
Wednesday, June 22, 2011
Kreatif - Untuk Tambahkan Sewa!

Thursday, June 2, 2011
Projek Apa Kat Belakang Kompleks Dataran Otomobil Sek. 15, Shah Alam?

Saturday, May 21, 2011
Benda Lain Yang Aku Buat Selain Hartanah Sewa!

Tuesday, April 26, 2011
Mustahil! Tapi Mampu Capai!
Saturday, April 23, 2011
Jom Kita Jana Dari Pelbagai Sumber Pendapatan!

Sunday, April 17, 2011
Cerita Tentang Tayar..Pergh Gile Mahal!


Thursday, April 7, 2011
Buku Dari Renesial Leong Baru Aku Habis Baca!

Monday, March 28, 2011
Pening-pening Lalat Dari Penyewa Nak Jadi Juara!

Monday, March 14, 2011
Kompleks Otomobil Seksyen 15 Semakin 'Berkembang'!
Stesyen Petronas di Seksyen 15, Bersebelahan Kompleks OtomobilThursday, March 10, 2011
Skim Rumah Pertamaku Dilancar!

KUALA LUMPUR 8 Mac - Golongan muda yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan dan belum memiliki kediaman sendiri boleh menarik nafas lega apabila mereka berpeluang untuk membeli rumah melalui Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan hari ini.
Skim tersebut yang memberi kemudahan pinjaman 100 peratus kepada pembeli, tanpa perlu membayar wang deposit sebanyak 10 peratus seperti kebiasaan prosedur pembelian rumah, dilancarkan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut Perdana Menteri, Skim Rumah Pertamaku yang berkuat kuasa mulai hari ini membenarkan golongan muda berumur 35 tahun ke bawah, memiliki rumah berharga antara RM100,000 hingga RM220,000.
"Skim ini merupakan inisiatif kerajaan yang dilaksanakan melalui Cagamas Berhad dengan kerjasama institusi-institusi kewangan. Ia bagi mengurangkan beban golongan muda yang menghadapi masalah kos sara hidup selain harga hartanah yang tinggi.
"Langkah ini akan membantu golongan muda di Malaysia untuk memiliki rumah pertama mereka dengan lebih cepat, selari dengan objektif kerajaan untuk menyediakan rumah mampu milik," katanya semasa berucap melancarkan Skim Rumah Pertamaku, di sini hari ini.
Ketika pembentangan Bajet 2011 yang lalu, Najib mengumumkan beberapa inisiatif berkaitan perumahan, antaranya Skim Rumah Pertamaku yang memberi kemudahan pinjaman 100 peratus kepada golongan muda yang berpendapatan kurang RM3,000.
Selain itu, kerajaan juga meluluskan peruntukan sebanyak RM568 juta untuk membina 300 unit kediaman di bawah Projek Bantuan Perumahan Bandar, 79,000 unit (Program Perumahan Rakyat) dan 8,000 unit (Projek Bantuan Rumah Sewa).
Semua inisiatif tersebut adalah sebahagian daripada usaha kerajaan bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat agar hasrat untuk muncul sebagai sebuah negara maju serta berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 tercapai.
Mengulas lanjut Perdana Menteri berkata, pelancaran skim berkenaan merupakan salah satu bukti komitmen serta keseriusan kerajaan dalam merealisasi konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Sehubungan itu, beliau berharap melalui skim tersebut, ia akan menggalak pihak pemaju untuk membina lebih banyak rumah mampu milik dan tidak hanya memberi fokus kepada rumah kos mewah dan sederhana mewah semata-mata.
Pada masa yang sama, Najib turut mempelawa bank yang belum menyertai Skim Rumah Pertamaku supaya melibatkan diri, bagi memastikan inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat dapat dijayakan sepenuhnya.
Katanya, sehingga kini, skim tersebut berjaya menarik penyertaan lebih daripada 20 buah institusi kewangan termasuk institusi kewangan Islam antara CIMB Bank Berhad; Maybank Berhad; Bank Islam Malaysia Berhad dan Public Bank Berhad.
"Saya berharap segala urusan pinjaman ini akan dipermudahkan oleh institusi kewangan dan bukan sebaliknya. Mungkin skim ini tidak berapa menguntungkan kepada pihak bank, tetapi bagi rakyat, mereka sangat memerlukan," jelasnya.
Tuesday, March 1, 2011
Dapat Rumah, Dapat Duit!


Tajuk yang agak mengujakan! Betul aku tak tipu (bukan niat aku letak tajuk ni untuk menaikkan trafik ke blog aku. - Sekiranya ada, ianya secara kebetulan :-))
Saturday, February 19, 2011
Cepat Beli Hartanah Berhampiran Peta MRT, LRT!

Friday, January 28, 2011
Rugi Beli Rumah Untuk Tinggal Sendiri! Macam Mana Nak Untung?

Friday, January 21, 2011
Bilik Dataran Otomobil Seksyen 15 Untuk Disewa! Urgent!


Sewa:
(blog ini lah...)
Wednesday, January 5, 2011
Mencipta Matlamat - Luar Batasan Kemampuan Tetapi Dalam Lingkungan Realiti!

Tuesday, January 4, 2011
Azam Tahun 2011 Yang Mengujakan!
Tamat sudah tahun 2010 masehi.. bermakna 'time frame' untuk azam tahun lepas dah tamat. Seperti tahun2 yang lalu, aku mula merombak kembali jika ada azam tahun lepas yang belum tertunai... (sekali pun telah aku tulis dalam buku kira-kira)Thursday, December 30, 2010
Dataran Otomobil Untuk Disewa! YES!!




Sunday, December 26, 2010
Bertemu Abang Ensem Di Seminar Hartawan Hartanah!



Wednesday, December 15, 2010
Peralihan 'Kuasa'?
Apa tajuk ni? Peralihan 'Kuasa'? Semalam adalah antara hari gembira peribadi yang aku nak kongsi pada pembaca. Kenapa? Malam semalam aku diperkenalkan oleh 'bekas tuan rumah' kepada 'tuan rumah baru'. Tuan Rumah Baru? Aku lah tu.. :-) Alhamdulillah..Unit itu adalah unit apartment di Sri Bayu Apartment, Klang. Lokasi yang agak sibuk dan berhampiran dengan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Giant dan Tesco Klang. Tapi yang problemnya, sewa sebelum ini yang agak rendah dari tuan rumah lama (katanya, 8 tahun dulu sampai sekarang tak pernah naikkan!) iaitu RM350/bln! Sewa pasaran kat situ dalam lingkungan RM450 ke RM500/bln. Emm... nak naikkan, tapi bila aku gi sana semalam, rasa kesian pulak..
Walau apa pun, aku mesti naikkan dalam masa terdekat. Cuma aku nak bagi masa sikit. Mungkin aku akan bincangkan dgn penyewa yang aku akan naikkan untuk 2 bulan akan datang ke.. (bagi tempoh sikit, tak terkejut kot nnti).
Apa yang menariknya, aku beli apartment ni dengan harga yang lebih rendah dari harga pasaran (semestinya pilihan aku :-)) aku beli dengan harga RM44K dan harga pasaran RM56K . Apa yang aku nak kongsikan, dalam dunia hartanah, transaksi seperti ini memang berada dalam pasaran. Cuma, kita sendiri yang perlu mencarinya. Seperti emas yang asalnya berada di perut bumi. Rakan2, networking dan sewaktu dengannya memainkan peranan yang amat penting (mana ada orang nak jual murah senang2 je kan..)
Friday, December 10, 2010
Jenis Insuran Hartanah Pilihan
Setiap kali aku buka blog aku ini, setiap kali jugak aku suka membaca blog member maya aku (senarai kat sebelah kanan blog aku). Banyak sangat info berguna dlm hartanah yang aku belajar (rasa comel je diri aku berbanding dgn diaorang ni)... Antaranya tentang insuran haratanah pilihan. Yang mana pilihan hati? 