
Dapat aku rasakan perubahan hidup yg amat ketara selepas bergelar suami orang ni. dugaan kini lebih kuat. pengurusan kewangan harus/wajib lebih teratur dan sistematik. Petang tadi aku berborak dgn member aku yang dah mempunyai 2 orang anak..katanya, 'Kau nanti dah ada anak nanti taulah macam mana...' diam aku seketika. Dalam maksud tu sambil mata aku tetap memandang jalan raya, fokus dalam pemanduan. Aku suka belajar dari pengalaman orang yang lebih dulu 'makan garam' dari aku macam member aku tadi tu. Sekurang2nya aku tak leka dan 'lena'...
Planning keje full time dan part time kini aku akan susunkan kembali. Aku kena kembali cergas!! Pendapatan side income dan pasif income selain pendapatan tetap yg aku perolehi kini akan aku selidik sebelum sampai ke 3/4 untuk tahun 2010 ini...
Jom kita sama2 cergass kembali!!
2 comments:
Bila da hidup berkeluarga ni,perbelanjaan turut meningkat secara tidak langsung.Kenalah sentiasa muhasabah semula kewangan kita supaya bajet tidak lari dari apa yang kita rancangkan =)
Betul tu Hafiz. Budget memang senang sangat 'ter'lari. Waktu mcm ni baru kita akan rasa dan tahu 'pertahanan' kewangan kita.. (heheh, tengah mood piala dumia ni!)
Post a Comment