Friday, January 28, 2011

Rugi Beli Rumah Untuk Tinggal Sendiri! Macam Mana Nak Untung?


"Beli rumah untuk tinggal sendiri/keluarga rugi?? Kalau macam tu, sampai bila pun aku tak merasa tinggal kat rumah sendiri!" pekik kata hati aku kepada hati aku kembali (hehehe..macam drama dalam novel je! Berputar ayat!)

Sekadar untuk aku kongsikan antara azam aku tahun ini adalah; untuk tinggal di rumah sendiri bersama isteri dan anak aku pada tahun 2012. Dengan syarat utama, tanpa keluarkan sesen pun bayaran bulanan hutang rumah tersebut pada bank yang memberi pinjaman. (untung apa.. ibarat duduk kat rumah free! sape tak nak!)

Hampir semua orang tahu, rumah yang kita tinggal sendiri antara liabiliti (tanggungan) yang tahap tertinggi dalam kehidupan (selagi kita yang mengeluarkan duit gaji/poket untuk membayar pinjaman). Kenapa tidak kita gunakan 'duit orang lain' untuk membayarnya?

Cerita aku:

Selama ini selepas berkahwin, aku bersilih ganti bermalam di rumah pusaka keluarga dan rumah ibu bapa mertua di Puchong dan Sijangkang. Setelah mengambil kira kos petrol, masa dan lokasi, perancangannya, aku salah satu rumah sewa yang aku ada, akan aku korbankan untuk tinggal pada tahun 2012 (antara mesin buat duit yang berjaya..huhuhu..) apartment medium kos, Sri Ixora, Sek. 27, Shah Alam. Installment bulanan aku pada bank adalah RM599 + maintainance dan kos2 lain yang berkaitan RM150 = RM749. (masa aku beli dulu RM126k. Sekarang Market Value dah cecah RM155k!)

Keuntungan bulanan 'pasif income' dari apartment ini pada aku:
*Sewa apartment RM850 (pada student nursing SJMC)
*Sewa parking lot RM55 (pada jiran) - for info, 1 unit hanya mempunyai 1 lot parking

Camne nak 'cover' installment pada bank? dah lah income pun bakal berkurang?

Reverse balik..... setelah aku membeli apartment ni pada 4 tahun lepas, aku terus mencari untuk memiliki hartanah sekitar sini lagi. Alhamdulillah, Allah permudahkan (petua untuk Allah permudahkan, rajin2 buat solat Dhuha dan berdoa..) memiliki lagi dan lagi.. dan jumlah terkumpul untung sewa telah melebihi line 'break even' untuk membayar installment apartment yang bakal aku tinggal ini nanti.

Tinggal free kan? Penyewa rumah aku yang lain yang 'bayar'kan.

3 tahun akan datang...

Sambil aku menikmati kopi panas di petang Sabtu bersama isteri tercinta dan anak-anak, teringat aku pada apartment ini yang aku tinggal sekarang, sepantas aku mencapai telefon bimbit di atas meja dan menghubungi seseorang..

"Bro, brape ek Market Value rumah aku skang ni?"
"Rumah lu yang mana satu bro?" balasnya.
"Ala.. rumah yang aku tinggal skarang ni" balasku kembali.
"Sri Ixora ke? Gila babun naik bro bila stesyen LRT dah mula pasang 'piling'! RM250k!"

Terbeliak biji mata ku seketika kemudian tersenyum berfikir.. "Masa untuk berpindah rumah baru!"

"Bro! Jawab bro! Lu ok ke?" Suara di talian menyedarkan aku kembali di dunia nyata...

Syahman: Tak mustahilkan bro...

Friday, January 21, 2011

Bilik Dataran Otomobil Seksyen 15 Untuk Disewa! Urgent!



Lama gile aku tak update blog! (Alasan - sibuk uruskan rumah/bilik yang aku nak sewakan ni di Dataran Otomobil, Seksyen 15, Shah Alam). Boleh ke buat alasan? Entah! heheh!

Puas aku cuci rumah, mop lantai dan sewaktu dengannya serta termasuklah aku masukkan perabot (beli baru ni! untung betul bakal penyewa nanti!), pasang langsir, TV dan kini tibalah waktu mempromosikannya dengan menggunakan pelbagai jua cara. Termasuklah di blog 'kesayangan' aku ni :-)

Information Bilik:-

*Bilik untuk disewa di DATARAN OTOMOBIL, SEKSYEN 15, SHAH ALAM

*Tingkat 1, mudah dan tak penat naik tangga! +/-3km ke UiTM, Sebelah Federal Highway, +/-1km ke PKNS Shah Alam.

*Untuk penyewa LELAKI sahaja.

Kemudahan rumah:
1. TV, Rak TV, antenna
2. Mesin Basuh
3. Peti Ais
4. Katil 'double decker' & tilam
5. Kipas di setiap bilik & ruang tamu
6. Grill di setiap tingkap & pintu
7. Langsir baru
8. Dapur, rak pinggan

Kemudahan kawasan sekitar:
1. Public Bank & Public Mutual
2. 99 Speedmart
3. Kedai Perabot
4. Pelbagai restoran (Subur, Satay, Cute Sunday, dll.)
5. Klinik Ajwa & Mata (Optimax kalo tak silap aku)
6. Showroom Nissan & Chery
7. Bengkel kereta & motorsikal
8. Petronas (dalam pembinaan di sebelah Public Bank)

Sewa:
*Master Bedroom, bilik air, 2 katil 'double decker', sesuai untuk 4 orang
= untuk satu bilik RM600/sebulan, 4 orang sekali masuk
= untuk perseorangan, RM200/seorang.

*Bilik 2 & 3 (1 katil 'double decker' setiap bilik, sesuai untuk 2 orang) = RM300/sebulan
Deposit 1 bulan (1+1 termasuk deposit air & elektrik)

(MAAF, BILIK 2 & 3 TELAH DISEWAKAN, YANG TINGGAL MASTER BEDROOM SAHAJA!)

Keterangan lanjut, hubungi/sms:
019-2010107
Mohammad Syahman bin Abu Hasan
Tuan Punya Blog

Wednesday, January 5, 2011

Mencipta Matlamat - Luar Batasan Kemampuan Tetapi Dalam Lingkungan Realiti!

"SENJATA PALING BERKUASA dalam diri anda" - Dari Azizi Ali.

Seingat aku, dah lebih 2 tahun aku beli buku nipis setebal 40 muka surat kalau tak salah aku (dan 2 tahun ini lah, pencapaian aku agak luar biasa!). Tapi sampai sekarang aku masih ulang baca buku ini sebelum aku 'merekacipta' azam tahun baru. Atas permintaan pembaca blog, aku ceritakan serba sedikit intipati yang terkandung dalam buku 'keramat' ini... (kalo nak lebih, beli le sendiri! hehehe..)

Bagaimana membina matlamat/azam? Berdasarkan 'key point'nya dalam buku ini:

'Luar Batasan Kemampuan Tetapi Dalam Lingkungan Realiti!'

"Emmm..macam ayat sastera Melayu kuno je Man.. Paham kan sikit ayat tuuuu...", Ok, camne ye aku nak cerita..

Aku bagi contoh diri aku lah (senang sikit nak cerita), azam tahun lepas aku salah satunya ialah untuk menambah 2 unit lagi hartanah.. Aku yang ketika itu, yang tak pernah gi kursus Hartanah, Abg Ensem pun aku tak kenal, main 'bedal' je buat azam macam gitu.. Bagi aku yang ketika itu baru je khatam beberapa buku hartanah, agak 'gila' azam yang sebegitu.. Dah lah modal takde, tak ke logik? Dalam fikiran aku, mana nak cari 10% modal? Haaa.. yang ini lah di katakan, 'Luar Batasan Kemampuan'

Aku tahu azam aku ini susah aku nak capai.. (target nak pergi bulan tu beb!) Hampir setiap hari aku fikir.. korek info.. ronda2 window shopping.. Aku terpanggil nak jalan2 kat Tesco Shah Alam, ada pameran hartanah untuk dijual. Terbehenti aku kat kiosk 'Beli Rumah Tanpa Modal' di Dataran Otomobil. Lokasi yang menarik, ada potensi nih! aku cakap dengan orang tu, aku takde duit. Beranikan diri untuk 'try my luck'. Redah! Alhamdulillah loan lulus (kes makup SNP).

Macam ni kes pun ada kaaa dalam dunia hartanah? Pergh! Aku dah nampak sinar untuk 'sampai ke bulan'...

Aku cuba 'rapat'kan diri aku dengan orang yang terlibat secara langsung dengan orang yang berurusan jual beli rumah.. aku bagi dia biznez (aku minta dia carikan penyewa, aku tak cari sendiri, komisen sebulan sewa dia ambil). Dia offer aku apartment bawah harga pasaran.. Peluang! Lokasi pun canteek! Alhamdulillah.. loan lulus lagi! (sama gak, makup SNP) lebihan duit tu aku settle kan semua hutang kad kredit aku (merupakan salah satu azam aku gak)..

Nampak, 'Dalam Lingkungan Realiti' bukan? Aku tau aku kekurangan 'ongkos', aku cari ruang melarikan diri dari tembok penghalang.. Mesti ada cara punya!

Tuesday, January 4, 2011

Azam Tahun 2011 Yang Mengujakan!

Tamat sudah tahun 2010 masehi.. bermakna 'time frame' untuk azam tahun lepas dah tamat. Seperti tahun2 yang lalu, aku mula merombak kembali jika ada azam tahun lepas yang belum tertunai... (sekali pun telah aku tulis dalam buku kira-kira)

Azam tahun lepas:

1. Target untuk memiliki total 7 unit hartanah untuk disewakan.
2. Jumlah stok emas 150gram.
3. 3 bulan simpanan gaji untuk akaun kecemasan.
4. 'Clear' kan hutang kad kredit
5. Memiliki kereta ke-2 Perodua Alza full spec...

Yang telah tercapai sehingga hujung tahun 2010:

1. Alhamdulillah total 7 unit hartanah telah tercapai.
2. Emmm.. aku beli jugak barang kemas. Bagi bini pakai, tapi belum cukup kot 150gram..
3. 3 bulan simpanan gaji? Masih tengah mengumpul lagi..
4. Satu lagi yang buat kan aku lega.. Alhamdulillah.. semua hutang kad kredit settle!
5. Haaa... bagi aku ini adalah liabiliti (tanggungan) aku 'down grade' kan kepada Proton Persona sekenhen... (ok apa, puas gak aku pakai sbb - sblm ni aku pakai kelisa, kecik!)

Ok apa.. azam aku capai tahun lepas! Sekurang2nya ada jugak yang aku dah tercapai (penangan dari Menulis Matlamat!)

Aku mula menulis kembali azam untuk tahun 2011 ini. Jom kawan2, ambil pen dan kertas! Tulis Azam anda agar lebih realistik!

Syahman: aku belajar menulis azam dari buku 'SENJATA PALING BERHARGA' dari Azizi Ali. Bagus untuk dipraktikkan. Tak percaya? Cubalah, sebab aku dah 'merasa keenakkannya!' :-)