Sunday, April 19, 2009

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 Kembali Lagi!


Apa yang aku tunggu-tunggu selama ini kembali lagi...PESTA BUKU ANTARABANGSA! (Dari 17 - 26 April 2009) Aku memang suka sangat kalo gi pesta buku kat PWTC ni. Aku masih ingat lagi apabila aku membeli buku yang pertama kat sana- Jutawan Dari Planet Jupiter, dari Azizi Ali (Buku yang membuatkan aku berubah tentang pengurusan kewangan). Best sangat buku ni! (Antara langkah pertama aku tentang kewangan).


Apa yang paling penting yang aku suka dengan penulisan dari saudara Azizi Ali ini adalah, gaya penyampaian yang selamba dan bersahaja (Sempoi! kata orang). Pelbagai jalan dan cara untuk membina kewangan yang kukuh di terangkan (Pengurusan kewangan ni ibarat dalam satu peperangan. Perlu ada pertahanan dan serangan yang teratur dan mantap. Barulah kita akan merasa apa yang dikatakan 'Kebebasan Kewangan'). Jika anda ke sana, cadangan saya, perolehilah buku ini- ANDA PASTI TERUJA!


P.S - Jika anda bertemu diri ini di sana nanti, tegurlah... Aku memang suka berkawan dan bertukar-tukar cerita dan pengalaman :-)




Sunday, March 22, 2009

Pasif Income- Menarik ke?

Pasif Income? Korang pernah dengar pasal 'benda' tu? Dalam buku tulisan "Azizi Ali- Jutawan Dari Planet Jupiter" sama erti dengan "Income yang diperolehi secara berterusan" ataupun "Pembakar Lanjut". Contohnya royalti yang diperolehi daripada penulisan sesebuah buku atau jualan album. Aku tertarik dengan income yang sebegini yang melayakkan kita memperolehi pendapatan tanpa perlu kita banyak bekerja (ialah, aku ada kerja fulltime- tak larat beb nak banyak urusan) Hanya perlu bekerja sekali dan mendapat pendapatan berkali-kali!

Tapi orang yang macam aku, nak mengarang buku atau menyanyi, bakat tu tak berapa nak menyerlah (nyanyi sorang2 syok sendiri kat bilik air bolehlah) bukan tertutup pintu untuk rezeki yang income sebegini, macam2 blh buat. Contohnya- Sewakan Rumah, Jutawan ceramic ( http://www.jutawanceramic.com/internetbiz ) (Promote nampak bro!), Pemasaran Berangkai ataupun MLM, Royalti, Dividen, Faedah, Pemasaran Maklumat dan dll.

Manfaat daripada pendapatan Pembakar Lanjut (Dipetik dari buku Azizi Ali, Lahirnya Seorang Jutawan:-

1.Sekali saja bekerja
2.Hamba yang setia
3.Tanpa had
4.Memberi anda lebih masa
5.Boleh diturunkan kepada waris

Emm, anda rasa menarik tak? Renung-renungkan dan selamat beramal (cilok ayat Prof. Izzi Hj. Ali kat Hot FM hehe..)

Friday, March 6, 2009

Rumah Sewa




Salam semua... bertemu kita sekali lagi. Lama rasanya aku tak berkarya dalam blog aku ni. untuk kali ni, suka aku berkongsi tentang SIDE INCOME aku yang satu lagi selain dari 'Jutawan Ceramic' dan 'BeautyFrenz Lipstick' ni. Iaitu... "LandLord" atau Sewa Rumah. Alhamdulillah, setelah aku berjinak2 dalam bidang ini, ianya tak sesukar yang kebanyakan orang katakan (Kalo tak, nape bangsa lain berlumba2 nak terlibat dalam bidang ni) Dah lama dah kalo ikutkan aku terlibat secara tidak langsung dalam bidang ini (sejak dari arwah emak dan arwah abah aku dulu lagi, ambil berkat..) tapi sejak tahun 2008 aku mula bergiat secara serius setelah aku menelaah hasil tulisan "Azizi Ali- Tuan Rumah Jutawan" dan "Shamsuddin Abdul Kadir- Kaya Dengan Rumah".. dan tahun lepas juga aku berjaya membeli apartment kos sederhana dengan nilai RM113k, Sri Ixora kat Seksyen 27, Shah Alam. Aku tak tunggu lama untuk mendapatkan penyewa..Alhamdulillah, syukur. Lepaslah duit installment kat bank (siap ada baki untuk aku :-))






Terus terang aku katakan, lokasinya amat strategik. Antara lokasi yang berpotensi besar untuk maju (Banyak pasaraya yang terdekat: Tesco, IOI Mall, Giant dan Digital Mall) Hari tu aku ada tanya agent rumah sewa aku..brapa harga market buat masa ni (waktu keadaan meleset) Jawapannya.. RM125k. Waou! Baru beberape bulan aku beli dah naik harga macam tu. la ni, ada satu lagi pasaraya baru nak naik (of kos lah harge rumah tu akan naik lagi!) Gembiranya!!




Untuk berkongsi bersama :-)


Sunday, January 11, 2009

BeautyFrenz Lipstick

Tahun Baru kunjung tiba lagi. Tahun ini adalah tahun yang paling teruja bagi aku (macam ayat awal tahun lepas jea.Heheh). Banyak aku harapkan dari tahun ini disamping dari ekonomi yang tidak menentu. Percaturan aku yang terbaru, bekerja sama dengan member kamcing aku (blaja sesame kat UiTM Jengka dulu, Nizam) untuk menjalankan perniagaan kosmetik (sebenarnya dah establish suku akhir tahun 2008). Maka lahirlah...."BeautyFrenz"

Alhamdulillah, banyak komen yang membina aku terima disamping komen pengguna yang menyukai produk ini. Dalam produk ini, aku lakukan kelainan dari produk-produk yang lain. Lebih terarah kepada pengguna yang mempunyai masaalah bibir dan 'elergik' dengan produk gincu yang lain. Kelainan tersebut adalah ; mempunyai kandungan ektrak dari GAMAT. Disamping mempunyai kandungan herba yang lain. Contohnya: Minyak Zaitun, Minyak Biji Bunga Matahari, ektrak Aloe Vera serta Vitamin E.

Seperti yang kita ketahui, Gamat adalah antara bahan tradisional ajaib yang digunakan oleh bangsa Melayu lebih dari 500 tahun yang lampau untuk merawat kulit yang luka atau melecur yang bertindak membina sel-sel baru secara aktif. Malahan, sifat Gamat itu sendiri yang mampu menyembuhkan dirinya sekiranya anda memotong Gamat hidup ini kepada dua bahagian dan menjadi dua induk yang hidup secara normal. (untuk maklumat lebih lanjut, sila layari www.lipstick-lips.com)

Pencarian untuk pengedar masih terbuka. Jika anda berminat boleh terus hubungi saya 019-2010107. Untuk makluman, kami tidak menggunakan sistem MLM, maka keuntungan terus kepada anda tanpa ditolak untuk komisyen kepada pihak lain.

Monday, November 3, 2008



Alhamdulillah..aku masih diberikan keberkatan oleh-Nya untuk mengharungi kehidupan ini yang semakin mencabar.

Setelah aku berjinak-jinak dengan dunia 'Jutawan Ceramic' http://www.jutawanceramic.com/internetbiz aku mula berjinak-jinak pula dengan bidang peikanan (apa salahnya kita mencuba kalo dah minat). Hari ni Nizam, Arie dan Aku sesaje melawat tempat orang bela keli kat Klang-kat Batu Belah (betul kot nama tempat ni :-P) seronok aku tengok. Boleh tahan aku tengok ikan kat situ.. Pada asalnya tak terlintas aku nak cuba bela ikan ni..tapi setelah aku servey market, boleh tahan gak permintaan dia (terutamanya kat kedai makan) Bro Talib Pit Stop-kedai makan (customer cendawan aku) pun nak angkat sehari dua kilo kalo aku ada. Orait gak kan? Aku pun bukan nak buat gempak2. Mula dari kecik dulu...(sikit2 lama2 jadik bukit, lama lagi jadik gunung!)