiran pun tinggal nak dirasmikan sahaja, 'time' tu yang aku nak jual? "Ko dah hilang akal ke Man?"

Tapi bagi aku, setiap pelabur hartanah mempunyai target mereka sendiri. Bagi aku, inilah masanya.. Masa yang pelabur 'encem' lakukan...

"Jual apabila ramai orang membeli, beli apabila ramai orang menjual"


Hartanah ini telah cukup 'matang' untuk dijual. 5 tahun kenaikan daripada aku beli dahulu RM125k kini bernilai RM220k! Berapa % tu? Ok lah kan. 'Peluru' aku pun dah habis. Ni lah masa untuk aku 'reload' balik :-)

Alhamdulillah pada Allah sekali lagi kerana memudahkan urusan jualan ini. Pembeli yang 'menyunting' 'anak dara sunti' aku juga merupakan pembeli 'cash'. Bermakna? Ya betul! Urusan dipermudahkan! Mengalir air mata terharu.. 

Alhamdulillah.. Rezeki Allah datang dari segala segi. Dia bagi lagi untuk aku diuji. Ya Allah, tetapkanlah iman ku untuk agama Mu..

Ini adalah salah satu jenis rezeki yang Allah bagi. Rezeki ilmu dalam bidang hartanah. Aku kongsikan pada semua yang aku kenal atau tidak. Amanah ni... Jua jihad EKONOMI!

p/s: Baca buku ini untuk memahami jenis rezeki. Aku amat syorkan..



1 comment:

Harith Iskandar said...

tahniah bro,
tp lg tahniah kalau buang captcha tu...ehehe leceh nak komen