Tuesday, September 15, 2009

Bagaimana & Kenapa Aku Berminat Dengan Hartanah?

Aku membesar seperti rakan-rakan ku yang lain. Cuma, aku agak pengecut sedikit jika diajak bergaduh (bebudak..biaselah, sikit2 je dah nak gaduh) walaupun tubuh aku agak gempal. Tinggal bersama arwah mak dan arwah abah kat perkampungan setinggan kat Kg. Pasir Dalam (sekarang dah takde dah. dah jadi highway NPE).





Kenapa aku cerita masa aku kecik-kecik nih? Nak raih simpati ke? Sebenarnya, point yang aku nak cerita kat sini akan aku ceritakan sekejap lagi (sabo lee bro..) Masa kami sekeluarga tinggal kat perkampungan setinggan lagi arwah kedua2 mak dan abah aku dah menunjukkan sifat usahawan kepada anak2nya.. duduk kat setinggan tapi belakang rumah ada rumah sewa...Membuka minda aku berfikir..kenapa diaorang minat nak buat rumah sewa sekalipun atas tanah setinggan? Bukan sebuah, tapi 2 buah!!





Dalam masa yang sama, mereka bina 2 buah lagi rumah sewa di tanah lot di Puchong..Jumlah total semuanya 4 buah! Walaupun kini hanya 2 buah peninggalan rumah sewa pusaka di tanah lot di Puchong - sebab di Kg. Pasir Dalam dah di ambil kerajaan buat Highway, kami adik beradik amat2 bersyukur..dan kini aku selaku abang yang sulung menyambung untuk menguruskan harta rumah sewa peninggalan mereka...(Lihat, boleh diwariskan! mereka 'pergi' dan meninggalkan 'perniagaan' kukuh untuk anak2 mereka) Alhamdulillah.. keuntungan dari rumah sewa di tanah lot Puchong ini, bahagi sama rata dengan adik-beradik aku..





Setelah mereka pergi..aku mula memaksa diri aku untuk meminati bidang ini..terus terang aku cakap..aku tak berminat langsung bidang hartanah ni pada awalnya. bila tanggungjawab ini telah berpindah kepada aku..aku cuba melembutkan diri untuk menerima dan mempelajari bidang ini sedalam-dalamnya..Baru fikiran aku terbuka! MasyaAllah, aku amat2 teruja! satu bidang yang amat menguntungkan! (jika kena akan caranya)





Bertitik mula itulah aku membeli rumah apartment medium kos kat Seksyen 27, Shah Alam (boleh lihat post aku sebelum ini) dan aku sewakan juga.. walaupun kini tak break even dari segi keuntungan vs installment bank..tapi ianya satu permulaan yang baik bagi aku. Mengenal dunia 'Land Lord'...

Aku amat cemburu dengan rakan2 aku, mereka semua majoritinya mempunyai saiz sereta yang lebih besar dan jauh lebih mahal. Aku pula.. ni gambarnya kat bawah...


Si Kelisa Silver yang comel dengan box kat atasnya-untuk menampung bonet yang kecil (850cc tu beb! versi kelisa yang paling murah!)..heheh.. Takpelah..harga kereta susut nilai yang amat tinggi..biarlah aku dengan kelisa ku..selagi belum ada keperluan untuk aku menggunakan kereta yang lebih besar, aku cuba taknak tukar. Azam aku, nak tambahkan kolum aset yang memberikan keuntungan masa depan...

10 comments:

PG said...

Salam Ziarah.
Tahnaih tuan.Saya amat tertarik dgn semangat tuan.

pak wan said...

kiut ketanye....

biarle keta kecik duit ade hati tenang.. dr keta besor pokai sokmo :)

Mohammad Syahman bin Abu Hasan said...

Terima kasih memberikan semangat.

Rohaniah Noor said...

apa guna kereta besar dan mahal kalau rumah sebijik pun takde...
yg penting kereta tu bole bawa kita dan barang dari tempat A ke tempat B.
anyway, tahniah kerana sekurg2nya dpt peluang mewarisi hartanah

Mohammad Syahman bin Abu Hasan said...

Betul2. Cuma bagi pendapat saya, berkereta besar untuk keluarga besar dan untuk 'marketing' kepada businessman. Maksudnya membantu untuk meyakinkan client dengan perniagaan kita. Jika luar dari skop itu, emm..kena fikir dua tiga kali..

Emm, atas sebab ianya boleh diwarisi dan secure untuk untuk diwarisi jua lah saya terus dalam bidang hartanah ini :-)

treec00l said...

ade xtra modal, buat la rumah bertingkat2 kat puchong tu. mcm area kg baru, byk yg buat camtu.

untung berganda-ganda.

kalo nak low risk, mungkin tunggu sampai LRT baru siap :D

tahniah kawan, dapat inherit good deal (with big potential)

Alhamdulillah, murah rezki :)

Unknown said...

salam sahabat :-)

ada harta, jiwa tak tenang, tak guna jugak kan?

yg penting jiwa tenang & dapat rezki yg halal :-)

www.tuanbri.com said...

weh...mana nak dapat box kat atas tu?
berapa harga? aku pun nak letak satu lah...senang nak letak barang utk satu solution....nak buat OPS masuk atau repair rumah lelong..?

yg tu bukan Thule kan?
Mari kita ramai-ramai mempasifkan income kita..

Perunding hartanah lelong
www.tuanbri.com

Mohammad Syahman bin Abu Hasan said...

For:-

Treec001: Terima kasih. Ada plan jgk nak kasik naik 2 tingkat. Tp, base nya tak kuat nak naikkan 2 tingkat. kalo nak, kena runtuhkan yang lama buat base baru. takut mendap. kos le pulak.. insyaAllah akan datang time ada rezeki lebih..

Nanan: Betul2 aku setuju. Walau macam mana pun kita berusaha, pada Allah jgn dilupa. kita berpijak pada bumi yang Maha Esa.. Kewajipan berzakat wajib diutamakan.. :-)

Tuan Bri: Weh, berminat Bri? Aku sambor kat Brothers kat puchong. Siap pasang dengan kaki semua dalam RM800 lebih. Kira orait lee bagi aku yang sebelum ni dok teringin nak kereta baru yang ada bonet. Skang ni dah takde dah..dah kira ada bonet kat atas kereta heheh..

Mohammad Syahman bin Abu Hasan said...

Allamak luppa lakk..haah bri, tu bukan Thule. yang tu brand Apexi.. tak tau le tahan ke idak. tapi dekat setahun aku pakai cantek lagi. mungkin jgk parking bawah garag. saiz tu max boleh isi dalam 50kg. ok le untuk aku bawak kain baju balik kampung..