
Monday, March 28, 2011
Pening-pening Lalat Dari Penyewa Nak Jadi Juara!

Monday, March 14, 2011
Kompleks Otomobil Seksyen 15 Semakin 'Berkembang'!
Stesyen Petronas di Seksyen 15, Bersebelahan Kompleks OtomobilThursday, March 10, 2011
Skim Rumah Pertamaku Dilancar!

KUALA LUMPUR 8 Mac - Golongan muda yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan dan belum memiliki kediaman sendiri boleh menarik nafas lega apabila mereka berpeluang untuk membeli rumah melalui Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan hari ini.
Skim tersebut yang memberi kemudahan pinjaman 100 peratus kepada pembeli, tanpa perlu membayar wang deposit sebanyak 10 peratus seperti kebiasaan prosedur pembelian rumah, dilancarkan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut Perdana Menteri, Skim Rumah Pertamaku yang berkuat kuasa mulai hari ini membenarkan golongan muda berumur 35 tahun ke bawah, memiliki rumah berharga antara RM100,000 hingga RM220,000.
"Skim ini merupakan inisiatif kerajaan yang dilaksanakan melalui Cagamas Berhad dengan kerjasama institusi-institusi kewangan. Ia bagi mengurangkan beban golongan muda yang menghadapi masalah kos sara hidup selain harga hartanah yang tinggi.
"Langkah ini akan membantu golongan muda di Malaysia untuk memiliki rumah pertama mereka dengan lebih cepat, selari dengan objektif kerajaan untuk menyediakan rumah mampu milik," katanya semasa berucap melancarkan Skim Rumah Pertamaku, di sini hari ini.
Ketika pembentangan Bajet 2011 yang lalu, Najib mengumumkan beberapa inisiatif berkaitan perumahan, antaranya Skim Rumah Pertamaku yang memberi kemudahan pinjaman 100 peratus kepada golongan muda yang berpendapatan kurang RM3,000.
Selain itu, kerajaan juga meluluskan peruntukan sebanyak RM568 juta untuk membina 300 unit kediaman di bawah Projek Bantuan Perumahan Bandar, 79,000 unit (Program Perumahan Rakyat) dan 8,000 unit (Projek Bantuan Rumah Sewa).
Semua inisiatif tersebut adalah sebahagian daripada usaha kerajaan bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat agar hasrat untuk muncul sebagai sebuah negara maju serta berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 tercapai.
Mengulas lanjut Perdana Menteri berkata, pelancaran skim berkenaan merupakan salah satu bukti komitmen serta keseriusan kerajaan dalam merealisasi konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Sehubungan itu, beliau berharap melalui skim tersebut, ia akan menggalak pihak pemaju untuk membina lebih banyak rumah mampu milik dan tidak hanya memberi fokus kepada rumah kos mewah dan sederhana mewah semata-mata.
Pada masa yang sama, Najib turut mempelawa bank yang belum menyertai Skim Rumah Pertamaku supaya melibatkan diri, bagi memastikan inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat dapat dijayakan sepenuhnya.
Katanya, sehingga kini, skim tersebut berjaya menarik penyertaan lebih daripada 20 buah institusi kewangan termasuk institusi kewangan Islam antara CIMB Bank Berhad; Maybank Berhad; Bank Islam Malaysia Berhad dan Public Bank Berhad.
"Saya berharap segala urusan pinjaman ini akan dipermudahkan oleh institusi kewangan dan bukan sebaliknya. Mungkin skim ini tidak berapa menguntungkan kepada pihak bank, tetapi bagi rakyat, mereka sangat memerlukan," jelasnya.
Tuesday, March 1, 2011
Dapat Rumah, Dapat Duit!


Tajuk yang agak mengujakan! Betul aku tak tipu (bukan niat aku letak tajuk ni untuk menaikkan trafik ke blog aku. - Sekiranya ada, ianya secara kebetulan :-))
Saturday, February 19, 2011
Cepat Beli Hartanah Berhampiran Peta MRT, LRT!

Friday, January 28, 2011
Rugi Beli Rumah Untuk Tinggal Sendiri! Macam Mana Nak Untung?

Friday, January 21, 2011
Bilik Dataran Otomobil Seksyen 15 Untuk Disewa! Urgent!


Sewa:
(blog ini lah...)
Wednesday, January 5, 2011
Mencipta Matlamat - Luar Batasan Kemampuan Tetapi Dalam Lingkungan Realiti!

Tuesday, January 4, 2011
Azam Tahun 2011 Yang Mengujakan!
Tamat sudah tahun 2010 masehi.. bermakna 'time frame' untuk azam tahun lepas dah tamat. Seperti tahun2 yang lalu, aku mula merombak kembali jika ada azam tahun lepas yang belum tertunai... (sekali pun telah aku tulis dalam buku kira-kira)Thursday, December 30, 2010
Dataran Otomobil Untuk Disewa! YES!!




Sunday, December 26, 2010
Bertemu Abang Ensem Di Seminar Hartawan Hartanah!



Wednesday, December 15, 2010
Peralihan 'Kuasa'?
Apa tajuk ni? Peralihan 'Kuasa'? Semalam adalah antara hari gembira peribadi yang aku nak kongsi pada pembaca. Kenapa? Malam semalam aku diperkenalkan oleh 'bekas tuan rumah' kepada 'tuan rumah baru'. Tuan Rumah Baru? Aku lah tu.. :-) Alhamdulillah..Unit itu adalah unit apartment di Sri Bayu Apartment, Klang. Lokasi yang agak sibuk dan berhampiran dengan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Giant dan Tesco Klang. Tapi yang problemnya, sewa sebelum ini yang agak rendah dari tuan rumah lama (katanya, 8 tahun dulu sampai sekarang tak pernah naikkan!) iaitu RM350/bln! Sewa pasaran kat situ dalam lingkungan RM450 ke RM500/bln. Emm... nak naikkan, tapi bila aku gi sana semalam, rasa kesian pulak..
Walau apa pun, aku mesti naikkan dalam masa terdekat. Cuma aku nak bagi masa sikit. Mungkin aku akan bincangkan dgn penyewa yang aku akan naikkan untuk 2 bulan akan datang ke.. (bagi tempoh sikit, tak terkejut kot nnti).
Apa yang menariknya, aku beli apartment ni dengan harga yang lebih rendah dari harga pasaran (semestinya pilihan aku :-)) aku beli dengan harga RM44K dan harga pasaran RM56K . Apa yang aku nak kongsikan, dalam dunia hartanah, transaksi seperti ini memang berada dalam pasaran. Cuma, kita sendiri yang perlu mencarinya. Seperti emas yang asalnya berada di perut bumi. Rakan2, networking dan sewaktu dengannya memainkan peranan yang amat penting (mana ada orang nak jual murah senang2 je kan..)
Friday, December 10, 2010
Jenis Insuran Hartanah Pilihan
Setiap kali aku buka blog aku ini, setiap kali jugak aku suka membaca blog member maya aku (senarai kat sebelah kanan blog aku). Banyak sangat info berguna dlm hartanah yang aku belajar (rasa comel je diri aku berbanding dgn diaorang ni)... Antaranya tentang insuran haratanah pilihan. Yang mana pilihan hati? Thursday, December 9, 2010
Hartanah Sesuatu Pelaburan Amat Menguntungkan Dari Yang Lain?
Semalam aku gi 'refresh' balik ilmu disamping 'belajar' dengan sifoo/otai iaitu TuanBri -Seminar Hartawan Hartanah Langkah 1 (murah je beb! RM10 je!) dengan adik bongsu aku, Hafiz. Best jugak dapat berkongsi ilmu ni (rasa macam diri aku ni 'kecik' je. Ilmu Allah ni amat luas sebenarnya). InsyaAllah, aku bakal joint untuk Langkah 2 pula pada 24-26 Disember nanti :-)Tuesday, November 30, 2010
Tukar Strategi Hartanah! Jom Beli Dan Kumpul Emas Fizikal!
Minggu ini merupakan minggu aku berkira2 untuk menguruskan 'lebihan' dari belian rumah subsale below than market value. Aku ingat lagi ketika planning aku (kalo tak salah 4 bulan sebelum ni kot) untuk 'lebihan' ni, nak buat modal 10% untuk beli rumah lagi. Skali BNM dah umumkan hanya 70% untuk rumah ketiga dan ke atas...Thursday, November 18, 2010
Jenis-jenis Pelabur Hartanah. Di Mana Anda?

Sunday, November 7, 2010
Strategi Untuk Menghadapi Pinjaman Loan 70% Hartanah!

JOM TUKAR STRATEGI! Berita tentang pinjaman rumah untuk rumah ke-3 dan seterusnya dari 90% ke 70% semestinya menggugat pelabur hartanah di luar sana (termasuklah aku!). Sebelum ini aku pernah menghadapi rintangan untuk memperolehi dan mendapatkan modal untuk memperolehi 10% untuk deposit membeli rumah ketika selepas aku membeli rumah pertama... dan pusing punya pusing... akhirnya aku berjaya memperolehi dan kini aku telah memiliki 4 unit dibawah nama sendiri dan semestinya aku berjaya 'meloloskan' diri dari 'cengkaman' deposit 10% tersebut! (yang aku paling suka, setiap rumah yg ke-2 dan seterusnya, boleh aku katakan tanpa modal 10% tu tadi!)
Tu pengalaman manis aku sebelum ini (NOKTAH! cukup jgn leka lagi). Kini aku berkira2 untuk merancang strategi baru untuk menghadapi dugaan baru ini. Aku percaya dgn SETIAP MASAALAH PASTI ADA PELUANG! Antara stategi baru aku tegah pikir2kan ialah:-
*menggunakan nama bini untuk rumah seterusnya (tapi bini aku tak keje.hmmm...)
*memanjangkan tempoh pinjaman hartanah yang sedia ada (untuk meminimumkan pembayaran pinjaman bulanan ke bank. kiranya nak lebih dapat positif cash flow. cepat sikit kumpul untuk modal 30% tu)
*menaikkan sewa bulanan rumah yang sedia ada (ada yang dah dekat nak luput Tenancy Agreement, nak check balik)
*kumpul modal dan aku ingat nak tukarkan pada emas fizikal (selamatkan modal dari ditelan inflasi beb!). Basic selok belok bidang emas ni aku dah mula kaji sejak tahun lepas. Main pajak, beli, jual dan overlaps untuk memaksimakan keuntungan. Adik aku banyak membantu, Hafiz ni dah cebur dlm bidang emas dari tahun lepas lagi..Timbunan emasnya semakin banyak. Jeles aku heh!
*yang lain... tengah memikirkan lagi.... kot pembaca ada idea. Jom kongsi bersama!
Friday, November 5, 2010
Pinjaman Telah Ditetapkan 70% Untuk Rumah Ke-3 Dan Seterusnya.

Beli rumah spekulatif dikekang
KUALA LUMPUR 3 Nov. - Para pembeli untuk pemilikan rumah ketiga dan seterusnya, hanya boleh mendapatkan pembiayaan sehingga 70 peratus daripada nilainya, berkuatkuasa serta merta, kata Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini.
Bagaimanapun, kemudahan untuk pembelian rumah pertama dan kedua tidak terjejas dan kekal seperti biasa, kata Bank Pusat dalam kenyataannya untuk mengumumkan pelaksanaan nisbah maksimum pinjaman berdasarkan nilai (LTV) di sini.
BNM menjelaskan, langkah baharu itu bertujuan menyokong pasaran harta benda supaya terus stabil dan mampan, selain memastikan orang ramai akan mampu membeli rumah.
''Di peringkat negara, harga harta kediaman didapati terus meningkat seiring dengan pembangunan ekonomi negara dan kenaikan paras pendapatan,'' katanya.
BNM berkata, corak pertumbuhan pasaran secara amnya masih terkawal dan tidak menyimpang daripada segi jangka panjang.
''Namun, baru-baru ini, jumlah urus niaga dan harga rumah, khususnya di lokasi tertentu yang terletak di pusat bandar dan sekitarnya telah meningkat dengan lebih cepat.
''Perkembangan ini juga disebabkan oleh bertambahnya pembiayaan untuk pembelian beberapa unit rumah oleh seorang peminjam, lantas menunjukkan peningkatan aktiviti pelaburan bersifat spekulatif,'' kata BNM.
Katanya, pelaksanaan LTV untuk pembelian rumah ketiga dijangka dapat mengurangkan aktiviti pelaburan berlebihan serta kegiatan spekulatif dalam pasaran harta kediaman yang telah mengakibatkan peningkatan yang lebih tinggi daripada kenaikan harga purata di lokasi berkenaan.
''Ia juga telah menyebabkan kenaikan harga rumah di lokasi sekeliling, lantas mengurangkan kemampuan pembelian rumah keseluruhan oleh pembeli rumah yang tulen.
''Oleh itu, langkah ini akan terus menyokong matlamat menggalakkan pemilikan rumah oleh rakyat Malaysia, yang merupakan agenda penting negara,'' kata BNM
Sementara itu, pengenalan Program Keupayaan Kewangan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan bagi meningkatkan tahap celik kewangan dan untuk menggalakkan pengurusan kewangan dan hutang yang kukuh oleh rakyat Malaysia.
''Selain itu, BNM juga ingin memperkenalkan Program Keupayaan Kewangan yang akan ditawarkan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) melalui cawangannya di seluruh negara bermula bulan Januari 2011.
''Program ini akan memperlengkap individu dengan pengetahuan penting supaya mampu membuat keputusan kewangan secara wajar melalui pemahaman praktikal serta kemahiran pengurusan wang dan hutang,'' kata Bank Pusat itu.
Langkah itu akan mengukuhkan kedudukan kewangan isi rumah dan memastikan jumlah hutang adalah setara dengan kemampuan, termasuk keupayaan mereka menampung perubahan kadar faedah dan ketidaktentuan yang mungkin berlaku terhadap paras pendapatan dan perbelanjaan.
Maklumat terperinci Program Keupayaan Kewangan ini akan diumumkan pada bulan Disember ini.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PENDAPAT AKU..
AKU PERCAYA, DI MANA ADA MASALAH, DI SITULAH ADA PELUANG... INSYAALLAH..
Thursday, October 28, 2010
Tension & Give Up Nak Kaya?
Pernah tak korang rasa suatu perasaan tetiba datang... perasaan 'Tension & Give Up' atau dgn bahasa mudahnya..PUTUS ASA? -Mcm foto kat atas, survive utk tidak putus asa! Checkmate!Monday, October 18, 2010
5 Tahun Untuk Target Matang Pasif Income Hartanah!

