Thursday, June 25, 2009

Tukar Kunci Pintu Selepas Penyewa Berpindah..Ok ke?


Lama betul aku tak post baru dalam blog ni.. Bukan apa, Sabtu dgn ahad aku tukar lock pintu. hari weekdays, dok berkejar kemari aku uruskan masalah kat tempat keje aku... nak buat camne..keje kuli memang macam ni..ahaks! Letih aku beb!
Minggu lepas, penyewa rumah sewa yang kat sebelah rumah aku (sebelah belakang) berpindah (rumah dari arwah mak dgn arwah abah aku- rumah sewa pusaka la lebih kurang). Seperti biasa yang aku lakukan, tukar lock pintu depan dan belakang. Pintu bilik pun kena tukar jugak- dah jahanam. Nasib baik lah aku ada deposit 1 bulan - RM350. Aku tukar semua lock pintu yang dah rosak. dinding cat pun ada yang dah rosak... semuanya aku tolak dari deposit tu. Resit aku simpan untuk rujukan. Baki nanti kena pulangkan kat penyewa tu semula..
Semua aku buat sendiri.. tukar lock, kemas buang sampah (kena upah untuk diri sendiri nih..), cat dinding apa yang dah rosak.. tapi satu je aku tak reti lagi.. tang bab elektrik.. kalo kipas rosak, melilau aku cari. Nasib adik aku ada blaja sijil elektrik sampai tahap 2. Upah kat dia lah...lebih baik dari orang yang aku tak kenal..
Tapi sampai sekarang tak siap lagi tukar lock pintu..heheeh.. hujung minggu ni nak siapkan lah.. boleh cari penyewa baru..
Area Puchong kat kampung Sri Puchong...ada sesiapa berminat? kol aku 019-2010107

Saturday, June 13, 2009

Harga Market Sri Ixora, Seksyen27 Shah Alam (Free Hold Beb!)



Itu hari aku dikejutkan dengan iklan 'Pangsapuri dan Kedai Untuk Dijual'... Aku bukan terkejut dengan berita yang beberapa pangsapuri yang yang dijual tu, tapi.. tentang harga yang di pamerkan kat situ.. Ini bermaksud.. HARGA MARKET RUMAH AKU NAIK LAGI! Kalo korang tengok kat dalam iklan tu, rumah aku jenis yang sama iaitu jenis B yang berharga RM127k! Alhamdulillah... korang boleh bayangkan tak.. Masa aku beli tahun lepas, harganya RM113k. Pastu, installment payment kat bank, penyewa yang bayarkan... Patutlah Azizi Ali amat2 berminat dengan Hartanah. Amat teruja aku beb!
Ini bukan bermaksud kalo nak beli apartment tu skang kita akan rugi..memang tak rugi sebab hartanah ni akan naik lagi harganya. Apa yang penting..LOKASI! LOKASI! dan LOKASI! Kepada yang tahu lokasi apartment ini, pasti berfikir untuk mendapatkannya. Lokasi yang berada berhampiran Puchong dan Subang Jaya. IOI Mall, Digital Mall, Tesco Puchong, Giant Puchong...semuanya pasaraya yang terdekat.
Kepada yang berminat, boleh calling aku.. (aku dapat komisyen introducer bleh kita bahagi sama rata) Kalo yang baru nak berjinak untuk bidang Hartanah untuk disewakan, aku bleh tolong perkenalkan agen2 yang aku biasa berurusan dengan diaorang.
P/S: 'Knape ko tak nak beli satu lagi kat situ man?' Aku jawab... 'Pesanan dari sifu hartanah- jangan beli lebih dari satu unit pada lokasi yang sama'

Tuesday, June 2, 2009

Rumah sewa kat sebelah rumah? Macam senang uruskan je..


Bunyi macam senang je nak uruskan kan.. ialah, hari2 kita boleh nampak rumah sewa tu (Biasanya keadaan macam ni kat kawasan tanah lot persendirian atau kat kampung2). Boleh tahu orang sewa tu ada kat rumah ke tak. Meter air boleh tegok bebila masa korang nak....
Berdasarkan pengalaman aku menguruskan rumah sewa yang jenis sebegini (rumah pusaka dari arwah mak dan abah aku) kita akan anggap mudah..dan akhirnya....memerangkap diri sendiri. Ialah, bila kita dah anggap penyewa seakan takut dengan Tuan Rumah. Kita dah terlepas pandang. At last, ada penyewa yang tak bayar sewa bulan tersebut cabut...
Atas kesedaran ini lah (bukan sebab sedar pun tapi bengang beb!), aku buat Agreement (dulu takde, ingat sebelah rumah kan senang). Tanda tangan, deposit sekuriti (ada gak orang tanya, apa ni? aku terangkan kat bawah*), deposit utiliti, salinan I/C. Hah, puas aku...sejak aku guna cara ini, sewa rumah tak pernah lewat. bil air dan api, clear je..cantek! Rumah kemas.. kalo ada nak buat renovation kecil, diaorang bgtau (contohnya, pindahkan kepala paip)...
*Deposit Sekuriti (DS)- Aku belajar ilmu ni dari Sifu Hartanah Azizi Ali (dalam buku 'Tuan Rumah Jutawan') Selalunya jumlahnya 2 bulan dari Sewaan Rumah (ada jugak sebulan- terpulang pada anda) dengan istilah 2 (DS) + 1 sewa bulan pertama. DS ini kena diterangkan sejelas2nya dalam agreement iaitu, akan dipulangkan apabila mereka ingin berpindah (sebagai cagaran kalo mereka cabut lari atau ada kerosakkan pada rumah atau kotor) sebarang kerosakan, kos pembaikan dan pembersihan, DS ini akan ditolak.
Kesimpulannya.. Rumah akan cantik, dijaga dan bersih disamping penyewa yang tak cabut lari sebab nak ambil DS...
Hmm..fikir2kan

Sunday, May 31, 2009

Pertemuan Pertama Dengan Sifu-Sifu Hartanah


Korang pernah terbaca tak kata-kata dari Saudara Azizi Ali (kalau tak salah dalam buku Jutawan Dari Planet Jupiter) yang berbunyi, "Untuk menjadi jutawan, tak perlu susah2 cari cara dan jalannya. Hanya ikut jalan bagaimana jutawan menjadi jutawan"-Lebih kurang laa ayatnya macam ni sebab aku tak berapa ingat.
Pemahaman dari ayat di atas, kita hanya perlu ikut bagaimana jutawan jadi jutawan (dengan kata lain-TIRU!). Atas sebab itulah aku bertemu buat pertama kali (29/05/2009) dengan Sifu2 yang aku kenali melalui blog. Bertempat di Ramal Junction (Puas ooo aku ronda mencari tempat ni!)
Dengan pertemuan yang sesingkat ini aku dapat rasakan 'kemesraan' antara kami. Syok oooo..lepak dengan diaorang. Tak kedekut ilmu, mesra dan peramah. Banyak pengalaman ilmu yang amat2 berguna yang dapat aku belajar dari diaorang ni. Ramai juga yang seperti aku- pertama kali berjumpa dengan sifu2 ni. Kalau nak bandingkan ilmu aku yang seciput ni...jauh panggang dari api beb!
Dalam gambar: Aku diapit oleh Sifu Pie (kanan) dan Sifu Faris. -Gambo aku tengah kontrol ensem konon taknak tengok kemera heheh..
-Lepas ni boleh kita jumpa lagi...

Friday, May 15, 2009

Buat Duit Dengan Rumah?


Macam pernah dengar je tajuk posting kali ni... (bagi peminat saudara Shamsuddin Abdul Kadir pasti dah boleh agak dah) Betul! Ia adalah tajuk buku dari antara penulis pengurusan kewangan yang aku minat.

Seperti biasa, setelah khatam aku membaca buku ini pasti aku akan membuat kesimpulan. Buku yang amat menarik kepada sesiapa yang ingin atau sudah menceburi bidang ini (macam aku kot heheh...) Tapi, aku lebih sarankan untuk anda membaca buku keluarannya sebelum ini.. "Kaya Dengan Rumah" untuk membuka minda kita dalam bidang ini. Seperti anda semua tahu, bidang Hartanah atau Rumah adalah satu bidang yang anda tak boleh buat main-main. Ianya bidang yang "berat". Bidang yang boleh aku katakan, suatu bidang jangka masa panjang. Namun, bak kata penulis- bidang Pelaburan Kelas Pertama...

Termenung aku sebentar memikirkan katanya.. Suka aku membuat analisa diri aku dengan rakan-rakan sebaya:-
1. mereka ada kereta besar, aku..kereta 'Kelisa' 2. mereka ada yang kahwin awal, aku baru nak kahwin (jangan marah yea cik adik)... 3. Ada yang bikin kereta kasi 'sports', 'Kelisa' aku takde rupa kereta orang muda (siap ada kotak atas kereta untuk angkat barang).. 4. Mereka ada duit cash simpanan banyakkk, Aku.. Simpanan ku agak terhad (tu pun prepare untuk kahwin dengan pilihan hati :-) )

Namun, itu yang aku harus (jadi wajib kot) terima sebagai pengorbanan untuk aku berkecimpung dalam bidang 'Pasif Income' atau Pelaburan Kelas Pertama ini.. memang member aku seakan 'cukup', 'mewah' dan 'bergaya' dalam kewangan mereka tapi aku rasa lebih bersyukur jika asset aku dibandingkan dengan mereka :-) 1. kereta, pasti setiap tahun susut nilai yang teruk.. 2. Kahwin..bagus ni. Sebagai pembuka pintu rezeki tau.. 3. Bikin kereta jadi rupa 'sports', pasti memakan belanja beribu-ribu.. baik pakai duit tu untuk buat downpayment rumah.. 4. Asset rumah semakin hari semakin naik..naik...naik.. dan naik... :-)

Sunday, May 10, 2009

Pendapat Member Aku Tentang Rumah Sewa

Salam kembali... Itu hari aku ada berborak jap dengan member aku tentang biz sewa rumah ni (Member opis aku yang takde buat sewa rumah pun...) Sesaje tanya pendapat... masa dalam kereta Kelisa aku, time hantar dia kat satu tempat "Aku ingat nak beli rumah lagilah, nak sewakan. Bila harga dia dah melambung naik, ingat nak jual...." Member aku memintas, "Ko buat apa nak jual Man, ko sewa dah le. Buat pelaburan untuk masa depan nanti. "

Aku terdiam. Bukan aku nak menunjukkan yang aku sokong pendapat dia.. bangkang pun tidak. Memang ada betulnya apa yang dia katakan. Masing-masing dengan pendapat masing-masing. Tapi kalo pendapat aku pulak... Aku lebih berminat membeli rumah di lokasi canteek punyaa! Pastu bila harganya melambung naik, aku lebih suka untuk menjualkannya.. bila dicampur tolak, dapat untung bersih RM25k (kalo dapat lokasi lagi cantik, boleh sampai RM50k!) lepas tolak kos pengurusan.. Korang boleh bayangkan lah.. RM25k, dah boleh buat downpayment 2 buah rumah medium kos beb! (Dapat 2 cabang pasif income!)

Masing-masing dengan pendapat dan strategi masing-masing. Kalo setengah orang, beli rumah banyak2..pastu buat sewa.. dapat income bulan2.. macam ni pun syok jugak apa.. sebuah rumah untung bersih RM100, kalo 10 rumah..dah RM1000! Sapa nak bagi?

Orang ada gak tanya aku.."Man, ko mana dapat duit beli rumah banyak2 ni nanti?" sambil menghirup teh O panas (minuman feveret aku kat rumah)... dan tersenyum aku jawap.. Ceramic Business Club lah"...
www.jutawanceramic.com/internetbiz

Sunday, May 3, 2009

Penyewaku Berpindah?

Salam kengkawan semua, yang aku kenal atau pun tidak..aku anggap sebagai kawan aku bila korang dah melawat blog aku ini (ayat le tu..Piirah!) Heheh.. Sekadar untuk ku berkongsi pengalaman mentah aku sebagai budak baru dalam bidang hartanah ini...

Dulu semalam, penyewa rumah Sri Ixora, Shah Alam selesai sudah menyempurnakan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh penyewa yang nak berpindah (bagi kunci, dan aku melawat rumah tersebut...) memuaskan keadaannya. Diaorang ni sewa tak lama, lebih kurang 5 bulan je (dalam agreement, sekurang2nya 1 tahun. Habis hangus deposit 2 bulan diaorang kat aku) Sememangnya perkara yang agak membimbangkan kepada semua Landlord (nak kena carik penyewa baru lagi beb! bukan senang) Alasan yang dikemukakan mereka...tak mampu sebab ekonomi tak stabil, production kat tempat keje dah slow (alasan klasik yang aku kena terima) Daripada kita simpan tenant yang bermasaalah, adalah lebih baik aku 'merelakan' mereka pergi..heheh

Dan dalam sehari aku bersedih (ngade-ngade je tu) dapat juga aku penyewa baru :-) (kan aku dah cakap sebelum ni, 'Patah Tumbuh Hilang Berganti') Alhamdulillah.. Tapi untuk penyewa baru ni, Agen yang dilantik yang carikan (tak larat aku beb nak merayap tampal iklan cari penyewa) heheh..dapat deposit 2 bulan. walaupun kira hangus sebulan untuk aku bayar kat agent tu. (kalo dapat penuh, 3 bulan beb!) Pasti ada Pro dan Contra nya...

Walaupun sewa untuk tenant baru ini lebih murah dari tenant sebelum ini, asalkan diaorang dapat 'bayarkan' installment bulanan aku kat bank pun dah mencukupi bagi aku. Tak lah tersesak income aku nanti kann...

Yang aku tunggu..penyewa parking kereta aku kat rumah tu. Yang tu dapat lah buat income tambahan (heheh..strategi-strategi..) Ada sesiapa yang duduk sana yang ada pakai 2 kereta? Meh cepat booking! RM70 sebulan!

Agent aku cakap.. ada jugak 2,3 orang yang dah tanya.. bagi aku, siapa cepat dia dapat!

Friday, May 1, 2009

Ilmu Dari Sifu-sifu Rumah dan Hartanah


Em..hari ni aku teringin nak berkongsi tentang Hartanah ataupun rumah dengan pembaca blog aku. Aku pada awalnya amat takut nak berkecimpung dalam dunia tersebut atas sebab-sebab:

1. Modalnya yang amat besar (Main puluh hingga ratus riban beb!)
2. Kalau tak dapat tenant nak sewa, kena keluar sendiri installment (argh, habis duit gaji aku!)
3. Keadaan rumah sewa tersebut selepas penyewa keluar (kengkadang macam sarang tikus!)
4. Penyewa yang degil nak bayar sewa (berbuih mulut nak mintak, suruh keluar kang..susah pulak nak cari penyewa)
Yang kat atas tadi tu adalah antara Mitos yang kebanyakan orang tahu dan tidak mustahil ianya akan berlaku kepada kita sekiranya ilmu tentangnya tidak dipelajari. Buku-buku kat atas adalah antara yang aku cadangkan untuk kita jadikan 'peninding' dari ianya berlaku (Alhamdulillah, ianya banyak membantu aku. Tengkiu untuk sifu buku nih)
Nota kaki: Amaran! Jangan jadi bidan terjun untuk bidang hartanah ini. Amat-amat bahaya!

Sunday, April 19, 2009

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 Kembali Lagi!


Apa yang aku tunggu-tunggu selama ini kembali lagi...PESTA BUKU ANTARABANGSA! (Dari 17 - 26 April 2009) Aku memang suka sangat kalo gi pesta buku kat PWTC ni. Aku masih ingat lagi apabila aku membeli buku yang pertama kat sana- Jutawan Dari Planet Jupiter, dari Azizi Ali (Buku yang membuatkan aku berubah tentang pengurusan kewangan). Best sangat buku ni! (Antara langkah pertama aku tentang kewangan).


Apa yang paling penting yang aku suka dengan penulisan dari saudara Azizi Ali ini adalah, gaya penyampaian yang selamba dan bersahaja (Sempoi! kata orang). Pelbagai jalan dan cara untuk membina kewangan yang kukuh di terangkan (Pengurusan kewangan ni ibarat dalam satu peperangan. Perlu ada pertahanan dan serangan yang teratur dan mantap. Barulah kita akan merasa apa yang dikatakan 'Kebebasan Kewangan'). Jika anda ke sana, cadangan saya, perolehilah buku ini- ANDA PASTI TERUJA!


P.S - Jika anda bertemu diri ini di sana nanti, tegurlah... Aku memang suka berkawan dan bertukar-tukar cerita dan pengalaman :-)




Sunday, March 22, 2009

Pasif Income- Menarik ke?

Pasif Income? Korang pernah dengar pasal 'benda' tu? Dalam buku tulisan "Azizi Ali- Jutawan Dari Planet Jupiter" sama erti dengan "Income yang diperolehi secara berterusan" ataupun "Pembakar Lanjut". Contohnya royalti yang diperolehi daripada penulisan sesebuah buku atau jualan album. Aku tertarik dengan income yang sebegini yang melayakkan kita memperolehi pendapatan tanpa perlu kita banyak bekerja (ialah, aku ada kerja fulltime- tak larat beb nak banyak urusan) Hanya perlu bekerja sekali dan mendapat pendapatan berkali-kali!

Tapi orang yang macam aku, nak mengarang buku atau menyanyi, bakat tu tak berapa nak menyerlah (nyanyi sorang2 syok sendiri kat bilik air bolehlah) bukan tertutup pintu untuk rezeki yang income sebegini, macam2 blh buat. Contohnya- Sewakan Rumah, Jutawan ceramic ( http://www.jutawanceramic.com/internetbiz ) (Promote nampak bro!), Pemasaran Berangkai ataupun MLM, Royalti, Dividen, Faedah, Pemasaran Maklumat dan dll.

Manfaat daripada pendapatan Pembakar Lanjut (Dipetik dari buku Azizi Ali, Lahirnya Seorang Jutawan:-

1.Sekali saja bekerja
2.Hamba yang setia
3.Tanpa had
4.Memberi anda lebih masa
5.Boleh diturunkan kepada waris

Emm, anda rasa menarik tak? Renung-renungkan dan selamat beramal (cilok ayat Prof. Izzi Hj. Ali kat Hot FM hehe..)

Friday, March 6, 2009

Rumah Sewa




Salam semua... bertemu kita sekali lagi. Lama rasanya aku tak berkarya dalam blog aku ni. untuk kali ni, suka aku berkongsi tentang SIDE INCOME aku yang satu lagi selain dari 'Jutawan Ceramic' dan 'BeautyFrenz Lipstick' ni. Iaitu... "LandLord" atau Sewa Rumah. Alhamdulillah, setelah aku berjinak2 dalam bidang ini, ianya tak sesukar yang kebanyakan orang katakan (Kalo tak, nape bangsa lain berlumba2 nak terlibat dalam bidang ni) Dah lama dah kalo ikutkan aku terlibat secara tidak langsung dalam bidang ini (sejak dari arwah emak dan arwah abah aku dulu lagi, ambil berkat..) tapi sejak tahun 2008 aku mula bergiat secara serius setelah aku menelaah hasil tulisan "Azizi Ali- Tuan Rumah Jutawan" dan "Shamsuddin Abdul Kadir- Kaya Dengan Rumah".. dan tahun lepas juga aku berjaya membeli apartment kos sederhana dengan nilai RM113k, Sri Ixora kat Seksyen 27, Shah Alam. Aku tak tunggu lama untuk mendapatkan penyewa..Alhamdulillah, syukur. Lepaslah duit installment kat bank (siap ada baki untuk aku :-))






Terus terang aku katakan, lokasinya amat strategik. Antara lokasi yang berpotensi besar untuk maju (Banyak pasaraya yang terdekat: Tesco, IOI Mall, Giant dan Digital Mall) Hari tu aku ada tanya agent rumah sewa aku..brapa harga market buat masa ni (waktu keadaan meleset) Jawapannya.. RM125k. Waou! Baru beberape bulan aku beli dah naik harga macam tu. la ni, ada satu lagi pasaraya baru nak naik (of kos lah harge rumah tu akan naik lagi!) Gembiranya!!




Untuk berkongsi bersama :-)


Sunday, January 11, 2009

BeautyFrenz Lipstick

Tahun Baru kunjung tiba lagi. Tahun ini adalah tahun yang paling teruja bagi aku (macam ayat awal tahun lepas jea.Heheh). Banyak aku harapkan dari tahun ini disamping dari ekonomi yang tidak menentu. Percaturan aku yang terbaru, bekerja sama dengan member kamcing aku (blaja sesame kat UiTM Jengka dulu, Nizam) untuk menjalankan perniagaan kosmetik (sebenarnya dah establish suku akhir tahun 2008). Maka lahirlah...."BeautyFrenz"

Alhamdulillah, banyak komen yang membina aku terima disamping komen pengguna yang menyukai produk ini. Dalam produk ini, aku lakukan kelainan dari produk-produk yang lain. Lebih terarah kepada pengguna yang mempunyai masaalah bibir dan 'elergik' dengan produk gincu yang lain. Kelainan tersebut adalah ; mempunyai kandungan ektrak dari GAMAT. Disamping mempunyai kandungan herba yang lain. Contohnya: Minyak Zaitun, Minyak Biji Bunga Matahari, ektrak Aloe Vera serta Vitamin E.

Seperti yang kita ketahui, Gamat adalah antara bahan tradisional ajaib yang digunakan oleh bangsa Melayu lebih dari 500 tahun yang lampau untuk merawat kulit yang luka atau melecur yang bertindak membina sel-sel baru secara aktif. Malahan, sifat Gamat itu sendiri yang mampu menyembuhkan dirinya sekiranya anda memotong Gamat hidup ini kepada dua bahagian dan menjadi dua induk yang hidup secara normal. (untuk maklumat lebih lanjut, sila layari www.lipstick-lips.com)

Pencarian untuk pengedar masih terbuka. Jika anda berminat boleh terus hubungi saya 019-2010107. Untuk makluman, kami tidak menggunakan sistem MLM, maka keuntungan terus kepada anda tanpa ditolak untuk komisyen kepada pihak lain.

Monday, November 3, 2008



Alhamdulillah..aku masih diberikan keberkatan oleh-Nya untuk mengharungi kehidupan ini yang semakin mencabar.

Setelah aku berjinak-jinak dengan dunia 'Jutawan Ceramic' http://www.jutawanceramic.com/internetbiz aku mula berjinak-jinak pula dengan bidang peikanan (apa salahnya kita mencuba kalo dah minat). Hari ni Nizam, Arie dan Aku sesaje melawat tempat orang bela keli kat Klang-kat Batu Belah (betul kot nama tempat ni :-P) seronok aku tengok. Boleh tahan aku tengok ikan kat situ.. Pada asalnya tak terlintas aku nak cuba bela ikan ni..tapi setelah aku servey market, boleh tahan gak permintaan dia (terutamanya kat kedai makan) Bro Talib Pit Stop-kedai makan (customer cendawan aku) pun nak angkat sehari dua kilo kalo aku ada. Orait gak kan? Aku pun bukan nak buat gempak2. Mula dari kecik dulu...(sikit2 lama2 jadik bukit, lama lagi jadik gunung!)