Monday, March 28, 2011

Pening-pening Lalat Dari Penyewa Nak Jadi Juara!

HAHAHA!! Kasi hepi sikit diri ini selepas 'melepaskan pergi' penyewa Indon ku! Mungkin ini lah dinamakan 'Fikirkan Bisnes, Bukan Pelaburan' (antara kata2 ketika seminar Tuan Bri yang pernah aku hadir sebelum ini.... Nak joint seminar Tuan Bri? Klik header kat atas sekali 'Seminar Hartanah'. Bri kena blanje makan nih! hehe!). Kenapa? Pening beb, pening aku melayan karenah!

Ini lah yang dinamakan pengalaman... Pada hal, unit sewa ini terletak bersebelahan je dengan rumah yang aku duduk (rumah pusaka arwah mak dan abah aku). Lot tanah kampung (kampung ke? tapi sebelah bandar) ni arwah tinggalkan kepada kami adik beradik dengan 2 unit rumah sewa iaitu depan dan belakang.

Boleh dikatakan, pasaran hot sewa kat sini adalah pada penyewa dari jiran negara kita iaitu Indonesia (teringin gak nak cari student macam abang ensem tapi jauh lak dari kolej 'Perindu' heheheh!) dan alhamdulillah penyewa unit depan dah lama meyewa lebih 3 tahun dan setakat ini tiada masalah... (biasalah, di sebalik kegembiraan ada kekecewaan kan...) penyewa unit belakang buat onar... bergaduh sesama sendiri, suami bersama sang suami bertumbuk! (1 rumah 2 family). Masing2 kata masing2 betul, "Kami hati bersih bang. Carik rejeki"... (arghhh!! Aku pulak masa tu kat rumah mertua!)

Alhamdulillah, nasib baik masa tu adik lelaki aku ada, kalo tak.. aku ingat berpanjangan babak pertarungan tersebut... dan macam biasa- yang kalah fight, lari rumah... yang menang duduk lagi malam tu kat situ.. Namun kegembiraan 'Si Juara' tak lama apa bila ayat keramat dari 'Si Raja' mengumumkan keesokkan paginya...

"MINTAK KOSONGKAN RUMAH INI, SAYA BERI TEMPOH 3 HARI UNTUK PINDAHKAN BARANG-BARANG!"

Akhirnya...'Si Juara' tersungkur jua...Hahaha!



Monday, March 14, 2011

Kompleks Otomobil Seksyen 15 Semakin 'Berkembang'!

Stesyen Petronas di Seksyen 15, Bersebelahan Kompleks Otomobil

Alhamdulillah, semakin hari semakin 'berisi' bak diri aku selepas kahwin (hehehe..naik mencanak2 berat aku beb! risau aku!) lokasi salah satu 'cawangan' servis rumah/bilik sewa aku iaitu di Kompleks Dataran Otomobil, Seksyen 15, Shah Alam... dan ahli rumah pun bertambah (master bedroom dah ada sorang. Tinggal 3 kekosongan. 2 bilik lain dah penuh).

Hampir setiap hari aku terfikir 'cawangan' baru aku ini. Risau ada, gembira pun ada... mungkin macam ni lah perasaan untuk pelabur di lokasi yang baru dibangunkan (sebab itu otai abangensem kurang berminat unit baru...Posting terbaru dia dalam blognya ).

Kini, 'cendawan' baru telah tumbuh! Yeah!! Seperti photo di atas telah memberikan gambaran yang menggembirakan- Siap ada 'datuk' merah lagi beb! Tahniah! Tahniah!

Mungkin kini aku dah boleh tarik nafas lega sikit.. Segalanya Mungkin..

Thursday, March 10, 2011

Skim Rumah Pertamaku Dilancar!


Sama seperti di UTUSAN MALAYSIA ONLINE (aku copy bulat2. hehehe..)
Apa pandangan korang?

Najib Tun Razak bersama wakil-wakil bank dan institusi kewangan yang terlibat dalam Skim Rumah Pertamaku selepas menandatangani perjanjian antara Kementerian Kewangan, institusi-institusi kewangan dan Cagamas Berhad di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (tujuh, kiri), timbalannya, Senator Datuk Ir. Donald Lim Siang Chai, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah (enam, kiri), Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz , Pengerusi Cagamas Berhad, Datuk Ooi Sang Kuang (sembilan, kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Steven Choy (lapan, kanan). - Bernama
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR 8 Mac - Golongan muda yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan dan belum memiliki kediaman sendiri boleh menarik nafas lega apabila mereka berpeluang untuk membeli rumah melalui Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan hari ini.

Skim tersebut yang memberi kemudahan pinjaman 100 peratus kepada pembeli, tanpa perlu membayar wang deposit sebanyak 10 peratus seperti kebiasaan prosedur pembelian rumah, dilancarkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Perdana Menteri, Skim Rumah Pertamaku yang berkuat kuasa mulai hari ini membenarkan golongan muda berumur 35 tahun ke bawah, memiliki rumah berharga antara RM100,000 hingga RM220,000.

"Skim ini merupakan inisiatif kerajaan yang dilaksanakan melalui Cagamas Berhad dengan kerjasama institusi-institusi kewangan. Ia bagi mengurangkan beban golongan muda yang menghadapi masalah kos sara hidup selain harga hartanah yang tinggi.

"Langkah ini akan membantu golongan muda di Malaysia untuk memiliki rumah pertama mereka dengan lebih cepat, selari dengan objektif kerajaan untuk menyediakan rumah mampu milik," katanya semasa berucap melancarkan Skim Rumah Pertamaku, di sini hari ini.

Ketika pembentangan Bajet 2011 yang lalu, Najib mengumumkan beberapa inisiatif berkaitan perumahan, antaranya Skim Rumah Pertamaku yang memberi kemudahan pinjaman 100 peratus kepada golongan muda yang berpendapatan kurang RM3,000.

Selain itu, kerajaan juga meluluskan peruntukan sebanyak RM568 juta untuk membina 300 unit kediaman di bawah Projek Bantuan Perumahan Bandar, 79,000 unit (Program Perumahan Rakyat) dan 8,000 unit (Projek Bantuan Rumah Sewa).

Semua inisiatif tersebut adalah sebahagian daripada usaha kerajaan bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat agar hasrat untuk muncul sebagai sebuah negara maju serta berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 tercapai.

Mengulas lanjut Perdana Menteri berkata, pelancaran skim berkenaan merupakan salah satu bukti komitmen serta keseriusan kerajaan dalam merealisasi konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Sehubungan itu, beliau berharap melalui skim tersebut, ia akan menggalak pihak pemaju untuk membina lebih banyak rumah mampu milik dan tidak hanya memberi fokus kepada rumah kos mewah dan sederhana mewah semata-mata.

Pada masa yang sama, Najib turut mempelawa bank yang belum menyertai Skim Rumah Pertamaku supaya melibatkan diri, bagi memastikan inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat dapat dijayakan sepenuhnya.

Katanya, sehingga kini, skim tersebut berjaya menarik penyertaan lebih daripada 20 buah institusi kewangan termasuk institusi kewangan Islam antara CIMB Bank Berhad; Maybank Berhad; Bank Islam Malaysia Berhad dan Public Bank Berhad.

"Saya berharap segala urusan pinjaman ini akan dipermudahkan oleh institusi kewangan dan bukan sebaliknya. Mungkin skim ini tidak berapa menguntungkan kepada pihak bank, tetapi bagi rakyat, mereka sangat memerlukan," jelasnya.





Tuesday, March 1, 2011

Dapat Rumah, Dapat Duit!




Tajuk yang agak mengujakan! Betul aku tak tipu (bukan niat aku letak tajuk ni untuk menaikkan trafik ke blog aku. - Sekiranya ada, ianya secara kebetulan :-))

Pepagi hari tu, rakan yang merangkap ejen aku telefon aku..

"Berita baik Syahman! Itu MV (Market Value) untuk apartment Sri Angkasa yg 3bedroom punya sudah naik RM160k!"

Terkedu aku sekejap.. baru je tahun lepas MV kat situ RM145k, sekarang dah RM160k! Naik RM15k! Mungkin persekitaran kat situ yang berdekatan dengan Putra Height (lokasi hartanah elit dan mewah) yg sedang membangun? Mungkin jugak lokasi sekitar dah banyak naik rumah 'medium' dah 'high cost'? Mungkin permintaan melebihi penawaran (yang ni semestinya! permintaan sewa yang terus meningkat!)? Mungkin LRT nak menyambung 'kesinambungan' MRT selepas ini?

Ada unit di situ yang si ejen tu bagi tau kat aku nak jual - dia mintak tolong aku carikan pembeli yang serius berminat..

Information Apartment Sri Angkasa Untuk Dijual DI BAWAH HARGA PASARAN!!
-Harga Pasaran (MV) RM160k
-Harga Jualan RM120k - dapat cash dlm RM20k lepas bank disburst duit!
-Penyewa tersedia ada
-Free Hold!
-Sebelah KFC, Mamak stall, bengkel tayar dan kereta, kedai serbaneka
-Depan sekolah rendah dan menengah
-Sekuriti Guard 24jam
-Taman permainan, surau

Yang berminat cepat sms aku sebab unit terhad! (019-2010107 Syahman) sms pun ok sebab kekadang aku tak terangkat call sebab tengah keje. Nanti aku akan inform kat member ejen aku tu suruh call yang berminat..