Monday, March 28, 2011

Pening-pening Lalat Dari Penyewa Nak Jadi Juara!

HAHAHA!! Kasi hepi sikit diri ini selepas 'melepaskan pergi' penyewa Indon ku! Mungkin ini lah dinamakan 'Fikirkan Bisnes, Bukan Pelaburan' (antara kata2 ketika seminar Tuan Bri yang pernah aku hadir sebelum ini.... Nak joint seminar Tuan Bri? Klik header kat atas sekali 'Seminar Hartanah'. Bri kena blanje makan nih! hehe!). Kenapa? Pening beb, pening aku melayan karenah!

Ini lah yang dinamakan pengalaman... Pada hal, unit sewa ini terletak bersebelahan je dengan rumah yang aku duduk (rumah pusaka arwah mak dan abah aku). Lot tanah kampung (kampung ke? tapi sebelah bandar) ni arwah tinggalkan kepada kami adik beradik dengan 2 unit rumah sewa iaitu depan dan belakang.

Boleh dikatakan, pasaran hot sewa kat sini adalah pada penyewa dari jiran negara kita iaitu Indonesia (teringin gak nak cari student macam abang ensem tapi jauh lak dari kolej 'Perindu' heheheh!) dan alhamdulillah penyewa unit depan dah lama meyewa lebih 3 tahun dan setakat ini tiada masalah... (biasalah, di sebalik kegembiraan ada kekecewaan kan...) penyewa unit belakang buat onar... bergaduh sesama sendiri, suami bersama sang suami bertumbuk! (1 rumah 2 family). Masing2 kata masing2 betul, "Kami hati bersih bang. Carik rejeki"... (arghhh!! Aku pulak masa tu kat rumah mertua!)

Alhamdulillah, nasib baik masa tu adik lelaki aku ada, kalo tak.. aku ingat berpanjangan babak pertarungan tersebut... dan macam biasa- yang kalah fight, lari rumah... yang menang duduk lagi malam tu kat situ.. Namun kegembiraan 'Si Juara' tak lama apa bila ayat keramat dari 'Si Raja' mengumumkan keesokkan paginya...

"MINTAK KOSONGKAN RUMAH INI, SAYA BERI TEMPOH 3 HARI UNTUK PINDAHKAN BARANG-BARANG!"

Akhirnya...'Si Juara' tersungkur jua...Hahaha!



7 comments:

Rohaniah Noor said...

aduhaiiii... pening nih.. sebbaik tuan rumahnya bukan saya... hahahaha

Mohd Aslam said...

huhu..mmg poning.. yg kalah lari.. hehehe.. janji sewa dorng byr.. tp klu berlarutan,mmg patut singkirkan...

Farid Adam said...

baik lesing je...amek tenant baru...tak pening kepala

p/s orang sekarang mana leh caye sangat, tak pasal2 ada kes bunuh...yang susah, tuan rumah juge...

Mohammad Syahman bin Abu Hasan said...

To:

eun-yong: hehehe..pengalaman tuan rumah utk kami adik beradik.

aslam: yup, dah selamat disingkirkan. Alhamdulillah, bakal penyewa dah ready..

Farid Adam: tulah..nak lesing, teringat diri ada anak bini. takut diaorg antar 'askar' pulak nnti..

walau apa pun, alhamdulillah.. penyewa baru dah ready. yg lg bessstt, sewa aku naikkan lagi hehehe! BBaikk punnya!

www.tuanbri.com said...

wow...hati kering beb!

memang power la...ada hikmah di sebalik tu...

abang ensem said...

Kan aku dah kata, carik awek bujang jadik penyewa... hehehe

Mohammad Syahman bin Abu Hasan said...

Hahaha.. byk belajar 'hati kering' dari brobri dan broensem.. Carik awek indon bujang pun ok gak kan?

(sorry sayang, abg gurau jerk! 4ur info: my bini slalu baca blog aku ni..Takut bini? tak semua, ada sikit kot hehehe..)