
Tuesday, July 27, 2010
Minggu Debaran Menunggu Keputusan Loan Rumah Sri Angkasa

Tuesday, July 20, 2010
Sri Ixora Apartment, Seksyen 27 Shah Alam Untuk Dijual!!

Sebenarnya permintaan Sri Ixora Apartment di Seksyen 27, Shah Alam agak tinggi sehinggakan harganya melambung naik (Valuation dari pihak banker pun turut naik mendadak, syiook buat refinance ni nanti!). Apa tidaknya, permintaan sewa di sini sampai tidak cukup koata! Rumah untuk disewa penuh! sekalipun sewa tertinggi yang pernah direkodkan mencecah RM850 sebulan! (Ni pun berdasarkan sewaan dari rumah aku kat situ)
Harga jualan pun ada yang mencecah RM160k. Tapi dari aku, semestinya lebih rendah dan buat pengetahuan anda, bukan juga unit aku yang nak dijual (sayang sangat beb kalo aku jual aku punya. Lombong emas ni bagi aku!). Kira orang lain punya lah..
Siapa cepat dia dapat! Sebab..permintaannya teramatlah tinggi..
Berminat! SMS/Koll aku: 019-2010107 (Syahman)
Saturday, July 17, 2010

•Tong 14KG – dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
Thursday, July 15, 2010
Dari RM113K ke RM155K!
Monday, June 28, 2010
"Selamat Hari Lahir Ke-29 Syahman!"
"Selamat Hari Lahir Yg Ke-29!" Huiks, dah umur 29 tahun dah aku! Hmm.. hari lahir tahun depan dah takde nombor 2 di depan dah. Bakal jadi nombor 3. isk..isk..sedeyy la pulak. Masih aku teringat lagi waktu aku di 'ambang' belasan dulu.. pernah juga aku kata mcm ni.. 'dah takde no. 1 kat depan umur aku dah lepas ni..' dan kini bakal takde no. 2 pulak...Aku duduk terfikir depan labtop bini aku ketika aku post ni.. apa yang telah aku perolehi setelah aku hidup 29 tahun... perkara asas untuk hidup, alhamdulillah.. isteri, kerjaya, rumah, kereta, motor (heheh..modenas jaguh custom bikin sendiri-layaaann!), biz kecil2an dan pelaburan.. Kekadang aku dengki dgn kengkawan yg mencanak2 naik dan jauh lebih stabil dari aku... (takpekan dengki mcm ni, bersaing secara sihat laa katakan...) umur lebih muda dah mempunyai kesedaran untuk menyimpan, memulakan biz dan pelaburan..bagus, bagus! aku semakin suka orang melayu kita mcm ni.
Ketika aku diambang 20an, aku pernah ber'fantasi' untuk mempunyai pegangan nilai aset hartanah RM1/2 juta sebelum umur aku memcecah 30 tahun... alhamdulillah, ianya makin hampir dan hampir tidak mustahil insyaAllah... Kini aku mencongak2 untuk mencipta 'fantasi' baru sebelum umur aku mencecah 40 tahun... (biar berfantasi gila-gila, tapi dalam lingkungan realiti ataupun ianya boleh dicapai)...
Cubalah... aku pernah dan merasainya sendiri (pengalaman sendiri ni!).. Letakkan satu tarikh akhir, berusahalah sehabis mungkin untuk memperolehinya sebelum sampai 'due date'(kita akan perasan yang seharian kita berfikir hanya kerana matlamat tersebut)... Kita akan rasa bagaikan satu kepuasan yang tidak dapat kita zahirkan di'garisan penamat' nanti....
Tuesday, June 22, 2010
Mulakan sekurang-kurangnya 1 pendapatan sampingan!

Stress di tempat kerja?
Mahu atau tidak, kita terpaksa kerja bila memikirkan hutang piutang yang tak mungkin selesai dalam masa yang terdekat (mungkin 5, 10 atau seumur hidup! Seumur hidup dengan stresss!) Itulah yang hakikat sebenarnya dunia maju kini. Nak beli kereta- ambil pinjaman sampai 9 tahun, nak beli rumah- ambil pinjaman sampai 30 tahun, tu tak kira lagi kalo beli tv atau perabot rumah secara ansuran (sebab itu lah kita tengok semakin lama, semakin besar bangunan bank).
Kenapa kita tidak bermula lakukan sesuatu untuk berubah? Lakukan sesuatu untuk menambahkan pendapatan! Takut gagal? Takde masa? Dah cuba tapi gagal juga? Bak kata orang tua2:
'Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih!'
Tak perlu nak dapatkan keuntungan besar dari permulaan perniagaan. Dapat untung bersih RM10/sebulan pun sudah cukup. Bulan depan kita pastikan ianya meningkat.. Bulan kemudian meningkat lagi..dan lagi..
Tuesday, June 15, 2010
Jun 2010! Setengah Tahun 2010 Telah Berlalu..
JUNE 2010!! Semakin bergerak cepat masa berlalu aku rasakan. Masih aku teringat waktu 1 Jan 2010 waktu aku gembira syok dapat cuti awal tahun.. umur makin meningkat naik (heheh..makin tua lah ye) dan teringat dgn misi azam tahun yang berkobar2. Nak 'maintain' berkobar2 tu yg agak payah.. Jom kita check balik. buka buku lembaran awal tahun dulu (dgn harapan tak 'hangat2 najis ayam' je.)Dapat aku rasakan perubahan hidup yg amat ketara selepas bergelar suami orang ni. dugaan kini lebih kuat. pengurusan kewangan harus/wajib lebih teratur dan sistematik. Petang tadi aku berborak dgn member aku yang dah mempunyai 2 orang anak..katanya, 'Kau nanti dah ada anak nanti taulah macam mana...' diam aku seketika. Dalam maksud tu sambil mata aku tetap memandang jalan raya, fokus dalam pemanduan. Aku suka belajar dari pengalaman orang yang lebih dulu 'makan garam' dari aku macam member aku tadi tu. Sekurang2nya aku tak leka dan 'lena'...
Planning keje full time dan part time kini aku akan susunkan kembali. Aku kena kembali cergas!! Pendapatan side income dan pasif income selain pendapatan tetap yg aku perolehi kini akan aku selidik sebelum sampai ke 3/4 untuk tahun 2010 ini...
Jom kita sama2 cergass kembali!!
Thursday, April 29, 2010
3 Bilik Di Pantai Permai Untuk Disewa! - Wanita Sahaja
3 Bilik Untuk Disewa Untuk Wanita Sahaja!Lokasi: Apartment Pantai Permai, Pantai Dalam (lokasi berhampiran Komuter, Pasar malam, Angkasapuri, Rapit KL, UM, Bangsar dan PJ)
Harga Untuk Menduduki: RM 250/sebulan atau RM 200/sebulan (bergantung pada saiz bilik) + deposit 1 bulan sewa!
Kelebihan Lain: Sekuriti 24 jam
Cepat! Siapa cepat dia dapat!
SMS saya, Syahman 019-2010107
Sunday, April 4, 2010
Bakal Untuk Disewa! Dataran Otomobil Seksyen 15 Shah Alam!


Alhamdulillah... satu lagi aset hartanah bakal jadi kenyataan..kat Dataran Otomobil Sek. 15 Shah Alam. Yang membuatkan aku tertarik dgn hartanah ni sebab lokasi yang berada di kawasan kilang disekitarnya.. banyak bank2 yang berhampiran kat jalan utama kat depan tu (Public Bank pun siap beli koner lot kat dalam kawasan ni, Pergh! gi tengok tadi, diaorang tengah renovate kasi batu bata), nak ke highway federal dan Pusat bandar Shah Alam pun dekat je.. UiTM pun tak jauh. jejalan tadi - ronda2 hari sabtu dgn bini kesayangan... aku tengok Speedmart 99 pun dah siap cat..(takde signbord lagi..tapi kaler hijau kuning belang dia aku buley agak dah)
Saturday, March 20, 2010
2010 Sudah Suku Pertama! Azam Anda?
Diam tak diam, suku pertama telah hampir tamat untuk tahun 2010 ini. Pak mertua aku yang 'sentap' aku semalam ketika dia tengok kelendar tahun ni (aku pulak tengah makan malam ketika itu). "Dah bulan 3 (Mac) dah. Aku ingat bulan 2 (Feb) lagi!" Lebih kurang macam tu lah kata-kata dia semalam...Tengah drive dari balik keje tadi, terlintas pula apa yang pak mertua aku katakan semalam.. bermakna, baki untuk tahun ini tinggal 3 suku lagi. Umur aku pulak dah nak cecah 29 untuk tahun ni (28 Jun). Azam tahun baru yang aku dah rancangkan pada awal bulan Jan 2010 apa yang dah berjalan? Aku seboleh-bolehnya taknak 'carry foward' azam tahun ini ke tahun akan datang lagi (cukuplah tahun lepas punya bawak ke tahun ni..) Aku akui yang azam aku tahun ini agak ektrim jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ni (aku cuba serapkan apa yang aku baca dalam buku ringkas Azizi Ali yang bertajuk 'Senjata Paling Berkuasa' (Nipis je buku ni, tapi best sangat!) cukup membakar semangat aku.. Biar azam kita seakan-akan fantasi tapi dalam ruang ligkup realiti..(Camne tu Man? Kongsilah dengan kami..) Ok, aku akan ceritakan..
Em..sebagai contoh (contoh diri sendiri lah senang cerita, azam aku..):
1. Nak tambah 2 kolum aset lagi rumah sewa!
2. Nak beli Perodua Alza (untuk bini aku pakai) ni..liabiliti ni! Kena fikirkan lagi..
3. Mempunyai simpanan kecemasan sebanyak 3 bulan gaji bekerja!
4. Simpanan emas dalam GSPA total sebanyak 100 gram! (takut nak simpan emas fizikal..)
5. 'Delete'kan semua Credit Card yang aku ada! (Along hahal nih kan!)
6. Sales untuk syarikat aku 'EM ES Enterprise' mesti cecah RM1000 sebulan (sekurang2nya)
'Due date' untuk semua azam aku kat atas ni mestilah 31/12/2010 jam 11:59 malam..Gila punya azam! (aku cakap sendirian lepas aku tulis kat dalam buku kira2 bulanan aku)..Sebab ada due date ini lah membuatkan aku seakan 'mengejar' masa...
Dan ini sebahagian apa yang aku dah berjaya capai untuk suku pertama 2010:
1. Alhamdulillah.. pihak bank RHB dah luluskan loan rumah baru aku (walaupun agak berat jugak nak luluskan)..baru lepas sain SNP (Lokasi Shah Alam Seksyen 15, Dataran Otomobil) Rumah dah siap. Tinggal tunggu CF.
2. Loan dah lulus untuk kereta ni..(tak jadi beli Alza, beli Persona je, sekenhen heheh!) aku takut untuk naikkan liabiliti aku buat masa ni. Takut tak tertanggung..
3. Dalam proses.. (betul, tak tipu! heheh..)
4. Baki tinggal 1g je.. (agak sukar jugak ni..)
5. Satu-satu kredit card aku dah langsaikan.. (on going la jgk ni..)
6. Yang ni sebab aku buat 'part time' tu angka RM1000 sebulan agak tinggi..tapi takpe, produk baru akan tiba di pasaran (Shower Gel dengan Gamat dan Aloe Vera untuk 400ml)..
InsyaAllah boleh kot capai... Anda bagaimana? Planning biar ektrim..dan ada 'due date'nya..
Bak kata orang, "Tak Dapat Capai Bintang Di Langit, Dapat Capai Bulan Pun OK Apa.."
Friday, March 5, 2010
Pengalamanku Tentang Pengurusan Kewangan..
2 Perkara Yang Perlu Kita Belajar Dari Pengalaman Dalam Kehidupan:1. Belajar dari pengalaman sendiri dan..
2. Belajar dari pengalaman orang lain
Betul tak?
Kesimpulannya, seharusnya kita belajar dari pengalaman sendiri dan orang lain. Hakikatnya, kita (hampir semua orang kot..) telah mengalami dari pengalaman sendiri dan melupakan tentang pengalaman orang lain (termasuk aku sendiri!) Bila kena batang idung sendiri baru tahu!
Mungkin sifat mahu mencuba (muda remaja memang macam ni kan..heheh) aku pernah terkena dengan pelaburan yang menipu, pernah terlibat dengan MLM (Multi Level Marketing) - yang ni bukan bidang aku, noktah! Sesetengah syarikat asyik tukar marketing plan! (nasihat aku, tinggal kan je syarikat macam ni!) Aku pernah tertipu dengan macam2 lagi yang melibatkan tentang wang!...sedih aku...
Akhirnya aku nekad. Aku menongkah arus.. Aku buat biz sendiri, aku buat pelaburan sendiri yang tidak langsung terlibat dengan syarikat-syarikat yang menjanjikan pulangan yang selalu mengaburi mata hati kita!
Aku dartarkan syarikat sendiri (EM ES Enterprise). Aku libatkan diri dengan pelaburan emas dan hartanah (setelah aku sedar dari blog sifu2 emas dan hartanah. Terima kasih tak terhingga!). Baru aku dapat rasakan kepuasan! Jatuh bangun bergantung pada diri sendiri..
Wang Anda, Anda Yang Tentukan...
Saturday, February 6, 2010
Lot Parking Pun Boleh Buat Duit! Maksimumkan Pendapatan Anda!

Monday, February 1, 2010
Asyik cerita 'Pasif Income' je.. Cerita 'Side Income' la pulak..



Antara Produk BeautyFrenz adalah:-
Wednesday, January 13, 2010
Bekas Penyewa Sri Ixora Ku Yang Terlampau!
Puisi Di Balik Pintu (Hampeh Betol! Jiwang Karat Tu!)Saturday, January 2, 2010
SELAMAT TAHUN BARU!
Tahun baru tiba lagi.. tahun 2009, adalah tahun yang cukup mencabar diri aku. terutamanya suku terakhir 2009. Dan tahun ni, perancangan telah ku bina, telah aku TULIS azam dan aku siapkan dengan DATELINE serta diTANDATANGANi oleh tuan yang punya badan. Kenapa aku buat macam tu? Aku nak lebih realistik. Yang boleh aku sentuh impian aku.. aku letakkan di tempat yang aku mudah baca setiap hari agar aku tak terpesong dari impian ini.. IMPIAN yang agak sukar dicapai tetapi masih dalam ruang realiti... sebab... aku kena lebih berusaha, lebih berfikiran kreatif, lebih fokus untuk mencapai impian...Mungkin agak keterlaluan jika aku katakan, anda perlu ceritakan kepada semua tentang azam dan impian anda ini! Biar semua orang tahu agar kita malu nak letak muka kalau tak capai! Keputusan muktamat, MESTI CAPAI! NOKTAH!
P/S: Mungkin agak serius post aku kali ni. Emosional sikit. heh!
Sunday, November 15, 2009
Selesai Sudah Majlis Perkahwinanku..

Monday, October 12, 2009
Majlis Perkahwinanku...


Tuesday, September 15, 2009
Bagaimana & Kenapa Aku Berminat Dengan Hartanah?
Aku membesar seperti rakan-rakan ku yang lain. Cuma, aku agak pengecut sedikit jika diajak bergaduh (bebudak..biaselah, sikit2 je dah nak gaduh) walaupun tubuh aku agak gempal. Tinggal bersama arwah mak dan arwah abah kat perkampungan setinggan kat Kg. Pasir Dalam (sekarang dah takde dah. dah jadi highway NPE).Kenapa aku cerita masa aku kecik-kecik nih? Nak raih simpati ke? Sebenarnya, point yang aku nak cerita kat sini akan aku ceritakan sekejap lagi (sabo lee bro..) Masa kami sekeluarga tinggal kat perkampungan setinggan lagi arwah kedua2 mak dan abah aku dah menunjukkan sifat usahawan kepada anak2nya.. duduk kat setinggan tapi belakang rumah ada rumah sewa...Membuka minda aku berfikir..kenapa diaorang minat nak buat rumah sewa sekalipun atas tanah setinggan? Bukan sebuah, tapi 2 buah!!
Dalam masa yang sama, mereka bina 2 buah lagi rumah sewa di tanah lot di Puchong..Jumlah total semuanya 4 buah! Walaupun kini hanya 2 buah peninggalan rumah sewa pusaka di tanah lot di Puchong - sebab di Kg. Pasir Dalam dah di ambil kerajaan buat Highway, kami adik beradik amat2 bersyukur..dan kini aku selaku abang yang sulung menyambung untuk menguruskan harta rumah sewa peninggalan mereka...(Lihat, boleh diwariskan! mereka 'pergi' dan meninggalkan 'perniagaan' kukuh untuk anak2 mereka) Alhamdulillah.. keuntungan dari rumah sewa di tanah lot Puchong ini, bahagi sama rata dengan adik-beradik aku..
Setelah mereka pergi..aku mula memaksa diri aku untuk meminati bidang ini..terus terang aku cakap..aku tak berminat langsung bidang hartanah ni pada awalnya. bila tanggungjawab ini telah berpindah kepada aku..aku cuba melembutkan diri untuk menerima dan mempelajari bidang ini sedalam-dalamnya..Baru fikiran aku terbuka! MasyaAllah, aku amat2 teruja! satu bidang yang amat menguntungkan! (jika kena akan caranya)
Bertitik mula itulah aku membeli rumah apartment medium kos kat Seksyen 27, Shah Alam (boleh lihat post aku sebelum ini) dan aku sewakan juga.. walaupun kini tak break even dari segi keuntungan vs installment bank..tapi ianya satu permulaan yang baik bagi aku. Mengenal dunia 'Land Lord'...
Aku amat cemburu dengan rakan2 aku, mereka semua majoritinya mempunyai saiz sereta yang lebih besar dan jauh lebih mahal. Aku pula.. ni gambarnya kat bawah...

Si Kelisa Silver yang comel dengan box kat atasnya-untuk menampung bonet yang kecil (850cc tu beb! versi kelisa yang paling murah!)..heheh.. Takpelah..harga kereta susut nilai yang amat tinggi..biarlah aku dengan kelisa ku..selagi belum ada keperluan untuk aku menggunakan kereta yang lebih besar, aku cuba taknak tukar. Azam aku, nak tambahkan kolum aset yang memberikan keuntungan masa depan...
Wednesday, August 19, 2009
Positif Atau Negatif Cash Flow Dari Sewa Rumah?
Monday, August 10, 2009
EMAS... (Pasif Income Jugak Beb!)

