
Tuesday, November 30, 2010
Tukar Strategi Hartanah! Jom Beli Dan Kumpul Emas Fizikal!

Thursday, November 18, 2010
Jenis-jenis Pelabur Hartanah. Di Mana Anda?

Sunday, November 7, 2010
Strategi Untuk Menghadapi Pinjaman Loan 70% Hartanah!

JOM TUKAR STRATEGI! Berita tentang pinjaman rumah untuk rumah ke-3 dan seterusnya dari 90% ke 70% semestinya menggugat pelabur hartanah di luar sana (termasuklah aku!). Sebelum ini aku pernah menghadapi rintangan untuk memperolehi dan mendapatkan modal untuk memperolehi 10% untuk deposit membeli rumah ketika selepas aku membeli rumah pertama... dan pusing punya pusing... akhirnya aku berjaya memperolehi dan kini aku telah memiliki 4 unit dibawah nama sendiri dan semestinya aku berjaya 'meloloskan' diri dari 'cengkaman' deposit 10% tersebut! (yang aku paling suka, setiap rumah yg ke-2 dan seterusnya, boleh aku katakan tanpa modal 10% tu tadi!)
Tu pengalaman manis aku sebelum ini (NOKTAH! cukup jgn leka lagi). Kini aku berkira2 untuk merancang strategi baru untuk menghadapi dugaan baru ini. Aku percaya dgn SETIAP MASAALAH PASTI ADA PELUANG! Antara stategi baru aku tegah pikir2kan ialah:-
*menggunakan nama bini untuk rumah seterusnya (tapi bini aku tak keje.hmmm...)
*memanjangkan tempoh pinjaman hartanah yang sedia ada (untuk meminimumkan pembayaran pinjaman bulanan ke bank. kiranya nak lebih dapat positif cash flow. cepat sikit kumpul untuk modal 30% tu)
*menaikkan sewa bulanan rumah yang sedia ada (ada yang dah dekat nak luput Tenancy Agreement, nak check balik)
*kumpul modal dan aku ingat nak tukarkan pada emas fizikal (selamatkan modal dari ditelan inflasi beb!). Basic selok belok bidang emas ni aku dah mula kaji sejak tahun lepas. Main pajak, beli, jual dan overlaps untuk memaksimakan keuntungan. Adik aku banyak membantu, Hafiz ni dah cebur dlm bidang emas dari tahun lepas lagi..Timbunan emasnya semakin banyak. Jeles aku heh!
*yang lain... tengah memikirkan lagi.... kot pembaca ada idea. Jom kongsi bersama!
Friday, November 5, 2010
Pinjaman Telah Ditetapkan 70% Untuk Rumah Ke-3 Dan Seterusnya.

Beli rumah spekulatif dikekang
KUALA LUMPUR 3 Nov. - Para pembeli untuk pemilikan rumah ketiga dan seterusnya, hanya boleh mendapatkan pembiayaan sehingga 70 peratus daripada nilainya, berkuatkuasa serta merta, kata Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini.
Bagaimanapun, kemudahan untuk pembelian rumah pertama dan kedua tidak terjejas dan kekal seperti biasa, kata Bank Pusat dalam kenyataannya untuk mengumumkan pelaksanaan nisbah maksimum pinjaman berdasarkan nilai (LTV) di sini.
BNM menjelaskan, langkah baharu itu bertujuan menyokong pasaran harta benda supaya terus stabil dan mampan, selain memastikan orang ramai akan mampu membeli rumah.
''Di peringkat negara, harga harta kediaman didapati terus meningkat seiring dengan pembangunan ekonomi negara dan kenaikan paras pendapatan,'' katanya.
BNM berkata, corak pertumbuhan pasaran secara amnya masih terkawal dan tidak menyimpang daripada segi jangka panjang.
''Namun, baru-baru ini, jumlah urus niaga dan harga rumah, khususnya di lokasi tertentu yang terletak di pusat bandar dan sekitarnya telah meningkat dengan lebih cepat.
''Perkembangan ini juga disebabkan oleh bertambahnya pembiayaan untuk pembelian beberapa unit rumah oleh seorang peminjam, lantas menunjukkan peningkatan aktiviti pelaburan bersifat spekulatif,'' kata BNM.
Katanya, pelaksanaan LTV untuk pembelian rumah ketiga dijangka dapat mengurangkan aktiviti pelaburan berlebihan serta kegiatan spekulatif dalam pasaran harta kediaman yang telah mengakibatkan peningkatan yang lebih tinggi daripada kenaikan harga purata di lokasi berkenaan.
''Ia juga telah menyebabkan kenaikan harga rumah di lokasi sekeliling, lantas mengurangkan kemampuan pembelian rumah keseluruhan oleh pembeli rumah yang tulen.
''Oleh itu, langkah ini akan terus menyokong matlamat menggalakkan pemilikan rumah oleh rakyat Malaysia, yang merupakan agenda penting negara,'' kata BNM
Sementara itu, pengenalan Program Keupayaan Kewangan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan bagi meningkatkan tahap celik kewangan dan untuk menggalakkan pengurusan kewangan dan hutang yang kukuh oleh rakyat Malaysia.
''Selain itu, BNM juga ingin memperkenalkan Program Keupayaan Kewangan yang akan ditawarkan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) melalui cawangannya di seluruh negara bermula bulan Januari 2011.
''Program ini akan memperlengkap individu dengan pengetahuan penting supaya mampu membuat keputusan kewangan secara wajar melalui pemahaman praktikal serta kemahiran pengurusan wang dan hutang,'' kata Bank Pusat itu.
Langkah itu akan mengukuhkan kedudukan kewangan isi rumah dan memastikan jumlah hutang adalah setara dengan kemampuan, termasuk keupayaan mereka menampung perubahan kadar faedah dan ketidaktentuan yang mungkin berlaku terhadap paras pendapatan dan perbelanjaan.
Maklumat terperinci Program Keupayaan Kewangan ini akan diumumkan pada bulan Disember ini.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PENDAPAT AKU..
AKU PERCAYA, DI MANA ADA MASALAH, DI SITULAH ADA PELUANG... INSYAALLAH..