Alhamdulillah, kunci telah diperoleh hari Isnin (27/12/2010) tingkat 1 atas shop lot lah, tak penat mendaki tangga :-). Kini proses aku untuk mencari 'penghuni'nya/penyewa (selepas aku pasangkan grill, kipas dan lampunya nanti). Teringat aku ketika membelinya- aku membeli tanpa modal! 0 downpayment!! Kini 2 perkara bermain di dalam fikiran aku...
1. Nak sewakan kosong ke? Pasaran sewa untuk rumah kosong dalam RM850 ke RM900 untuk pekerja kilang. Dah ramai yang dapat sewakan pada pekerja kilang sekitar dengan kadar ini.
2. Buat fully furnish. Katil, dapur, peti ais, tv dll. Sewakan untuk student kawasan sini. Aku servey, ramai jugak student duduk kat sini. Yang ni boleh makup sampai RM1k dan ke atas (kalo buat sewa ikut kepala atau ikut sewa bilik lagi untung! berfikiran biznez heheh!).
3. Sewakan untuk bilik 'training' atau 'seminar'. haaa, yang ni rental paling tinggi boleh buat duit! Ada sorang ejen ni kawan aku. Dia yang nak rekemenkan sewakan macam tuu. Kalo yang ini paling tinggi, mungkin aku akan pilih yang ini. Tapi, mungkin kos renovation aku kena tanggung (aku ke? entah!).
Apa pandangan anda? Minta pandangan sikit bro...
Kepada sesiapa berminat nak sewa, boleh call atau sms aku (Syahman, 019-2010107)
7 comments:
tanpa modal? dapat baper % below market?
adad lagi tak? hihihi
takdelah below. makup SNP dari developer. kira ok lah kan.. aku bila time nak ambil kunci je kena byr untuk deposit air dan elektrik.
dataran otomobil ni banyak potensi. boleh jd mcm pusat komersil seksyen 7.
tahniah syahman
ok sangat lah tu...:) ada lagi ke bro unit nak jual?
rohaniah pun dah cakap tempat tu ada potensi...
To:
eun-yong: doa2kan lah potensinya naik disini. InsyaAllah..
wakif: unit untuk dijual? Apa yg aku tahu dari developer, unit apartment habis dijual. tak taulah kalo ada owner nak jual lepas beli ni..
kalau nak sewa bilik jer, boleh ker? cmne ek?
Nak sewa bilik? boleh saja.. call atau sms saya 019-2010107
Post a Comment