Thursday, June 2, 2011

Projek Apa Kat Belakang Kompleks Dataran Otomobil Sek. 15, Shah Alam?

Semalam aku menerima kunjungan 'Yang Amat Berhormat' ke rumah aku di Kompleks Dataran Otomobil Seksyen 15, Shah Alam. (Uiks, Yang Amat Berhormat tuuu!) Penyewa baru untuk bilik Master Bedroom aku kat situ.. Penyewa..kira berhormat jugak lahkan :-) Aku buat sewa ikut kepala untuk bilik tu. Sekepala RM200/bln - nak tolong individu yang tak mampu sewa serumah yang memerlukan modal yang agak besar (agak besar tuuu untuk yang baru membina kerjaya macam dia).

Agak terperanjat dan tertanya2, apa projek kat belakang Kompleks ni.. dah lah betul2 mengadap rumah aku dan mengadap Federal Highway.. aku pernah dengar desas-desus yang kat situ nak buat Showroom kereta (ala-ala mcm kat NAZA WORD tuu), kiri dan kanan nak buat hotel... ada gak yang aku dengar, nak bikin pasaraya! Huoh hooo! Kalo pasaraya, gerenti meletop harga rumah aku kat situ nanti (sewa pun pasti aku akan naikkan!) Awek2 pasaraya mesti carik rumah sewa terdekat. Buleh bangun lewat, jalan kaki je gi kerje! hehehe!

Emm..apa pun, ni rumah baru yang aku beli dari developer. Bagi aku, aku bagi tempoh setahun masa untuk matang lokasi ini - selepas aku buat sikit kajian tentang lokasi ni..alhamdulillah..dah semakin cerah hasilnya :-)

Syahman: Budak yang baru masuk sewa bilik ni baru sangat kat area ni, datang jauh dari Perak. Gembira jugak dapat tolong dia.. Harap dia berpuas hati dengan bilik tu, InsyaAllah...


6 comments:

www.tuanbri.com said...

best nyer...so dia sewa satu bilik atau satu kepala ?

Rohaniah Noor said...

Tahniah syahman.

abang ensem said...

Bro, apa nombor umah ko. Mana la tau kot2 aku tersesat ke sana dan takde member nak ngeteh kat Restoran Melor tu. At least kalo ko bagi nombor umah, boleh la aku ketuk dan ajak penyewa ko tu gi minum.. hehehe

Mohammad Syahman bin Abu Hasan said...

To:

Tuan Bri: Dia sewa satu kepala. RM200/bln. Ok lah tuu..aku nak penuhkan pulak bilik master tu. Max 4org. Tapi 2 bilik kecik tu aku buat sewa bilik.

eun-yong: Terima kasih..(kembang pulak idung kena puji hehehe..)

abg ensem: Melor tak best bro.. layan yg kt restoran blkg tepi tu lagi best! bila ada EPL ke, UEFA ke, ramai tu.. layan sampai subuh. solat jemaah lak pastu..hehehe..

Mohammad Syahman bin Abu Hasan said...

restoran venggey-venggey..24jam.

Mohammad Syahman bin Abu Hasan said...

Aku dapat info terkini... Diaorang nak bikin Hotel kiri kanan 14 tingkat, showroom 8 tingkat. huyyoo, tak tinggi sangat ke 8 tingkat tuuu?

tunggu dan lihat!