Thursday, April 29, 2010

3 Bilik Di Pantai Permai Untuk Disewa! - Wanita Sahaja

3 Bilik Untuk Disewa Untuk Wanita Sahaja!

Lokasi: Apartment Pantai Permai, Pantai Dalam (lokasi berhampiran Komuter, Pasar malam, Angkasapuri, Rapit KL, UM, Bangsar dan PJ)

Harga Untuk Menduduki: RM 250/sebulan atau RM 200/sebulan (bergantung pada saiz bilik) + deposit 1 bulan sewa!

Kelebihan Lain: Sekuriti 24 jam

Cepat! Siapa cepat dia dapat!
SMS saya, Syahman 019-2010107

Sunday, April 4, 2010

Bakal Untuk Disewa! Dataran Otomobil Seksyen 15 Shah Alam!



Alhamdulillah... satu lagi aset hartanah bakal jadi kenyataan..kat Dataran Otomobil Sek. 15 Shah Alam. Yang membuatkan aku tertarik dgn hartanah ni sebab lokasi yang berada di kawasan kilang disekitarnya.. banyak bank2 yang berhampiran kat jalan utama kat depan tu (Public Bank pun siap beli koner lot kat dalam kawasan ni, Pergh! gi tengok tadi, diaorang tengah renovate kasi batu bata), nak ke highway federal dan Pusat bandar Shah Alam pun dekat je.. UiTM pun tak jauh. jejalan tadi - ronda2 hari sabtu dgn bini kesayangan... aku tengok Speedmart 99 pun dah siap cat..(takde signbord lagi..tapi kaler hijau kuning belang dia aku buley agak dah)
FYI, kat sini semuanya ada 3 fasa. fasa 1 dah dapat CF (fasa 1 ni semuanya unit kedai dan pejabat je). Fasa 2 dalam proses dapatkan CF (sebahagian seperti fasa 1 dan sebahagiannya pula unit kedai dan apartment). yang tang rumah aku pulak fasa 3 (semua lot kedai dan apartment..CF kena que sebab nak kena tunggu fasa 2 settle...) yang ni yang membuatkan aku kena banyak bersabar.. developer pun tak tau lagi masa semua tu boleh selesai kan CF (pergh..lambat giler proses CF ni ye!)
Market value untuk disewa kat kawasan ni lebih kurang RM800/sebulan. Kira boleh tahan la jugak (yang penting kasi lepas installment bulanan dan maintainance RM50/sebulan).. kalo kasi furnish mesti boley kasi up lagi ni... CF dah dapat nanti, kasi pasang grill, kipas lampu dulu.. pastu, jeng jeng jeng..kasi sewalah heheh.. (ingat..3 bulan reserve duit kalo takde penyewa - sebagai 'payung sebelum hujan')
P/S: PELABURAN PENTING..TAPI SETIAP PELABURAN, MESTI ADA BACK UP SEKURANG2NYA 3 BULAN.. JANGAN SAMPAI...
'Yang Dikejar Tak Dapat, Yang Dikendong Berciciran'

Saturday, March 20, 2010

2010 Sudah Suku Pertama! Azam Anda?

Diam tak diam, suku pertama telah hampir tamat untuk tahun 2010 ini. Pak mertua aku yang 'sentap' aku semalam ketika dia tengok kelendar tahun ni (aku pulak tengah makan malam ketika itu). "Dah bulan 3 (Mac) dah. Aku ingat bulan 2 (Feb) lagi!" Lebih kurang macam tu lah kata-kata dia semalam...

Tengah drive dari balik keje tadi, terlintas pula apa yang pak mertua aku katakan semalam.. bermakna, baki untuk tahun ini tinggal 3 suku lagi. Umur aku pulak dah nak cecah 29 untuk tahun ni (28 Jun). Azam tahun baru yang aku dah rancangkan pada awal bulan Jan 2010 apa yang dah berjalan? Aku seboleh-bolehnya taknak 'carry foward' azam tahun ini ke tahun akan datang lagi (cukuplah tahun lepas punya bawak ke tahun ni..) Aku akui yang azam aku tahun ini agak ektrim jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ni (aku cuba serapkan apa yang aku baca dalam buku ringkas Azizi Ali yang bertajuk 'Senjata Paling Berkuasa' (Nipis je buku ni, tapi best sangat!) cukup membakar semangat aku.. Biar azam kita seakan-akan fantasi tapi dalam ruang ligkup realiti..(Camne tu Man? Kongsilah dengan kami..) Ok, aku akan ceritakan..

Em..sebagai contoh (contoh diri sendiri lah senang cerita, azam aku..):

1. Nak tambah 2 kolum aset lagi rumah sewa!
2. Nak beli Perodua Alza (untuk bini aku pakai) ni..liabiliti ni! Kena fikirkan lagi..
3. Mempunyai simpanan kecemasan sebanyak 3 bulan gaji bekerja!
4. Simpanan emas dalam GSPA total sebanyak 100 gram! (takut nak simpan emas fizikal..)
5. 'Delete'kan semua Credit Card yang aku ada! (Along hahal nih kan!)
6. Sales untuk syarikat aku 'EM ES Enterprise' mesti cecah RM1000 sebulan (sekurang2nya)

'Due date' untuk semua azam aku kat atas ni mestilah 31/12/2010 jam 11:59 malam..Gila punya azam! (aku cakap sendirian lepas aku tulis kat dalam buku kira2 bulanan aku)..Sebab ada due date ini lah membuatkan aku seakan 'mengejar' masa...

Dan ini sebahagian apa yang aku dah berjaya capai untuk suku pertama 2010:

1. Alhamdulillah.. pihak bank RHB dah luluskan loan rumah baru aku (walaupun agak berat jugak nak luluskan)..baru lepas sain SNP (Lokasi Shah Alam Seksyen 15, Dataran Otomobil) Rumah dah siap. Tinggal tunggu CF.
2. Loan dah lulus untuk kereta ni..(tak jadi beli Alza, beli Persona je, sekenhen heheh!) aku takut untuk naikkan liabiliti aku buat masa ni. Takut tak tertanggung..
3. Dalam proses.. (betul, tak tipu! heheh..)
4. Baki tinggal 1g je.. (agak sukar jugak ni..)
5. Satu-satu kredit card aku dah langsaikan.. (on going la jgk ni..)
6. Yang ni sebab aku buat 'part time' tu angka RM1000 sebulan agak tinggi..tapi takpe, produk baru akan tiba di pasaran (Shower Gel dengan Gamat dan Aloe Vera untuk 400ml)..

InsyaAllah boleh kot capai... Anda bagaimana? Planning biar ektrim..dan ada 'due date'nya..

Bak kata orang, "Tak Dapat Capai Bintang Di Langit, Dapat Capai Bulan Pun OK Apa.."

Friday, March 5, 2010

Pengalamanku Tentang Pengurusan Kewangan..

2 Perkara Yang Perlu Kita Belajar Dari Pengalaman Dalam Kehidupan:
1. Belajar dari pengalaman sendiri dan..
2. Belajar dari pengalaman orang lain

Betul tak?

Kesimpulannya, seharusnya kita belajar dari pengalaman sendiri dan orang lain. Hakikatnya, kita (hampir semua orang kot..) telah mengalami dari pengalaman sendiri dan melupakan tentang pengalaman orang lain (termasuk aku sendiri!) Bila kena batang idung sendiri baru tahu!
Mungkin sifat mahu mencuba (muda remaja memang macam ni kan..heheh) aku pernah terkena dengan pelaburan yang menipu, pernah terlibat dengan MLM (Multi Level Marketing) - yang ni bukan bidang aku, noktah! Sesetengah syarikat asyik tukar marketing plan! (nasihat aku, tinggal kan je syarikat macam ni!) Aku pernah tertipu dengan macam2 lagi yang melibatkan tentang wang!...sedih aku...

Akhirnya aku nekad. Aku menongkah arus.. Aku buat biz sendiri, aku buat pelaburan sendiri yang tidak langsung terlibat dengan syarikat-syarikat yang menjanjikan pulangan yang selalu mengaburi mata hati kita!

Aku dartarkan syarikat sendiri (EM ES Enterprise). Aku libatkan diri dengan pelaburan emas dan hartanah (setelah aku sedar dari blog sifu2 emas dan hartanah. Terima kasih tak terhingga!). Baru aku dapat rasakan kepuasan! Jatuh bangun bergantung pada diri sendiri..

Wang Anda, Anda Yang Tentukan...

Saturday, February 6, 2010

Lot Parking Pun Boleh Buat Duit! Maksimumkan Pendapatan Anda!


Pelbagai cara sebenarnya untuk kita memperolehi pendapatan dari sewa rumah ini.. dan antaranya ialah, lot parking kereta persendirian (untuk makluman, hanya jenis 1 unit rumah untuk 1 lot parking kereta sahaja yang boleh lakukan cara ini dan biasanya unit apartment medium kos keatas)..
Alhamdulillah, rezeki Allah beri ni kadang-kadang kita tak sangka.. pada tarikh 31/01/2010 tempoh hari, aku dapat panggilan dari jiran rumah sewa aku di Sri Ixora.. Katanya, "Assalamualaikum, ni Syahman kan? yang sewakan rumah sewa kat student SJMC haritu? Ada jiran kita tanya tentang parking lot kereta. Dia nak sewa sebab dia ada 2 buah kereta"...Emmm..lebih kurang macam tu le bunyinya.. Sudah tentu ini adalah berita gembira bagi aku...setelah sekian lama aku mencari...
Tak lama aku tunggu, orang yang berminat nak sewa parking lot aku tu kol.. bincang punya bincang berselangselikan dengan tawar-menawar..Alhamdulillah harga sewa telah dipersetujui.. RM55.oo sebulan... Aku amat2 bersyukur kehadrat Allah yang Maha Pemberi Rezeki...Bertambahlah 'Pasif Income' dari rumah Sri Ixora ini...

Monday, February 1, 2010

Asyik cerita 'Pasif Income' je.. Cerita 'Side Income' la pulak..




Selama ini aku rasa asyik cerita tentang 'Pasif Income' je kan...Baru aku terfikir, tajuk blog aku kan - Bicara Tentang 'Pasif Income' & 'Side Income'.. tapi nape takde cerita pun tentang 'Side Income'? Ok...pertamanya pengertian 'Side Income' itu sendiri, bagi pendapat peribadi aku.. 'Side Income' ataupun dalam Bahasa Melayunya adalah 'Pendapatan Sampingan'. Bermakna, pendapatan yang memberikan keuntungan secara sampingan disamping kita mempunyai pendapatan utama ataupun 'Main Income'...


Pendapat aku la kan... kehidupan ini seharusnya mempunyai 3 jenis pendapatan iaitu:-


1. 'Main Income' ataupun Pendapatan Utama

2. 'Side Income' ataupun Pendapatan Sampingan

3. 'Pasif Income' ataupun Pendapatan Perlahan yang Berterusan


Tapi post aku kali ni aku lebih nak berkongsikan 'Side Income' aku yang telah aku lakukan lebih kurang 2 tahun yang lepas..Iaitu produk Kosmetik dan Body Care... Alhamdulillah, ini adalah produk dari syarikat aku sendiri yang mana, aku berhak menentukan harga dan kandungan yang aku inginkan dan Alhamdulillah...produk ini telah memdapat sijil dari pihak PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia) semestinya adalah produk halal!


BeautyFrenz adalah jenama produk dan EM ES Enterprise adalah syarikat aku yang aku mestikan produk dari jenama ini mempunyai kandungan Extrak dari GAMAT. Alhamdulillah..sambutannya amat menggalakkan.. sehinggakan aku terpaksa mencari agen yang berminat untuk memasarkan produk ini..dan ia termasuklah anda yang sedang membaca...dan sudah semestinya harga untuk agen amat istimewa..


Antara Produk BeautyFrenz adalah:-

1. Lipstick Magic Colour - warna berubah mengikut warna darah anda

2. Lipbalm - pelembab bibir terutama bibir yang bermasaalah

3. Shower Gel (Floral Moist) - buih mandian

4. Shower Gel (Aqua) - buih mandian


InsyaAllah..produk akan terus bertambah akan datang nanti..

Anda berminat untuk menjana pendapatan dengan menjadi agen kami?

Sila hubungi/sms saya 019-2010107


Wednesday, January 13, 2010

Bekas Penyewa Sri Ixora Ku Yang Terlampau!

Puisi Di Balik Pintu (Hampeh Betol! Jiwang Karat Tu!)

Bagai Bilik Pemujaan (Sebijik macam filem kat wayang! Bikin Gua Panasss Beb!)

Salam pembaca blogku semua....
Suka aku berkongsi tentang pengalaman (tak kira la pengalaman tu syok ke hampeh!) sekadar untuk pengajaran dan pembelajaran kita bersama... Jika anda perhatikan gambar2 kat atas tu, adalah gambar rumah sewa aku kat Sri Ixora, Sek. 27 Shah Alam. Pelbagai perasaan aku rasa..Marah, Geram, Seram, Kelakar dan Gembira pun ada..
Semestinya Marah dan Geram sebab apa yang telah mereka lakukan terhadap rumah sewa aku ni.. diaorang buat macam 'Bilik Mari Mewarna' (Punyalah banyak buku 'Mari Mewarna' kat pasaran, dinding rumah aku pun korang ketagih!). Yang buat aku Kelakar dan tergelak pulak, di balik pintu bilik Master Room ada selengkap puisi yang sadis! (Tak pepaham aku ayat dia, bahasa seberang heh!) Layan gak aku buat kali terakhir sebelum aku lapis dengan cat ungu yang baru aku beli (Hampir keseluruhan rumah aku Kaler dengan cat warna ni..)
Dalam Marah, Geram, dan kelakar... tetap ada gembira bagi Tuan Rumah seperti aku (mmm...rumah sikit punya teruk pun boleh senyum?) Anda pasti akan tertanya2 kan? Aku gembira sebab ini adalah perkara yang aku pasti hadapi sebagai Tuan Rumah, jadi semestinya aku kena bersedia dari awal..seawal sebelum penyewa masuk rumah lagi....iaitu deposit rumah 2 bulan.. (RM650 x 2 bulan = RM1,300!) terus ke saku aku.. Korang bayangkan, yang cat rumah aku dengan bini aku, yang tukar tombol pintu adalah aku, yang repair pintu jugak aku..So, aku gajikan lah untuk aku sendiri heheh!!
Penyewa yang 'sadis' ni telah aku halau. Rumah lebih cantik (aku mainkan 2 warna dengan cat lama) telah siap aku sediakan untuk penyewa baru aku (Aweks2 dari SJMC huhuu..)..dengan sewa yang lebih RM200 dari penyewa lama! Macam mana la aku tak senyum sampai kat telinga! Walau apa pun...Syukur pada yang 'Pemberi'..Alhamdulillah..(Orang tua2 kata, rezeki lepas kahwen!)

Saturday, January 2, 2010

SELAMAT TAHUN BARU!

Tahun baru tiba lagi.. tahun 2009, adalah tahun yang cukup mencabar diri aku. terutamanya suku terakhir 2009. Dan tahun ni, perancangan telah ku bina, telah aku TULIS azam dan aku siapkan dengan DATELINE serta diTANDATANGANi oleh tuan yang punya badan. Kenapa aku buat macam tu? Aku nak lebih realistik. Yang boleh aku sentuh impian aku.. aku letakkan di tempat yang aku mudah baca setiap hari agar aku tak terpesong dari impian ini.. IMPIAN yang agak sukar dicapai tetapi masih dalam ruang realiti... sebab... aku kena lebih berusaha, lebih berfikiran kreatif, lebih fokus untuk mencapai impian...

Mungkin agak keterlaluan jika aku katakan, anda perlu ceritakan kepada semua tentang azam dan impian anda ini! Biar semua orang tahu agar kita malu nak letak muka kalau tak capai! Keputusan muktamat, MESTI CAPAI! NOKTAH!

P/S: Mungkin agak serius post aku kali ni. Emosional sikit. heh!


Sunday, November 15, 2009

Selesai Sudah Majlis Perkahwinanku..


Alhamdulillah Syukur Ku Tak Terhingga kehadrat Allah yang Maha Esa. Selesai sudah majlis perkahwinanku dengan pilihan ku sendiri.. (Cinta pandang pertama ni tau..panjang kisahnya heheh) dan kini kehidupanku dah berbeza dari hidup bujang dulu...segalanya berdua, pandapat dan cadangan kongsi bersama.
Sekarang ni aku cuba untuk 'Refresh" kembali dengan planning yang telah aku rangcangkan sebelum aku berkahwin..Lama betul aku 'berehat' setelah bernikah ni. Aku nak bangun balik dan cuba capai saki-baki impian aku yang belum terlunas sebelum tiba tahun 2010 nanti (dekat sangat ni bro..) sambil planning untuk azam baru ni. Ada jugak yang aku tak dapat nak capai azam tahun ni...sedih pun ada gak...terpaksa bawak ke tahun depan... Syahman, bangun!! ada sebulan lagi baki tahun ni! Berusaha, Ikhtiar dan Tawakal insyaAllah dapat!!
InsyaAllah,,aku akan kongsikan azam dan planning tahun 2009 dan 2010 untuk blog post akan datang bersama anda semua...mana tau boleh sama2 mencuba...

Monday, October 12, 2009

Majlis Perkahwinanku...



Alhamdulillah....

Kini sudah tiba masanya untuk aku untuk menamatkan zaman bujangku dengan penuh rela (ish..ayat...heheh) setelah agak lama aku berusaha mencari buah hati yang aku idamkan... Alhamdulillah, Allah pertemukan kami (Cinta pandang pertama tau..) Aku akui yang perkahwinan merupakan satu perkara yang menelan belanja agak besar. Ialah, takkan nak membujang sampai tua kan...
Sebelum aku berbicara lebih lanjut, aku menjemput kepada rakan-rakan blog untuk menghadirkan diri ke majlis perkahwinan aku ni nanti pada:
*Tarikh: (01/11/2009) bersamaan hari Ahad 13 Zulkaedah 1430 Hijrah...
*Lokasi: Rumah pengantin lelaki @ aku yang beralamat...
488, Lorong 7, Jln. Jurutera,
Kg. Sri Puchong,
47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan
*Ketibaan pengantin: 12.00 tgh hari
*Menu: Ala-ala kampung gitu...
Ok. Jom kita sambung dengan apa yang aku fikirkan (planning lepas kahwin) ...mari kita fikir dari sudut positif dari setiap perkahwinan..(ramai yang masih mengaggap majlis perkahwinan menelan belanja besar - habis duit simpanan dan pelaburan- kira negetif lah kan..) Jika anda berfikiran begini, anda betul! Tapi apa kata kita sambung fikir kita ke masa depan sikit... anda akan perhatikan antara kelebihan yang bakal anda perolehi:-
Pertama: Mempunyai peluang pinjaman yang lebih cerah. Aku lebih fokuskan pada pinjaman bank untuk perumahan (sebab aku dalam bidang ini). Terutamanya kepada bakal isteri kita yang bekerja. Kenapa? Ramai antara kita dah tahu, tapi kekadang terlepas pandang. Pihak bank akan lebih mudah untuk meluluskan pinjaman jika kita gabungkan pendapatan suami dan isteri. Bila lulus dan dapat rumah- kita sewakan. Buat TA (Tenancy Agreement) dengan penyewa untuk kita meneruskan pinjaman perumahan ke-2 (penting! bank nak tengok yang ni siap dengan mati stem). Syok apa...aku tak pasti lak berapa banyak kali bulleh buat camni. Tapi aku pernah borak dengan pihak RHB bank.. ada orang buat cenggini sampai lebih 10 buah rumah.. Menarik kan...
Kedua: Menambahkan simpanan bulanan dari income suami isteri. Haaa.. yang ini kita kena bincang bersama terutamanya di awal perkahwinan. Jom kita fikir.. bayangkan, suami mempunyai gaji bersih sebanyak RM2500 sebulan. Isteri pula RM1000 sebulan. Total RM3500 sebulan! Banyak tu! Istiqamahkan diri kita untuk menyimpan 10% sebulan (Minima). Bermakna, RM350 sebulan atau RM4,200 setahun atau RM21,000 untuk 5 tahun (Banyak tu!). Tu tak kira kalau kita buat simpanan dalam akaun yang memberikan pulangan 7% setahun atau 10% setahun atau 15% setahun! Akan berlipat-lipat-lipat kali gandalah kewangan kita...
Boleh buat deposit beli rumah untuk disewakan lagi...menambahkan pasif income anda...
Tu antara sebahagian pendapat aku untuk planning selepas perkahwinan. Tentu sekali anda mempunyai cetusan idea yang lebih bernas untuk dikongsi bersama...
Jom pakat sama-sama turunkan idea dan komen kat bawah.(Sambungkan untuk idea Ketiga...)

Tuesday, September 15, 2009

Bagaimana & Kenapa Aku Berminat Dengan Hartanah?

Aku membesar seperti rakan-rakan ku yang lain. Cuma, aku agak pengecut sedikit jika diajak bergaduh (bebudak..biaselah, sikit2 je dah nak gaduh) walaupun tubuh aku agak gempal. Tinggal bersama arwah mak dan arwah abah kat perkampungan setinggan kat Kg. Pasir Dalam (sekarang dah takde dah. dah jadi highway NPE).





Kenapa aku cerita masa aku kecik-kecik nih? Nak raih simpati ke? Sebenarnya, point yang aku nak cerita kat sini akan aku ceritakan sekejap lagi (sabo lee bro..) Masa kami sekeluarga tinggal kat perkampungan setinggan lagi arwah kedua2 mak dan abah aku dah menunjukkan sifat usahawan kepada anak2nya.. duduk kat setinggan tapi belakang rumah ada rumah sewa...Membuka minda aku berfikir..kenapa diaorang minat nak buat rumah sewa sekalipun atas tanah setinggan? Bukan sebuah, tapi 2 buah!!





Dalam masa yang sama, mereka bina 2 buah lagi rumah sewa di tanah lot di Puchong..Jumlah total semuanya 4 buah! Walaupun kini hanya 2 buah peninggalan rumah sewa pusaka di tanah lot di Puchong - sebab di Kg. Pasir Dalam dah di ambil kerajaan buat Highway, kami adik beradik amat2 bersyukur..dan kini aku selaku abang yang sulung menyambung untuk menguruskan harta rumah sewa peninggalan mereka...(Lihat, boleh diwariskan! mereka 'pergi' dan meninggalkan 'perniagaan' kukuh untuk anak2 mereka) Alhamdulillah.. keuntungan dari rumah sewa di tanah lot Puchong ini, bahagi sama rata dengan adik-beradik aku..





Setelah mereka pergi..aku mula memaksa diri aku untuk meminati bidang ini..terus terang aku cakap..aku tak berminat langsung bidang hartanah ni pada awalnya. bila tanggungjawab ini telah berpindah kepada aku..aku cuba melembutkan diri untuk menerima dan mempelajari bidang ini sedalam-dalamnya..Baru fikiran aku terbuka! MasyaAllah, aku amat2 teruja! satu bidang yang amat menguntungkan! (jika kena akan caranya)





Bertitik mula itulah aku membeli rumah apartment medium kos kat Seksyen 27, Shah Alam (boleh lihat post aku sebelum ini) dan aku sewakan juga.. walaupun kini tak break even dari segi keuntungan vs installment bank..tapi ianya satu permulaan yang baik bagi aku. Mengenal dunia 'Land Lord'...

Aku amat cemburu dengan rakan2 aku, mereka semua majoritinya mempunyai saiz sereta yang lebih besar dan jauh lebih mahal. Aku pula.. ni gambarnya kat bawah...


Si Kelisa Silver yang comel dengan box kat atasnya-untuk menampung bonet yang kecil (850cc tu beb! versi kelisa yang paling murah!)..heheh.. Takpelah..harga kereta susut nilai yang amat tinggi..biarlah aku dengan kelisa ku..selagi belum ada keperluan untuk aku menggunakan kereta yang lebih besar, aku cuba taknak tukar. Azam aku, nak tambahkan kolum aset yang memberikan keuntungan masa depan...

Wednesday, August 19, 2009

Positif Atau Negatif Cash Flow Dari Sewa Rumah?


Emm..macam ni lah rupa main entrance rumah sewa aku kat Seksyen 27 Shah Alam. Sekadar untuk berkongsi untuk blog post aku kali ni.. Tajuk kita pada hari ini...(macam cikgu pulak hehe!) "Positif Atau Negatif Cash Flow Dari Sewa Rumah?"
Semalam (18/08/2009) aku buat pembayaran maintainance bulan Ogos untuk rumah ni..boleh tahan gak.. lagi mahal harga rumah (terutamanya jenis Apartment) maka lagi mahallah yuran maintaincenya.. rumah ni adalah jenis Medium Kos.. Total maintainance bulanan adalah RM93.50...Jom kita kira adakah Positif atau Negatif Cash Flow dari rumah ini....
Sewa Rumah RM650.00 sebulan
Installment bank RM598.00 sebulan
Maintainance RM 93.50 sebulan
Total (RM 41.50 sebulan) Negatif!
Hehe...(gelak pulak) memang aku akui yang balace adalah negatif. Tahun ni adalah tahun negatif cash flow aku untuk rumah ni. Bila ekonomi global bermasaalah, penyewa sebelum ni berpindah. Pada hal, sewa bulanan sebelum ni adalah lebih sedikit iaitu RM700 (kira break even lah jugakkan) market sewaan kat apartment tempat tu menurun ke RM650.. Ni lah namanya perniagaan. Ada naik dan turunnya..Tapi takpelah..aku yakin tahun depan ekonomi akan kembali ok (agaknya kot!) boleh aku naikkan sewaan untuk Tenancy Agreement tahun depan nanti..
Diam tak diam..dah setahun aku 'jaga' rumah sewa yang ini. Lagi 4 tahun aku perlu bertahan.. Kenapa 4 tahun? Kepada yang terlibat dalam bidang ini, pasti dah boleh agak apa maksud yang ingin sampaikan... Wokey, bersambung untuk posting akan datang..dah magrib ni..Jom solat. Tak elok melewat-lewatkan...


Monday, August 10, 2009

EMAS... (Pasif Income Jugak Beb!)


Mungkin ada yang tertanya-tanya tentang blog post aku yang terakhir sebelum ini..."Apa mimpi mamat ni letak post harga emas untuk 10 tahun lalu?"
Hhehe..bukan apa, sebenarnya aku baru je berjinak-jinak dengan emas..untuk permulaan, aku mulakan dengan pembukaan GSPA atau nama penuhnya "Gold Saving Passbook Account" kat Maybank. Sikit je aku masuk..saje.. Pepatah Cina kata "Mulakan dengan langkah pertama" (lebih kuranglee ayat dia)..
Aku berangan dari dulu lagi nak melibatkan diri dengan pelaburan emas...bila ada duit lebih je hati aku terdetik...alaaa, dapat duit yang lain kali lah baru joint..La ni,,tak tunggu lama terus je aku joint.. Bila dah joint, barulah aku mula belajar tentang 'Logam Kuning Berkilau' ni.. macam2 cara rupanya nak memaksimumkan keuntungan (Korang buley masuk blog sifu emas kat sebelah tu..)
Setalah aku study tentang produk emas yang ada di pasaran skang ni, barulah aku tau..aku termasuk jalan yang 'belum cukup maksimum' kata orang.. Tapi takpe lahkan...still boleh untung tinggi lagi...emas...korang taulahkan...keuntungan 20-30% setahun beb! Kalo aku tak mula..sampai skang ni aku masih tak tau..heheh! So, kepada ada simpanan lebey..jangan tunggu..jom joint pelaburan emas (ooooppp..sebelum tu jangan luppa baca blog sifu emas duluuuu!) Jom chalo..!

Wednesday, July 22, 2009

Irfan Khairi- Wang Dan Anda 1


Entah berapa kali aku ulang audio CD ni kat dalam kereta aku. Saja aku ulang dan ulang...untuk nak lebih pemahaman. Kepada yang merasakan pengurusan kewangannya habis bila cukup bulan dapat gaji, aku sarankan dengar CD ni. Menarik! Beli lagi baik (bukan tolong promosikan tau. Boleh ulang tang bab track-6 dan 7) Ilmu pengurusan kewangan dalam ni membuatkan aku minat nak dengar...Jika sebelum ini, bila sebut Irfan Khairi...kita tergambar yang dia menjadi jutawan dengan perniagaan internet. Tapi dalam ni, tak cerita bab tu..cerita pengurusan kewangan, bagaimana nak jadi jutawan, kebebasan kewangan, simpan sikit tiap bulan akan jadi juta...
Antaranya, simpan sekurang-kurangnya 10% dari income anda. Tolak 10% dahulu (bayar kepada diri anda dahulu) sebelum tolak hutang-hutang yang lain. Tapi, aku amat pasti yang ramai di luar sana tolak hutang dulu baru buat simpanan. Ataupun langsung tak dapat buat simpanan.. bukan tak nak simpan, tapi memang tak cukup...untuk diri sendiri pun tak cukup..apa lagi nak menyimpan. Betul tak? Saudara Irfan Khairi ada menerangkan tentang antara sifat manusia ialah 'Parkinson Law' ataupun membelanja kesemua duit anda. Bak kata orang 'Melayu lama'- 'Lagi besar periuk, lagi besarlah keraknya' (yang ni aku yang cakap berdasarkan pemahaman aku). Tak kiralah berapa banyak yang kita dapat- pasti akan habis semuanya!
Kiranya, untuk simpan 10% adalah teramat payah. Nak bayar duit rumah, kereta, belanja dapur, anak-anak nak sekolah, bagi mak ayah.. jadi habis semuanya. Jadi caranya untuk menangani 'Parkinson Law' ini adalah dengan melatih diri bermula menyimpan 1% dahulu...gaji kalo RM2000, 1% hanya RM20 je kan? Takkan Rm20 pun tak boleh... Setelah anda rasa selesa dengan 1%, mungkin 5 bulan atau lebih..tambahkan jadi 2%..biasakan dulu..dah biasa, tambah lagi..sampai jadi 10%. Mungkin mengambil masa 1 atau 2 tahun mengikut anda, terpulang. Yang penting..Syabas dah tahniah aku ucapkan!
P/S: Dapatkan Audio CD ni. Banyak lagi ilmu yang berguna untuk kita terapkan dalam pengurusan kewangan. Nak jadi jutawan pun ada, bukan sesusah mana pun...

Thursday, June 25, 2009

Tukar Kunci Pintu Selepas Penyewa Berpindah..Ok ke?


Lama betul aku tak post baru dalam blog ni.. Bukan apa, Sabtu dgn ahad aku tukar lock pintu. hari weekdays, dok berkejar kemari aku uruskan masalah kat tempat keje aku... nak buat camne..keje kuli memang macam ni..ahaks! Letih aku beb!
Minggu lepas, penyewa rumah sewa yang kat sebelah rumah aku (sebelah belakang) berpindah (rumah dari arwah mak dgn arwah abah aku- rumah sewa pusaka la lebih kurang). Seperti biasa yang aku lakukan, tukar lock pintu depan dan belakang. Pintu bilik pun kena tukar jugak- dah jahanam. Nasib baik lah aku ada deposit 1 bulan - RM350. Aku tukar semua lock pintu yang dah rosak. dinding cat pun ada yang dah rosak... semuanya aku tolak dari deposit tu. Resit aku simpan untuk rujukan. Baki nanti kena pulangkan kat penyewa tu semula..
Semua aku buat sendiri.. tukar lock, kemas buang sampah (kena upah untuk diri sendiri nih..), cat dinding apa yang dah rosak.. tapi satu je aku tak reti lagi.. tang bab elektrik.. kalo kipas rosak, melilau aku cari. Nasib adik aku ada blaja sijil elektrik sampai tahap 2. Upah kat dia lah...lebih baik dari orang yang aku tak kenal..
Tapi sampai sekarang tak siap lagi tukar lock pintu..heheeh.. hujung minggu ni nak siapkan lah.. boleh cari penyewa baru..
Area Puchong kat kampung Sri Puchong...ada sesiapa berminat? kol aku 019-2010107

Saturday, June 13, 2009

Harga Market Sri Ixora, Seksyen27 Shah Alam (Free Hold Beb!)



Itu hari aku dikejutkan dengan iklan 'Pangsapuri dan Kedai Untuk Dijual'... Aku bukan terkejut dengan berita yang beberapa pangsapuri yang yang dijual tu, tapi.. tentang harga yang di pamerkan kat situ.. Ini bermaksud.. HARGA MARKET RUMAH AKU NAIK LAGI! Kalo korang tengok kat dalam iklan tu, rumah aku jenis yang sama iaitu jenis B yang berharga RM127k! Alhamdulillah... korang boleh bayangkan tak.. Masa aku beli tahun lepas, harganya RM113k. Pastu, installment payment kat bank, penyewa yang bayarkan... Patutlah Azizi Ali amat2 berminat dengan Hartanah. Amat teruja aku beb!
Ini bukan bermaksud kalo nak beli apartment tu skang kita akan rugi..memang tak rugi sebab hartanah ni akan naik lagi harganya. Apa yang penting..LOKASI! LOKASI! dan LOKASI! Kepada yang tahu lokasi apartment ini, pasti berfikir untuk mendapatkannya. Lokasi yang berada berhampiran Puchong dan Subang Jaya. IOI Mall, Digital Mall, Tesco Puchong, Giant Puchong...semuanya pasaraya yang terdekat.
Kepada yang berminat, boleh calling aku.. (aku dapat komisyen introducer bleh kita bahagi sama rata) Kalo yang baru nak berjinak untuk bidang Hartanah untuk disewakan, aku bleh tolong perkenalkan agen2 yang aku biasa berurusan dengan diaorang.
P/S: 'Knape ko tak nak beli satu lagi kat situ man?' Aku jawab... 'Pesanan dari sifu hartanah- jangan beli lebih dari satu unit pada lokasi yang sama'

Tuesday, June 2, 2009

Rumah sewa kat sebelah rumah? Macam senang uruskan je..


Bunyi macam senang je nak uruskan kan.. ialah, hari2 kita boleh nampak rumah sewa tu (Biasanya keadaan macam ni kat kawasan tanah lot persendirian atau kat kampung2). Boleh tahu orang sewa tu ada kat rumah ke tak. Meter air boleh tegok bebila masa korang nak....
Berdasarkan pengalaman aku menguruskan rumah sewa yang jenis sebegini (rumah pusaka dari arwah mak dan abah aku) kita akan anggap mudah..dan akhirnya....memerangkap diri sendiri. Ialah, bila kita dah anggap penyewa seakan takut dengan Tuan Rumah. Kita dah terlepas pandang. At last, ada penyewa yang tak bayar sewa bulan tersebut cabut...
Atas kesedaran ini lah (bukan sebab sedar pun tapi bengang beb!), aku buat Agreement (dulu takde, ingat sebelah rumah kan senang). Tanda tangan, deposit sekuriti (ada gak orang tanya, apa ni? aku terangkan kat bawah*), deposit utiliti, salinan I/C. Hah, puas aku...sejak aku guna cara ini, sewa rumah tak pernah lewat. bil air dan api, clear je..cantek! Rumah kemas.. kalo ada nak buat renovation kecil, diaorang bgtau (contohnya, pindahkan kepala paip)...
*Deposit Sekuriti (DS)- Aku belajar ilmu ni dari Sifu Hartanah Azizi Ali (dalam buku 'Tuan Rumah Jutawan') Selalunya jumlahnya 2 bulan dari Sewaan Rumah (ada jugak sebulan- terpulang pada anda) dengan istilah 2 (DS) + 1 sewa bulan pertama. DS ini kena diterangkan sejelas2nya dalam agreement iaitu, akan dipulangkan apabila mereka ingin berpindah (sebagai cagaran kalo mereka cabut lari atau ada kerosakkan pada rumah atau kotor) sebarang kerosakan, kos pembaikan dan pembersihan, DS ini akan ditolak.
Kesimpulannya.. Rumah akan cantik, dijaga dan bersih disamping penyewa yang tak cabut lari sebab nak ambil DS...
Hmm..fikir2kan

Sunday, May 31, 2009

Pertemuan Pertama Dengan Sifu-Sifu Hartanah


Korang pernah terbaca tak kata-kata dari Saudara Azizi Ali (kalau tak salah dalam buku Jutawan Dari Planet Jupiter) yang berbunyi, "Untuk menjadi jutawan, tak perlu susah2 cari cara dan jalannya. Hanya ikut jalan bagaimana jutawan menjadi jutawan"-Lebih kurang laa ayatnya macam ni sebab aku tak berapa ingat.
Pemahaman dari ayat di atas, kita hanya perlu ikut bagaimana jutawan jadi jutawan (dengan kata lain-TIRU!). Atas sebab itulah aku bertemu buat pertama kali (29/05/2009) dengan Sifu2 yang aku kenali melalui blog. Bertempat di Ramal Junction (Puas ooo aku ronda mencari tempat ni!)
Dengan pertemuan yang sesingkat ini aku dapat rasakan 'kemesraan' antara kami. Syok oooo..lepak dengan diaorang. Tak kedekut ilmu, mesra dan peramah. Banyak pengalaman ilmu yang amat2 berguna yang dapat aku belajar dari diaorang ni. Ramai juga yang seperti aku- pertama kali berjumpa dengan sifu2 ni. Kalau nak bandingkan ilmu aku yang seciput ni...jauh panggang dari api beb!
Dalam gambar: Aku diapit oleh Sifu Pie (kanan) dan Sifu Faris. -Gambo aku tengah kontrol ensem konon taknak tengok kemera heheh..
-Lepas ni boleh kita jumpa lagi...

Friday, May 15, 2009

Buat Duit Dengan Rumah?


Macam pernah dengar je tajuk posting kali ni... (bagi peminat saudara Shamsuddin Abdul Kadir pasti dah boleh agak dah) Betul! Ia adalah tajuk buku dari antara penulis pengurusan kewangan yang aku minat.

Seperti biasa, setelah khatam aku membaca buku ini pasti aku akan membuat kesimpulan. Buku yang amat menarik kepada sesiapa yang ingin atau sudah menceburi bidang ini (macam aku kot heheh...) Tapi, aku lebih sarankan untuk anda membaca buku keluarannya sebelum ini.. "Kaya Dengan Rumah" untuk membuka minda kita dalam bidang ini. Seperti anda semua tahu, bidang Hartanah atau Rumah adalah satu bidang yang anda tak boleh buat main-main. Ianya bidang yang "berat". Bidang yang boleh aku katakan, suatu bidang jangka masa panjang. Namun, bak kata penulis- bidang Pelaburan Kelas Pertama...

Termenung aku sebentar memikirkan katanya.. Suka aku membuat analisa diri aku dengan rakan-rakan sebaya:-
1. mereka ada kereta besar, aku..kereta 'Kelisa' 2. mereka ada yang kahwin awal, aku baru nak kahwin (jangan marah yea cik adik)... 3. Ada yang bikin kereta kasi 'sports', 'Kelisa' aku takde rupa kereta orang muda (siap ada kotak atas kereta untuk angkat barang).. 4. Mereka ada duit cash simpanan banyakkk, Aku.. Simpanan ku agak terhad (tu pun prepare untuk kahwin dengan pilihan hati :-) )

Namun, itu yang aku harus (jadi wajib kot) terima sebagai pengorbanan untuk aku berkecimpung dalam bidang 'Pasif Income' atau Pelaburan Kelas Pertama ini.. memang member aku seakan 'cukup', 'mewah' dan 'bergaya' dalam kewangan mereka tapi aku rasa lebih bersyukur jika asset aku dibandingkan dengan mereka :-) 1. kereta, pasti setiap tahun susut nilai yang teruk.. 2. Kahwin..bagus ni. Sebagai pembuka pintu rezeki tau.. 3. Bikin kereta jadi rupa 'sports', pasti memakan belanja beribu-ribu.. baik pakai duit tu untuk buat downpayment rumah.. 4. Asset rumah semakin hari semakin naik..naik...naik.. dan naik... :-)