Saturday, December 8, 2012

Belajar Tu Biar Berguru! Antara Guru Saya: Dr. Azizan Osman!

Bersama Dr. Azizan Osman, Pakar Pemasaran No.1 Di Malaysia!

"Alhamdulillah... syukur pada Allah yang Maha Pemberi." Itu adalah antara ayat pertama yang terlintas di fikiran ketika selesai program Intensif Jutawan Industri anjuran Richwork Sdn. Bhd. bersama Mentor Pemasaran No.1 di Malaysia (kearah no. 1 di Asia) Dr. Azizan Osman! Hebat bukan!

Program yang bermula pada 23 hingga 26 November 2012 yang lalu ini telah menyedarkan aku dalam banyak perkara sekiranya untuk menjadi "Industry Leader". Pada yang dari dahulu hingga kini masih mengikuti perkembangan melalui Facebook, blog ini atau website perniagaan aku: www.beautyfrenz.biz, aku yakin anda akan merasai kelainan dari segi penyampaian serta pendekatan yang aku cuba terapkan. Alhamdulillah... ianya membuahkan hasil. 

Aku amat-amat suka dan tertarik antara yang ditekankan dalam program ini adalah: 'Tanamkan niat kita untuk membantu dan menambah nilai orang lain'... Dari sini aku semakin rasa rela hati memberi pandangan dan yang dirasakan baik untuk aku kongsikan pada orang disekeliling aku. Antara yang suka bertanya pandangan daripada aku adalah, akak yang bekerja sebagai 'makan gaji' ditempat aku masih 'makan gaji'. Jika akak Liza membaca blog ini, satu saya ingin katakan: "Tahniah akak! Kerana akak telah melakukan langkah pertama! Ianya pengalaman cukup berharga dengan berniaga!"

Insya-Allah.. aku akan lakukan yang terbaik mengikut apa yang Mentor ini ajarkan. Adakah anda berani?! Aku Berani2013!! Aku akan buktikan!  

2 comments:

Rohaniah Noor said...

gambar terbaik!

er.. apa kata disable word verification untuk letak komen? hehehe

www.tuanbri.com said...

hof terbaik